C41

Romance Series 50533

Hari minggu adalah hari yang sangat dinantikan Harris. Selalunya hari minggu sebegini dia akan membawa dirinya untuk window shopping di mall mall tapi untuk kali ini dia hanya ingin berehat santai sahaja di rumah.

Minggu ni sahaja entah berapa kali dia naik turun ke Cherating. Bukan sahaja uruskan hal perniagaan tapi dalam masa yang sama dia berusaha untuk merialisasikan weeding impiannya.

Haihh..bestnya kalau dapat lelaki yang gentlemen macam Harris ni kan. Hihi.

Harris kini sedang berbaring melepaskan penatnya di atas sofa panjang sambil jemarinya menari laju di skrin Iphonenya.

Aplikasi whatsapp dibuka. Lalu satu pesanan ringkas dihantar dalam group ‘Buddies’

Weh,korang next weekend kita naik cherating jom! : ) _ Harris

Ok jugak tu. Aku pun dah lama tak bercuti ni. Asyik kerja je. Sekurangnya dapat la aku tenangkan sikit kepala aku yang hampir nak biul ni sebab stress kerja. _ Farid

Abang.. Farah nak ikut jugak. Mana aci kalau Abang je yang pergi sorang.. Farah pun stress kerja jugak. :/ _ Farah

Batrisya hanya jadi pemerhati dari jauh. Sebenarnya hatinya juga turut rasa teruja dengan ajakkan Harris itu. Ye la,dia sendiri pun dah lama tak Me Time untuk dirinya sendiri. Every day every week masa dia selalu dipenuhi dengan kerja yang bertimbun yang tak akan pernah habis itu.

Tapi tu la,bila teringatkan tentang perkahwinannya yang tinggal berapa minggu sahaja lagi terus mood bercutinya itu hilang.
Wehh..Risya,kau tak nak join kiteorang pergi Cherating ke? _ Farah

Aku bukan tak nak pergi..tapi entah la weh. 50-50 ni._ Batrisya.

Ala.. Risya.. jom la. Abang Farid kan ada. Tak best la kalau Risya tak ada. Jom la Risya.. Please.._ Farid.

Tuan badan yang membaca reply chat dari Farid itu tersenyum.

Amboi.. Ni la lelaki. Bila dah start mengayat perempuan tu lupa dekat status diri sendiri.

Timbul rasa cemburu dalam hatinya. Lain yang aku suruh lain yang kau buat ye. Ngomel Harris dalam hati. Terus sahaja whatsapp personal Farid dibuka.

Amboi..bukan main lagi kau ye mengayat bakal bini aku. Kau jangan nak lebih-lebih tau. Kan tak pasal-pasal lebam biji mata kau tu._Harris

Bip. Bip..

Satu msg masuk ke personal whatsappnya. Dia hanya tersenyum bila terbaca nama penghantar whatsapp tersebut.
Kau ni nak aku tolong ke tak ni? Herm._ Farid.

Haih...cemburu bukan main lagi. Macam la dia tak tahu hubungan aku dengan Risya tu macam mana. Kalau aku ni nak dekat si Risya tu dah lama la Harris aku masuk meminang. Entah-entah dah jadi mak orang dah Risya tu sekarang tau. Ngomel Farid sendiri.

Ok fine. Sorry la,aku sendiri pun tak tahu la kenapa tiba-tiba boleh ada rasa cemburu pulak dekat kau. Sorry ok? But please. Kau kena makesure yang dia join kita ok. _ Harris.

Entah kenapa boleh timbul rasa cemburu dengan ayat manis Farid tadi. Kalau dulu Farid siap panggil Batrisya Sayang lagi tapi tak la pulak nak rasa cemburu lebih-lebih macam ni. Emm.. mungkin sebab Batrisya tu akan menjadi isterinya tak lama lagi. Orang tua-tua cakap darah tengah manis. Mungkin ni la kot.

Amboi..bukan main gatal lagi kau Long ek. Jangan nak macam-macam Long,nanti Farah report dekat Kak Mia baru tahu. :/ Weh Risya jom la.. Kau 3 minggu lagi dah nak jadi bini orang. Nanti dah susah dah kita ni nak lepak macam selalu. Please Risya.. Please. _Farah

Farah cuba memujuk teman baiknya itu. Walaupun Harris memintanya untuk memujuk Batrisya supaya follow mereka bertiga ke Cherating tapi hakikatnya pujukkan itu datang dari dalam hatinya.

Betul,mungkin lepas ni dia akan jarang dapat meluangkan masanya bersama Batrisya. Ye la,nama pun isteri mesti la nak kena fokus pada rumah tangga kan. Nak keluar dah kena mintak izin dari suami.

Reply chat terakhir dari Farah dibaca Batrisya. Dia termenung seketika.

Betul jugak kan. Nanti dah jadi bini orang aku dah tak boleh nak bebas nak pergi mana-mana. Lagi-lagi kalau keluar berdua je dengan membe mesti dia tak bagi punya. Nak keluar rumah pun kena mintak izin dengan Mr. Husband. So.. Aku onzz je la.

Berkira-kira dia buat keputusan. Akhirnya..

Ok. Aku pergi. _ Batrisya
YEESSSS!!!

Amboi.. suka sangat nampak gayanya tu. hihi

Ok,semua jadi pergi ye. Aku book 2 bilik di Hard Hotel Cherating. 1 bilik untuk Sya dengan Farah. Yang satu lagi tu bilik aku dengan kau Farid. _ Harris.

Senyum sampai ke telinga Harris dibuatnya. Yela,plan menjadi kot. Kalau tak jadi buat rugi je la ada radio karat yang dua orang tu.

Dari jauh. Farah mencebik.

“Eleh. Ni confirm Abang Harris ni tengah senyum-senyum macam kerang busuk dekat rumah tu. Al maklumla.. buah hati follow pegi bercuti. Nasib la si Risya tu cair jugak dengan pujukkan adikmu ni kan Bang.” Tutur Farah.

“Sapa je yang tak suka bila buah hati ikut bercuti sekali kan...” Balas Farid tanpa memandang wajah adiknya itu sambil jemarinya laju menari di skrin Iphonenya.

..........

“Hello,Siti.” Sapa Harris sebaik sahaja panggilan itu terjawab.

“Yes Mr Hard. Ops,Sorry. Yes Mr Harris. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Siti di hujung talian. Hatinya berdebar takut dimarahi Harris kerana tersalah panggil.

Pening dia nak melayan permintaan pelik Bosnya yang sorang itu. Elok-elok panggil Mr Hard suruh tukar panggil Mr Harris. Apa je la plan Bosnya itu.

“Saya nak awak arahkan house keeping kita untuk kemaskan semua master room VVIP kita tu ye,dan jangan lupa termasuk bilik saya sekali. Sebab esok atau lusa saya akan turun ke Cherating. Ok?”

“Err..ok no problem Mr. Harris. Nanti saya akan arahkan house keeping kita untuk kemaskan master room VVIP tu. Mr. Harris jangan risau.”

“Lagi satu. Saya nak awak carikan weeding planner yang paling bagus,yang paling terbaik untuk saya. Boleh? Majlis tu akan berlangsung 3 minggu dari sekarang. Tak kisah la berapa bayarannya sekali pun janji dia adalah the best event planner ok.”

“Weeding planner? Emm.. wedding Mr Harris ke..?” Soal Siti dengan katawa halusnya.

Harris hanya tersenyum. Lepas ni bukan je Siti,habis semua pekerja di Hotel itu akan menyakatnya.

“Yup. My wedding.” Jawab Harris selamber.

Terbuntang mata siti dengan jawapan daripada Bosnya itu. Tak sangka akhirnya ada jugak wanita yang mampu jatuhkan ego Bosnya yang setinggi gunung itu.

“Wow! Tahniah Boss.. Tak sabar saya nak tumpang selpie atas pelamin Bos. Hihi. Kalau macam tu,bab wedding planner tu Bos jangan risau. Serah je dekat saya ok. Saya akan carikan wedding planner yang paling terbaik untuk Bos.” Ujar Siti dengan penuh rasa teruja.

..........

Raik wajah Batrisya yang sedikit kemerahan kepanasan bertukar lega apabila air yang disedutnya melalui salur tekaknya sekali gus menyejukkan dan melegakan rasa dahaga serta panas dalam badannya.

Emm..leganya.. Alhamdullillah..Ucap Batrisya dalam hati.

“Weh,kau ni minum air je pun sampai terpejam-pejam mata bagai.” Sergah Farah sambil telapak tangannya menampar bahu Batrisya.

“Eee..sakit la gila.” Marah Batrisya. Tapi nada suaranya hanya berbunyi dalam tekak sahaja. Ye la,tengah duduk dekat cafe kot,kena la cover sikit kalau main lepas je nanti orang cakap. ‘Sayang muka dah cantik tapi gila.’ Kan naya tu.

Dengan pantas Batrisya membalas kembali tamparan Farah itu dengan satu cubitan halus yang hinggap di lengan kiri Farah.

“Weh.. sakit la.” Ujar Farah. Berkerut mukanya menahan rasa pedih di kulit lengannya. Dia menggosok perlahan untuk mengurangkan rasa pedih itu.

“Habis kau ingat kau tampar bahu aku tadi tu aku tak rasa sakit? Now adil la kan. Padan la dengan muka kau tu. Sapa suruh berkasar sangat dengan aku.” Jawab Batrisya.

Budak dua orang ni memang jenis tak tahu malu sikit. Tak kira tempat nak bergaduh. Sebab tu kadang-kadang mereka berdua sering kali dimarahi Farid bila Farid ada bersama mereka.

Untuk mengelakkan pergaduhan kecil itu berterusan Farah memulakan bicara dengan mengubah topiknya.

“Emm.. Risya. Kau ni memang tak nak kenal ke siapa bakal suami kau tu?” Tanya Farah. Tak sabar pulak rasanya nak dengar jawapan apa yang bakal diberikan oleh bakal pengantin kita ni.

Tiba-tiba boleh pulak keluar soalan ni. Hampir saja nak tersembur air yang baru saja diminum Batrisya. Mujur saja Batrisya sempat menelannya kalau tak memang mandi air tembikai la Farah hari ni.

“Kenapa kau tanya macam tu? Kau kenal ke sapa yang bakal jadi suami aku tu? Herm.” Soal Batrisya sambil membetulkan kedudukannya.

“Amboi..aku yang tanya kau,kau tanya aku balik. Tak de tak de kau jawab dulu soalan aku tu.”

Nafasnya dihela. “Aku..aku bukan la tak nak tengok or kenal dia. Nak sangat.. ye la bakal suami kan mesti la aku rasa nak tengok,nak kenal tapi tu la. Aku takut nanti bila lepas aku tengok dia tiba-tiba aku jadi macam tak boleh nak terima dia. Ha,macam mana? Tak ke hampa Ibu dengan Babah aku tu?”

“Sebab tu aku tolak untuk kenal dia. Event gambar dia pun aku tak tengok tau. Ibu aku ada bagi,ada la tunjuk dekat aku tapi aku memang tak tengok.”

“Aku kan dah buat solat istikharah. Dan jawapan yang aku dapat tu,dia. Jadi aku biar je la. Cukup la aku tahu yang orang panggil dia Hard. Or aku bagi gelaran dekat dia Mr. Hard,” Terang Batrisya panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience