C 5

Romance Series 50533

‘Khai ni,dah 2 minggu hilang. Langsung tak ada whtsap aku. Call lagi la.’


Hheerrmm..nafasnya dilepaskan sekali.

‘Aku ada buat salah dengan dia ke sampai dia tinggal aku macam ni. Tapi aku rasa macam tak ada. Ke dia ni ada perempuan lain ni?’

‘Tapi..’

‘Ish,kau ni Risya jangan nak merepek la. Kau tu dah nak kawin dah tak lama lagi. Dia busy la tu.. Dah jangan nak fikir bukan-bukan.’ Batrisya cuba buang perasaan negatif itu jauh Dari kotak fikirannya.

“Huhhh..” dia melepaskan satu keluhan berat. Habis satu badannya terasa sengal-sengal. Banyak sangat kerjanya dlam 2,3 hari ni.

Maklum la baru sahaja dilantik menjadi CEO kepada Cars Auto,jadi banyak la kerja yang tertangguh yang dia kena handle dan siapkan dengan secepat mungkin.

‘Tak laratnya rasa..ni kalau dapat ber metime dekat Spa ni,mesti syok.’ Bisik hatinya kecilnya.

‘Harris.’

Tiba-tiba sahaja nama itu berlegar-legar dalam benak fikirannya.

‘Harris..kau tahu tak selama ni aku nak sangat berkawan rapat dengan kau. Macam aku dengan abang farid. Tapi tu la. Ego kau tu tinggi sangat,dari mula kita jumpa sampai la sekarang kau masih lagi dengan ego lama kau. Aku ingatkan makin tua makin rendah ego tu rupanya makin tinggi.’ Bebel Batrisya dalam hati.

******

Dari jauh Batrisya melihat susuk tubuh seorang lelaki yang duduk bersebelahan farid.

‘Aik,siapa pulak tu yang duduk sebelah Abang Farid tu. Dari belakang nampak macam hensem je.’ Teka Batrisya.

Hebat kan Batrisya ni,nampak belakang pun boleh tahu hensem. Tu nasib baik la character ni Author buat hensem. Kalau tak? hihi

‘ish kau ni risya,kerja tu puji lelaki je kan. Umur baru 22 tahun dah gedik.’ Batrisya mengomel sendiri sambil kakinya melangkah merapati mereka yang lain.

“Hai korang..” Sapa Batrisya sambil tersenyum manis lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan Farah.

Farid membalas sapaan batrisya sebentar tadi.

“Hai Risya.. macam mana lega dah ke?” soal Farid sejurus sahaja Batrisya selamat melabuhkan punggungnya. Tawanya cuba disimpan kemas dari terburai.

Bulat mata Batrisya mendengar soalan yang keluar dari mulut Farid.

‘Apa la Abang Farid ni,tak ada soalan lain ke dia nak tanya aku. Memang la lega,kan aku baru balik dari toilet. Saje je tau nak malukan aku depan mamat handsome ni.’ Balas batrisya dalam hati.

Batrisya mengecilkan matanya saat memandang Farid menandakan yang dia tidak hingin untuk menjawab soalan tersebut.

Tawa yang sedari tadi di tahan Farid akhirnya terburai juga. Batrisya menggigit bibir bawahnya menahan rasa geramnya terhadap Farid.

‘Eee.. geramnya aku..dengan dia ni. Sakan ek kenakan aku. Nanti jap.’ Dengan rasa geram,dia mula berdiri dan berjalan mendekati Farid yang sedang menghabiskan sisa tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience