C 2

Romance Series 50533

“Abang Farid,tolong tengokkan bag Risya ni tau. Takut hilang pulak nanti.” Batrisya tersenyum manis saat Farid memandang dan sekali gus menganggukkan kepalanya.
Farid membalas senyuman manis Batrisya.

‘Cantik nya la si Risya ni,kalau bukan sebab tunangan orang dah lama Abang Farid sambar awak Risya.’ Ngomel Farid sendiri dalam hati.

Setelah puas memilih lauk-pauk yang terhidang,Batrisya dan Farah kini kembali ke meja dengan membawa nasi di tangan.Kalau nak ikut nafsu,semua dia nak makan sebab semua pun nampak sedap. Tapi tu la,nanti takut membazir pulak.

Membazirkan amalan syaitan. Batrisya menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Farid. Baru sahaja dia nak menyuapkan makanan ke dalam mulut,matanya tertancap pada Farid yang masih lagi ralik dengan hanphone di tangan.

“Eh,Abang Farid tak makan ke? Dari tadi Risya tengok Abang ni asyik main fhone je. Whatsap girlfriend ke tu..?” Usik Batrisya. Suaranya meleret saja.

Farid tersenyum memandang Batrisya saat Batrisya asyik mengusiknya. Iphone di tangan di letakkan di atas meja.

“Ish, Mana ada la Sya. Abang tengah tunggu Harris ni ha. Mana entah,tak sampai sampai pun ni ha. Tadi cakap dah on the way.” Wajahnya dipalingkan ke belakang mencari kelibat Harris.

Batrisya mencebikkan bibirnya.
“Ye la tu..boleh percaya ke ni.”

Rasa terhibur hatinya melihat wajah mencebik Batrisya.

‘Haihh la kau ni Risya,buat muka cebik macam tu pun nampak comel je.’

“Betul la Sya,mana ada Abang tipu.”-Farid

‘Harris.’

Batrisya mula termenung,tapi tangannya masih lagi menyuapkan nasi ke dalam mulut untuk mengisi perutnya yang masih terasa lapar.

‘Nama macam pernah dengar. Macam familiar pun ye jugak. Sapa ek.’ Bisik hati Batrisya sendiri.

“Emm..Harris Abang Farid? Kenapa ek Risya rasa macam pernah dengar je nama dia ni. Macam familiar sangat dekat telinga Risya ni.” Tanya Batrisya sambil menyuapkan nasi yang terakhir ke dalam mulutnya.

Berkerut-kerut kening Batrisya memikirkan pemilik nama Harris ni.

Farah yang sudah selesaikan mengisi perutnya,memandang wajah berkerut teman baiknya itu.

‘Dah kenapa pulak dengan minah ni? Sampai berkerut sekali muka tu. Boleh hilang ingatan pulak pasal Harris tu. Mamat poyo yang selalu bergaduh dengan dia dulu tu pun boleh lupa ke. Nampak macam nyanyok betul dah ni.’ Bebel Farah dalam hati.

“Ee.. kau ni kan Risya,dah macam mak nenek kan.Ni,sejak bila pulak kau ada penyakit nyanyok ni? Aku tak tahu pun.Hem?” Sengaja dia menyengetkan sedikit mulutnya mengenakan Batrisya.

Batrisya mengecilkan matanya memandang Farah.

‘Amboi..ikut sedap mulut ko je kan cakap aku ni nyanyok. Macam la kepala ko tu boleh ingat semua benda.’ Bebel Batrisya.

“Eh hello..amboi..ikut sedap mulut ko je kan cakap aku nyanyok.Aku bukan nyanyok la,dah memang aku lupa dekat mamat Harris tu.Nak buat macam mana. Lagi pun dia tu bukan la penting sangat sampai aku nak kena savekan nama dia tu dalam kepala hotak aku ni.Faham.” Balas Batrisya sambil menyilangkan tangannya ke dada lalu menyandarkan badannya ke belakang kerusi.

Tergeleng-geleng kepala Farid melihat gelagat dua sahabat karib itu.

“Ish,korang ni,pasal benda remeh macam ni pun nak bergaduh ke?Tempat awam ni kan. Malu la sikit. Dah besar panjang pun nak bergaduh macam budak-budak. Risya tak apa,nanti kalau dia dating Abang Farid kenalkan dia dengan Risya balik ok?” Batrisya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Satu senyuman manis terukir di wajah manisnya.

Tidak lama selepas itu,tiba-tiba matanya terpandang pada satu susuk tubuh sasa yang sedang melangkah masuk ke dalam Restoran.
‘Perghh..hensem she mamat ni. Dengan tingginya. Muka berjambang kemas helok. Rambut style quiff. Sekali pandang macam Aeril Zafril pun ada jugak mamat ni.’

Tiba-tiba dia boleh teringatkan akan satu perkara. Terus kepalanya di tundukkan kebawah.

‘Ish,Diana Batrisya!! Sedar sikit kau tu tunangan orang ok,tak lama lagi dah nak jadi bini orang pun. So jangan nak sibuk usya laki lain. Cucuk mata tu baru tahu.’ Warning Batrisya pada diri sendiri.

Lelaki tersebut berdiri dan berhenti di sebelah meja mereka. Batrisya hanya menundukkan wajahnya.

‘Dah kenapa pulak mamat ni berhenti dekat sini,dia nak marahkan aku ke sebab tengok dia tadi.Alamak..mati aku kali ni.’Batrisya mengomel sendiri dalam hati dengan wajahnya yang masih menunduk.

Harris yang berdiri di sebelah Batrisya hanya memerhatikan reaksi Batrisya.

‘Apa kena dengan minah ni,dok menunduk je dari tadi. Tadi bukan main lagi aku tengok perhatikan aku sampai nak terkeluar biji mata. Tapi bila ada depan mata ni,boleh pulak dia menunduk je.’

“Ehem!” Sengaja dia menekankan sedikit nada berdehemnya dengan harapan agar Batrisya memandangnya.

“Adoi..dia ni nak apa sebenarnya ni. Yang dua eko depan aku ni pun bukannya nak tolong aku. Eee..semak betul.” Bebel Batrisya dengan nada suara yang perlahan.

Dengan perlahan dia mengangkat wajahnya memandang Harris. Harris mula menanggalkan kaca mata hitamnya lalu digantungkan di dada baju.

Batrisya cuba tersenyum manis saat anak mata mereka bersatu. Hampir sahaja ternganga mulut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience