C 7

Romance Series 50533

Ketukan di pintu pejabatnya membuatkan Batrisya tersedar dari kenangan zaman remajanya bersama Harris.

“ye masuk.” Arah Batrisya sambil membetulkan kedudukannya di kerusi.

Pintu dikuak perlahan dan hanya separuh daripada badan Kak Bella sahaja yang dimasukkan sedikit.

“ye,Kak Bella? Kenapa?” Tanya Batrisya bersahaja.

“Oh tak..ni Akak nak tanya Risya tak nak balik lagi ke? Dah pukul 5 ni. Akak pun nak balik dah ni.” Terang Kak Bella.

“ha,ye ke kak?” sekali lagi dia melihat jam di pergelangan tangannya. Secara spontan, tangannya menepuk dahinya sendiri.

Tersenyum Bella melihat telatah Batrisya.

‘haih.. macam budak-budak. Tu la kuat sangat kerja sampai masa berlalu pun tak perasan.’ Dialog Bella dalam hati.

Yes,selepas sahaja di nobatkan sebagai CEO Cars Auto Sdn Bhd beberapa hari yang lalu, Batrisya masih lagi sibuk dengan meeting bersama client. Tu belum termasuk dengan fail-fail yang bertimbun untuk dapatkan pengesahan daripada Batrisya.

“emm..ok tak apa. Akak balik la dulu k. Risya nak kemas-kemas sikit.” Tangannya kini ligat mengemaskan mejanya walaupun tidak berselerak.
“ok la, kalau macam tu. Tapi Risya balik cepat ok. Bahaya duduk dekat office ni sorang-sorang.” Pesan Bella pada Batrisya.

“ok Kak Bella.” Balas batrisya dengan senyuman yang manis di wajahnya.

Laju kereta mini cooper s convertible miliknya meninggalkan parking VVIP Cars Auto Sdn Bhd. Dalam kepalanya kini ada satu benda je,dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah sebab badannya terasa sangat letih.
Banyak sangat kerja yang terpaksa diselesaikan dalam masa 2,3 hari ni.

Siap park kan keretanya dalam garaj,kakinya membawa dirinya masuk ke dalam perut rumah.

“Assalamualaikum..” – Batrisya

Ibunya,Hajah Mariani yang baru sahaja keluar dari dapur menyahut.

“waalaikumussalam.. kakak..”

Batrisya melajukan langkahnya mendapatkan ibunya dan terus memeluk ibunya dari belakang.

Itu la rutin Batrisya selepas pulang dari pejabat. Baginya memeluk Hajah Mariani mampu menghilangkan sedikit rasa penat dan stressnya selepas seharian penat bekerja.

Diana batrisya merupakan anak sulung pada Hajah Mariani dan Haji Damhuri. Walaupun Batrisya anak sulung tapi dia adalah seorang anak yang paling manja dengan kedua ibu bapanya.

“emm..sedapnya bau..ibu masak apa je untuk minum petang ni bu?”

Hajah Mariani tersenyum dengan telatah anak sulungnya itu. Anak sulung tapi manja dia macam dia pulak yang anak bongsunya.

“Ibu buat cucur pisang je sayang untuk petang ni. Kebetulan kawan Ibu ada bagi pisang jadi ibu buat ni la.” Ujar Hajah Mariani sambil tersenyum.

“oh..sedap nya Bu. Fav Kakak tu,tapi tu la kakak kena naik mandi dulu ni.” Tangan yang melilit di pinggang Ibunya dilonggarkan lalu laju saja tangannya mencapai cucur pisang yang masih panas yang masih lagi berada di tangan Ibunya dan terus dimasukkan ke mulutnya.

Hajah mariani menatap wajah lesu anak daranya itu. Tiba-tiba wujud rasa kesian terhadap anak sulungnya itu.

Umur baru sahaja 26 tahun dah menggalas tanggungjawab besar dekat office tu. Bukan mudah untuk memegang jawatan CEO di sebuah syarikat yang besar di usia yang muda,tambah-tambah pulak zero pengalaman.

Kakinya mula melangkah membawa dirinya menuju ke bilik untuk mandi dan menunaikan kewajibannya kepada sang pencipta.

“Kakak,Ibu nak tanya sikit boleh?” Tutur Hajah Mariani dengan suara lemah lembutnya.

Sebenarnya dalam hati Hajah Mariani terbit rasa serba salah untuk bertanya. Tapi tu la,sampai bila nak biarkan perkara penting macam ni tergantung sepi tanpa jawapan.

Batrisya yang baru sahaja ingin melangkah kakinya menaikki tangga,berhenti lalu memusingkan badannya mengadap Hajah Mariani dengan mulut penuh mengunyah cucur pisang yang masih bersisa.

“herm,Ibu nak tanya apa? Tanya je la.”

“hubungan Kakak dengan Khai macam mana?” Soal Hajah Mariani ingin tahu.

Anak matanya memandang tepat wajah anaknya itu. Mesti ada sesuatu yang Batrisya cuba sorokkan darinya,kalau tak masakan orang tua Khai ingin berjumpa dengannya malam ni.

Kunyahan Batrisya yang tadi laju kini menjadi perlahan bila gegendang telinganya menangkap soalan itu daripada Hajah Mariani.

‘em..nak cakap ke tak ek dekat Ibu yang Khai dah berubah. Nak sorok? Tapi sampai bila aku nak sorok ni. Lambat laun nanti Ibu tahu jugak. Tarikh aku dengan Khai pun kalau ikut tinggal sebulan je lagi.’ Omel Batrisya sendiri.

“huuhh..” Batrisya melepaskan satu keluhan berat. Anak matanya kini jatuh pada wajah polos Ibunya yang sedang menantikan jawapan darinya.

Sebenarnya Bu,Khai dah 2 minggu menghilangkan diri dia. Kakak call,whatsap semua dia tak reply. Perangai dia pun dari sebelum ni pun memang dah berubah. Kakak pun tak tahu la kenapa Bu. Nak fikir pun Kakak rasa dah naik penat dah.”

Dia menarik nafas dan melepaskan sekali.

“Entah la Bu.” Terang Batrisya panjang lebar sambil menundukkan wajahnya memandang lantai. Sengaja dia tidak mahu Ibunya membaca resah dalam dirinya saat ini. Baginya,cukup la dia seorang sahaja yang menanggung semua yang terjadi sekarang ni.

Rasa kesian pada anak daranya itu makin memuncak. Sudah la sibuk dengan hal office,di tambah pulak lagi dengan masalah hubungannya dengan Khai.

Berat hatinya untuk memberitahu Batrisya tentang kedatangan Ibu Bapa Khai malam ni. Tapi nak tak nak,dia terpaksa bagi tahu jugak.

Hajah Mariani melangkah mendapatkan Batrisya. Hatinya kuat menyatakan yang akan berlaku satu perkara yang menyedihkan malam ini. Tangan Batrisya diraih Hajah Mariani.

“kakak..kakak sabar ok,Ibu tahu anak gadis Ibu ni kuat. Tadi Ibu Khai ada call Ibu bagi tahu yang dia nak datang rumah kita malam ni. katanya ada sesuatu yang nak di bincangkan.” Ujar Hajah Mariani dengan nada suara yang penuh kelembutan.

Berkerut-kerut dahi Batrisya mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Ibunya sebentar tadi.

‘nak bincang apa lagi la kali ni. Tak kan nak tangguhkan lagi tarikh khawin ni. tinggal sebulan je lagi kot. Kau jangan nak buat gila Khai.’ Dialog Batrisya dalam hati.

Semalam Update hari ni update. Minggu depan la pulak update boleh? :-D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience