C 29

Romance Series 50533

“Ha Harris apa yang kau nak bincangkan sangat tu?”Tanya Farid setelah melabuhkan punggunya di kerusi berhadapan Harris.

“A’ah kenapa ni Abang Harris.? Tak pernah-pernah nak jumpa dengan Farah hari ni tiba-tiba nak jumpa pulak.” Tutur Farah sambil membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa.

Jari jemarinya kini dimainkan di tepi cawan hot coffee yang diodernya sebentar tadi. Harris menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan bicaranya tentang tujuan mahu bertemu dengan dua beradik itu.

Malu oi nak cakap. Selama ni asyik bergaduh je dengan si dia tapi hari ni plan nak tawan hati pulak. Adoii!

“Emm..aku sebenarnya nak ajak korang join ‘game plan’ aku ni. Tapi jangan risau. Kerja korang simple je. Aku nak korang jadi radio karat aku boleh tak?”Soal Harris dengan wajahnya sedikit berharap.

‘Ha,apa benda Abang Harris ni. Nak jumpa aku sebab nak ajak main ‘game’?’

“Game? Game apa pulak ni Abang Harris? Farah tak faham la.” Soal Farah sedikit kebingungan. Berkerut-kerut dahinya memikirkan tentang game yang dimaksudkan Harris.

‘Ee..terus terang boleh tak! Stress la aku macam ni.!’

Terkebil-kebil anak matanya memandang Harris dan Farid silih berganti.

“Aku setuju.” Sahut Farid tanpa memandang wajah adiknya. Semestinya dia dapat mengagak ‘game’ apa yang dimaksudkan Harris. Kalau tidak,masakan Harris boleh ajak Adiknya sekali untuk join dalam ‘game’ tersebut.

Mendengar pesetujuan dari Farid membuatkan Harris mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

Farah yang sememangnya bertambah blur jadinya bila Abangnya Farid bersetuju untuk join ‘game’ tersebut.

..............................

Laju saja mini coopernya meninggalkan Cars Auto Sdn Bhd. Hari ini sengaja dia ingin pulang awal ke rumah. Segala apoimentnya untuk hari esok diminta untuk ditundakan pada hari lusa. Niatnya esok dia hanya ingin berehat sahaja di rumah.

“Assalamualaikum Ibu..” Batrisya memberi salam sambil kakinya melangkah masuk ke dalam perut rumah. Badan dan kepalanya terasa amat berat ketika ini.

“Waalaikumussalam..Aik awal Kakak balik hari ni? belum pukul 4 lagi dah sampai rumah ni.?” Naim berjalan menghampiri Kakak kesayangannya itu lalu menghulurkan salam.

Mohd Naim Bin Haji Damhuri adik bongsu kepada Diana Batrisya. Tapi disebabkan dia memilih untuk hidup jauh dari family maka Batrisya la yang paling manja dengan kedua Ibu Bapa mereka.

‘Amboi..bila lama tak tengok sekali tengok makin hensem pulak adik aku sorang ni.’

“Emm..saja balik awal Im. Akak rasa macam tak berapa nak sihat sangat. Sakit kepala. Im bila sampai?” Soal Batrisya sambil berjalan mendekati meja bar yang di jadikan sebagai pembahagi antara dapur dan juga ruang makan.

Naim hanya membontoti sahaja langkah Kakaknya itu dari belakang.

“Im sampai tengah hari tadi Kak.”

Jeda

Anak matanya hanya mengikut sahaja pergerakan tangan Batrisya yang sedang menuangkan air fresh orange yang baru sahaja dikeluarkan dari peti ais.

“Im tengok Akak ni macam penat sangat je. Banyak kerja ke Kak dekat office tu?”

Batrisya terus sahaja menghirup Air yang dituangnya tadi sebelum menjawab soalan dari Naim.

“Apa la Im ni. Ada ke tanya soalan ‘B’ macam tu. Memang la banyak kerja,penat. Akak kan CEO dekat office tu so banyak benda la yang Akak nak kena handle. Lagi-lagi sekarang ni pulak Babah nak buat open workshop dekat bangunan belakang tu,lagi la Akak pening kepala.” Terang Batrisya panjang lebar. Naim pulak setia menadahkan telinganya untuk setiap penceritaan daripada Kakak kesayanganya itu.

Pendengar yang baik la katakan. ^_^

“Ni bakal COO ni bila nak habis study? Boleh tolong Akak handle bahagian workshop tu nanti.”

Naim hanya tersengih mendengar omelan Kakaknya itu. Tangannya pula menggaru kepala yang tidak gatal.

“Ala..Kak,habis study lambat lagi la. Tapi tak apa la,sementara Im cuti ni boleh la Im tolong Akak sikit dekat office tu.”

Kenyataan itu dibalas dengan anggugkan. Batrisya terus sahaja menghirup air fresh orange itu tadi sehingga kosong gelasnya.

Jeda

Tiba-tiba Naim teringatkan akan satu perkara.

“Emm..Kak,apa kes sekarang ni Kak? Im dengar kecoh sangat ni. Cerita apa la yang Abang Khai tu reka sampai Unty Minah tu marah sangat dekat keluarga kita ni. Lagi-lagi dekat akak.”- Naim

Batrisya mula mengeluh. Yes,dia ingat tentang tu. Hajah Mariani ada memberitahunya sehari selepas peristiwa putus tunang dekat mall tu berlaku. Tapi apa yang dia boleh buat? Dia dah nekad untuk tidak meneruskan hubungan palsu itu lagi. Sampai bila dia harus jadi patung boneka untuk Khai.? Dia bukan bodoh untuk Khai memainkan dirinya sebegitu rupa. Cukup la dia sakitkan hatinya selama ini.

Tentang cerita palsu itu. Dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Ye la,mak mana yang tak percayakan kata anaknya. Jadi sekarang Batrisya hanya ikut sahaja permainan Khai. Dia tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Hatinya yang terluka pun belum lagi sembuh sepenuhnya. Asal saja berita ni tak mengganggu kan syarikatnya,dia ok sahaja.

“Entah la Im. Lantak dorang la nak buat cerita apa pun. Akak dah penat. Penat nak fikir pasal benda ni semua Im. Sekarang ni,banyak lagi benda lain yang Akak kena fikir. Dari akak fikir pasal benda yang dah jadi ni baik akak fikir macam mana nak tambah lagi duit keluarga kita ni. Betul tak?” Ujar Batrisya. Dia ketawa geli hati dengan ayatnya sendiri. Ketawa untuk melenyapkan rasa sedih yang cuba untuk menyelinap masuk ke dasar hatinya.

tak sanggup tunggu Ahad. haha. Harris! cepat la masuk meminang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience