C 47

Romance Series 50538

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Batrisya diakad nikahkan dengan jejaka pilihan keluarganya dan sekali gus menukar tittlenya dari Cik Diana Batrisya kepada Puan Diana Batrisya.

Walaupun begitu,hari-hari yang dilaluinya tetap berjalan seperti biasa. Keluar pagi ke pejabat,petang baru nampak mukanya di rumah. Dia sentiasa sibuk dengan kerjanya di pejabat.

Sudah berkali Hajah Mariani cuba menghalangnya untuk pergi ke pejabat namun Batrisya dengan keras kepalanya tetap jugak keluar melakukan hari-harinya seperti biasa. Perihal tentang perkahwinanya itu langsung tiada dalam benak fikirannya kini.

Apa yang dirasanya kini,dia sendiri pun tak tahu. Happy? Entah. Teruja? Mungkin ada sikit sebab akan bertukar gelaran dari Cik kepada Puan.
Segala persiapan majlisnya itu diuruskan 100% oleh kedua orang tuanya. Dia hanya memilih warna tema dan design baju yang diidamkannya sahaja. Dari segi urusan peribadi,sijil kursus kahwin semua dah lengkap. Yela,Batrisya kan hampir-hampir untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Khai beberapa bulan yang lalu. Jadi dia tidak terlalu sibuk dengan urusan di pejabat agama.

Batrisya kini mula termenung apabila mengenangkan hari itu yang hanya berbaki kurang dari 5 hari saja lagi.

Tok. Tok. Tok.

Ketukan dipintu menyedarkan Batrisya dari terus terbuai dalam termenungnya.

“Masuk.” Arah Batrisya sambil membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa. Kedua tangannya diletakkan di atas meja. Sebatang pen dicapainya lalu dimainkan dengan jemari halusnya.

“Risya.” Sapa Kak Bella sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat Batrisya.

“Ye Kak Bella?” Sahut Batrisya tanpa menoleh memandang wajah PA a.k.a kakak angkatnya itu.

Tergeleng-geleng Kak Bella bila melihat wajah sugul Batrisya. Ni tak lain tak bukan ni memang confirm pasal kahwin ni. Mana tak nya,orang lain nak kahwin kecoh dua minggu sebelum majlis tu dah excited dah ambik cuti bagai. Yang dia ni esok lusa nak majlis boleh lagi datang kerja.

“Risya.. tak elok la buat muka masam macam ni. Risya tu esok lusa dah nak naik pelamin tau. Dah nak jadi isteri orang. Nanti asyik dengan muka monyok macam ni tak berseri muka tu.”

Kata-kata Kak Bella itu hanya di jawab dengan jelingan kecil dari Batrisya.

Jeda

Haihh... macam-macam la budak ni sorang.

“Risya,Akak dapat arahan daripada Babah Risya tau. Mulai esok Risya tak dibenarkan untuk masuk pejabat. Semua appoiment Risya,Kak Bella dah tangguhkan seminggu selepas tarikh resepsi Risya sebelah pihak lelaki nanti. Ok.” Terang Kak Bella panjang lebar.

Batrisya masih ralik bermain dengan pen di tangannya. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Kak Bella seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Risya. Risya.” Panggil Kak Bella lagi.

“Ha,ye Kak Bella?”

“Haihh.. Risya dengar tak apa yang Kak Bella cakap tadi?”

“Dengar..esok Risya tak boleh masuk office dah. Tapi lamanya tangguh semua appoiment tu?” Balas Batrisya. Dia kini mula memberi parhatiannya pada Kak Bella.

Kedua bahunya dijongketkan ke atas. “Yang itu Kak Bella tak tahu. Kak Bella hanya ikut arahan dari Babah Batrisya sahaja.”

“Emm..ok Kak Bella.”

“Risya ni kenapa sebenarnya? Ada masalah ke? Cuba cerita dekat Kak Bella mana tahu Kak Bella boleh tolong?”

“Entah la Kak Bella. Risya just rasa takut je. Takut kalau hati Risya ni tak mampu untuk sayang dia dan terima dia sebagai suami Risya. Dan.. yang paling Risya takut kalau perangai dia macam perangai Khai tu. Playboy!” Jujur Batrisya.

Sejujur nya memang itu yang mengganggu fikirannya takkala dia teringatkan sisa hari singlenya sebelum sah bergelar isteri kepada Hard.

Batrisya kini berdiri dengan kedua tangannya disilangkan di dadanya. Semakin dekat hari pernikahan itu semakin kuat rasa takut itu menghantui hatinya.

Haihhh...

“Risya nak takut apa Sayang. Macam yang Kak Bella pernah cakap dulu la. Tak semestinya kita tak kenal dia,dia tak boleh nak jaga kita. Tak boleh nak jadi nakhoda kapal untuk keluarga kita. Kadang-kadang kan Risya pemberian Allah ni lagi baik dari apa yang kita cari tau. Sebab Allah akan bagi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita nak. Risya kena percaya tau yang pemberian Allah ni adalah yang paling terbaik untuk Risya.”

“Allah ni akan ikut sangkaan hambanya tau. Kalau Risya fikir yang positif maka positif la jadinya. Tapi kalau Risya fikir negatif macam sekarang ni maka negatif la jadinya. Faham kan? Herm. Lagi pun Risya terima dia bukan atas paksaan orang tua.. Risya terima dia sebab dia masuk dalam mimpi Risya. Allah dah pilih dia untuk jadi suami Risya. Kan? So.. Kak Bella rasa everything will be ok. Ok?” Ujar Kak Bella panjang lebar. Senyuman manis mula tergaris diwajahnya. Sikit pun dia tak salahkan apa yang Batrisya fikirkan kerana dulu dia jugak berfikiran seperti Batrisya sebelum diijabkalbulkan dengan suaminya kini.

Batrisya hanya tersenyum segaris. Ya..betul apa yang diperkatakan oleh Kak Bella tu. Aku terima dia sebab dia pilihan Allah untuk aku. Jadi kenapa aku nak takut pulak. Sepatutnya aku kena happy sebab ni moment terindah dalam hidup aku.

Mulai sekarang aku kena happy je. Esok lusa aku dah nak naik pelamin. No muka masam-masam and just think positif ok Risya. Dialog Batrisya sendiri. Wajahnya dipalingkan memandang wajah Kak Bella yang sedang berdiri di sebelahnya kini. Satu senyuman yang cukup manis dihadiakan kepada Kak Bella.

Terasa lega hatinya melihat senyuman manis di bibir Batrisya itu.Dia tahu bukan mudah untuk lalui semua ini dalam masa yang singkat. Menerima lamaran dari seorang jejaka yang tidak dikenali tup tup sekali gus terus akan diijabkabulkan dan sah bergelar sebagai seorang isteri. Tapi percaya la,kadang-kadang jodoh yang datang secara iba-tiba tu la yang terbaik untuk kita. Siapa sangka kan?

“Ok sekarang mood Risya dah ok kan? Jom ikut Kak Bella.” Ajak Kak Bella sambil tangannya ligat mengemaskan dirinya sebelum keluar.

“Nak pergi mana pulak Kak Bella?” Soal Batrisya dengan keningnya yang berkerut.

Batrisya mula kebingungan. Memang la mood aku dah ok. Tapi sekarang ni Kak Bella nak ajak pergi mana pulak. Tadi cakap appoiment dengan client untuk hari ni semua dah satle.

“Tak..waktu Babah call Kak Bella tadi,sempat la Kak Bella bercakap dengan Ibu Risya. Dia nak Kak Bella bawak Risya pergi spa. Semua dah siap booking. Tunggu tuan badannya sampai je.” Tutur Kak Bella.

Ha! Biar betul. Siap kena pergi Spa bagai. Ee..Ibu ni macam-macam la. Leceh.

“Kak Bella join sekali k. Risya bayarkan. Ee..Ibu ni macam-macam la.” Bebel Batrisya sambil tangannya ligat kemaskan apa yang patut sebelum tinggalkan pejabatnya itu.

“Eh..tak apa. Hihi. Kak Bella pun dah booking untuk Kak Bella jugak. Dah payment siap dah pun. Alang-alang Kak Bella temankan Risya..why not Kak Bella join sekali kan. Haha. Kak Bella pun dah lama tak ber Metime nih.” Tutur Kak Bella sambil tersengih menampakkan giginya.

“Ok la kalau macam tu. Jom Kak Bella.” Kakinya mula melangkah. Ikut hati Batrisya,dia terus nak balik rumah je. Tapi kalau balik nanti memang berasap la telinganya kena leter dengan Hajah Mariani.

Batrisya dan Kak Bella kini berjalan seiringan keluar daripada lift. Sambil berjalan mereka berbual kosong dan ada kala di ikuti dengan gelak kecil mereka. Tiba-tiba langkah Batrisya mati saat matanya melihat gerangan yang berdiri di hadapannya kini.

Ecah dah update geng! Sory sangat sebab lama menghilang. Ecah Happy tau dapat balik NP lama ni. Siap berangan lagi ok lepas ni dah plan next novel alih alih habis semua :( Ni ecah dah update. Hope korang sudi lagi membaca. Sory. Tenkiu :) Happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience