C 19

Romance Series 50538

“Diana Batrisya.?” Sapa Harris lembut. Jarak antara Harris dengan Batrisya agak jauh. Takut tersalah orang pun ye jugak sebenarnya. Jadi cara ini sahaja yang paling selamat. Sekurangnya tak ada la malu sangat.

Dengan perlahan wajahnya diangkat. Terkejut Batrisya apabila melihat gerangan lelaki yang berdiri di hadapanya tika ini.

Hatinya semakin dirundum pilu. Dia dah tak mampu untuk bertahan lagi.

“Ha..Harris.” serta merta air mata yang sedari tadi ditahan jatuh jua membasahi wajah mulusnya.

‘sumpah aku dah tak kuat sekarang ni. kalau la kau ni Farah Harris,aku peluk dah kau. Ya Allah..pinjamkan la aku sedikit kekuatan ya Allah.’

Harris mula cuak dengan keadaan Batrisya yang tiba-tiba sahaja menangis.

“wo..wo.Releks Sya,releks. Kau kenapa ni? Siapa buat kau menangis ni? Soal Harris. Kedua tanganya diangkat ke atas. Mengalah. Bukan apa, dia nak pujuk lebih-lebih tak boleh. Ye la, bukan sah lagi kan.

Jeda

“Sya..kau kenapa ni?” Tanya Harris penuh prihatin. Kini sebelah tangannya menyentuh lembut bahu kanan Batrisya. Badannya direndahkan sedikit supaya ketinggian mereka selaras.
Batrisya merupakan seorang gadis yang kecil molek. Mempunyai raut wajah yang manis dan ketinggiannya hanya la 155cm sahaja. Manakala Harris 187cm.

Tinggi nak mati. Haih..

‘kenapa la pulak dengan si Sya ni. menangis tiba-tiba. Bila aku tanya tak nak jawab. Sibuk duk pandang ke lantai. Haishh..geram pulak aku dengan budak kecik ni.’ Omel Harris dalam hati sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.

Meliar sekali pandangannya saat ini. Akhirnya dia dapat menangkap satu kelibat.

‘Khai!’ Perempuan yang bersama Khai diperhati Harris. Senyuman senget mula terukir.

Pandangannya jatuh silih berganti pada Khai dan juga Batrisya. Akhirnya dia tahu punca kenapa Batrisya menangis.

‘oh..so pasal mamat ni la ek. Ok tak apa. Kau tunggu jap Khai.’

Batrisya dibiarkan sepi seketika. Otaknya kini ligat memikirkan idea untuk mengenakan Khai. Selang berapa minit kemudian senyuman sinis mula terukir di bibir Harris.

“yes!!” tiba-tiba Harris menjerit kecil,tapi volume suaranya hanya boleh didengar mereka berdua.

Berkerut seribu wajah Batrisya memandang Harris yang masih lagi setia dengan senyuman sinisnya.

‘dah kenapa la pulak dengan dia ni. senyum tu sakit hati je aku tengok. Kalau setakat nak tambah sakit hati aku ni tak payah la Harris. Eee.. meluatnya la aku dengan orang macam kau ni.’ Tembak Batrisya.

Orang dah la tengah stress. Yang kau pergi senyum sinis macam tu memang orang sakit hati la. Kalau kena kat aku pun aku sakit hati tau. :/

“dah,jangan nak buat muka berkerut kau tu. Aku ada idea ni nak kantoikan Khai tu,tapi kau kena kuat la. Amacam ok?” Soal Harris sambil mengangkat keningnya.

Pandangan Batrisya pada Harris ketika ini kosong. Tapi otaknya sedikit bekerja.

‘dah tiba masanya untuk aku lepaskan diri aku dari terus jadi patung cendana kau Khai. Tq untuk kenangan pahit ni. Aku dah tak nak seksa hati aku lagi. Cukup la.’

Beberapa seketika, anggukan kepala Batrisya membuatkan Harris tersenyum sehingga menampakkan giginya yang sebaris.

Lalu dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluar kananya dan dihulurkan kepada Batrisya. Mata Batrisya kini jatuh tertumpu pada sapu tangan yang dihulurkan Harris.

‘mamat ni ada sapu tangan dalam poket. Budak-budak sangat. Siap pelawa dekat aku lagi. Saje la tu nak kenakan aku. Entah-entah ada hingus hijau dekat sapu tangan tu. Eee..tak nak aku.’

“kau pandang apa? Ambik je la. Lap air mata kau tu. Sapu tangan ni bersih lagi ok. Aku tak selesema pun nak lap hinggus bagai.” Kata Harris. Tangannya masih lagi menghulurkan sapu tangan tersebut.

Batrisya terasa seperti air liurnya tersekat di kerongkong.

‘engp. Dia ni boleh baca fikiran aku ke? Adoi..’
Sisa air mata yang membasahi pipinya di lap menggunakan sapu tangan Harris. Satu keluhan kecil dilepaskan.

‘kau kena kuat Risya. Kau kena kuat!! Jangan sesekali kau tunjuk kelemahan kau depan jantan tak guna macam dia tu. Tunjuk sikit dekat dia yang kau sikit pun tak terkesan dengan apa yang dia buat sekarang ni.!’

Dengan perlahan wajahnya diangkat dan satu senyuman manis dihadiahkan untuk lelaki yang berdiri di hadapannya saat ini.

Wajah Harris ditenung. ‘hensemnya.. sangat hensem. And ofcourse la lebih hensem dari Khai. Beruntung sangat sapa yang dapat tawan hati kau Harris.’ Puji Batrisya dalam diam.

Terasa lega hatinya melihat senyuman manis gadis pujaan hatinya itu.

‘Sya..sebab senyuman ni la aku jatuh hati dekat kau tau. Aku mintak maaf sebab aku selalu buat kau sakit hati. Insyallah mulai dari hari ni aku yang akan jaga kau.’

‘tak apa Harris,sabar..sikit je lagi ni game kau nak mula.’

Game apa pulak ni oi. Jangan macam-macam la Harris pun.. :>?

“ok? Ready? Jom. But please don’t cry depan dia ok.?” Ujar Harris sambil menggemgam tangannya depan Batrisya.

“i’m ready.”

Bat... semoga kau tabah ye. kalau kena kat cah dah lempang dah si Khai tu. :-!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience