C 35

Romance Series 50533

“Kakak!! Turun makan!” Laung Naim dari tingkat bawah. Bergema satu rumah dengan suara Naim memanggil kakaknya untuk turun makan malam bersama.

“Ee..apa kau ni Im. Terjerit-jerit macam orang gila. Nak panggil pun panggil je la leklok. Kalau dah rasa malas sangat nak naik tangga call je. Handphone ada kan.”Marah Batrisya pada adik lelakinya itu.

Mulutnya tak henti leterkan Naim sambil kakinya melangkah ke arah meja makan untuk mengisi perutnya yang mintak diisi sedari petang tadi lagi.

Hajah Mariani dan Mak Yam yang sedang sibuk menyiapkan makan malam di dapur hanya menggelengkan kepala mendengar pertengkaran antara dua beradik itu.

“Ish budak-budak ni dah besar panjang pun sibuk nak bergaduh lagi.” Ngomel Hajah Mariani yang didengari Mak Yam.

“Ala..biasa la tu Puan Mar. Budak-budak. Lagi pun dorang tu gaduh-gaduh manja je..” Ujar Mak Yam sambil tersenyum manis.

Batrisya mula mengambil tempat bertentangan dengan Hajah Mariani. Baru saja jemarinya memengang sudu untuk menceduk lauk tiba-tiba tangannya dipegang lembut oleh Hajah Mariani.

‘Kakak terima pinangan Hard ke?’ Hajah Mariani mula bermain teka-teki dengan dirinya sendiri. Saat Ini habis semua mata hanya tertumpu pada cincin di jari manis Batrisya itu. Termasuk la Mak Yam.

Setahunya Puan Mar ceritakan padanya yang Risya menolak lamaran itu. Tapi sekarang cincin tu ada dekat jari Risya.

“Kak.Kakak..terima pinangan Hard tu?” Tanya Hajah Mariani. Sampai tergagap Hajah Mariani dibuatnya.

“Emm..Ibu tak buka ke kotak cincin hari tu?” Soal Batrisya dengan mimik muka hairannya.

Kenapa tak. Ibunya nampak seperti terkejut sangat bila melihat dia memakai cincin tersebut.

‘Nampak sangat yang Ibu macam tak buka kotak tu. Kalau tak,tak kan masing-masing boleh tercengang macam ni.’

Belum sempat Hajah Mariani menjawab Haji Damhuri dulu lagi melintasnya.

“Macam mana nak buka..kalau baca nota pun dah nak mengalir air mata. Memang tak ada maknanya la Ibu kamu ni nak bukak kotak cincin tu. Takut bertambah hampa la katakan..” Sakat Haji Damhuri pada isterinya itu.

“Ish,Abang ni kesitu pulak dia.” Balas Hajah Mariani sambil tengannya menampar lembut peha Haji Damhuri. Hatinya kini gembira tak terkata. Rasa tak sabar pulak nak bagi tahu good new tu pada bakal besannya itu.

Melihat keadaan Batrisya yang mula mendiamkan diri. Haji Damhuri mula mengajukan soalan.

“Kakak ikhlas ke terima Hard ni untuk jadi suami Kakak?” Dengar soalan Ini tiba-tiba saje wajah Batrisya berubah jadi tiada riak.

‘Hard? Hardware ke?. Amboi..bukan main lagi nama macam nama mat saleh. Ke bakal laki aku ni memang mat saleh? Kacut kot..kan.’

“Kakak..kakak..eerr..” Takut-takut Batrisya untuk menyebut perkataan ‘kakak ikhlas’. Betul ke dia ikhlas? Sekarang ni dia rasa seolah-olah seperti sedang menipu dirinya sendiri.

“Eerrr..”

“Ish,cepat la cakap! Eerr.. Eerr.. dari tadi lagi orang tunggu penat tau!” Marah Naim sambil mencuit kasar bahu Kakaknya itu.

Geram betul dia dibuatnya. Orang tak sabar nak tunggu jawapan dia boleh main-main pulak.

“Ish,sibuk la kau. Pergi sana main jauh-jauh.”

“Kakak. Cepat la.” – Hajah Mariani.

“Ye ok.. Kakak ikhlas terima dia HARDware tu untuk jadi suami kakak.” Jawab Batrisya dengan senyuman segaris di bibir.

Ternganga mulut masing-masing mendengar gelaran yang disebut anak gadisnya itu. Begitu juga dengan Hajah Mariani.

“HARDware?”- Haji Damhuri

“Ye la. Hard kan nama dia. So maybe nama dia HARDWARE la kot.” Canda Batrisya.

“Ya Allah apa la kakak ni. Bukan tu la nama dia. Nama dia..”

Belum sempat nama panjang bakal suami Batrisya disebut satu persatu oleh Hajah Mariani,Haji Damhuri cepat-cepat menekup mulut isterinya itu dengn telapak tangannya.

‘fuhh nasib baik tak terlepas cakap. Ni la perempuan orang dah suh simpan rahsia ni dia sibuk jugak nak bocorkan. Ee..memang tak boleh simpan rahsia betul.’

Farah yang baru sahaja selesai meeting dengan clientnya tiba-tiba ternampak kelibat Amelia. Apa yang menarik perhatiannya lagi,Amelia bersama dengan lelaki lain!

‘Macam Amelia. Tapi siapa pulak lelaki yang peluk pinggang dia tu? Herrmm.. Berita sensasi ni. Kena bagi tahu geng ni. hihi’

Dengan laju jemarinya mula bermain-main di skrin Iphone.

Weh korang aku ada cerita hot and spicy ni. Korang nak tahu tak? ~ Farah

Ish..minah ni la..suka sangat jaga tepi kain orang tau. Leter Batrisya dalam Hati.

Emm..ada apa?~ Batrisya

Ye la Farah. Apa yang hot and spicy sangat tu? Kini giliran Harris pula bertanya.

Berkerut sekali kening Batrisya bila melihat Harris reply whatsap dari Farah tu.

‘Amboi..mamat ni. Bukan main excited lagi dia ek. Aku ingat kan lelaki ni tak suka ambik tahu hal orang rupanya sama je dengan perempuan.’

Cerita apa pulak ni Farah oi.. Tengah kerja kan.. kerja la betul-betul. Melepas client tu nanti Abang potong gaji kau ek. ~ Farid

La..Kau tengah kerja ke? Dalam kerja-kerja pun sempat lagi kau ek cari cerita hot bagai. ~ Batrisya.

Dari jauh,Batrisya menggelengkan kepalanya. Orang time kerja,kerja la betul-betul. Ni tak,time kerja pun sempat lagi nak bergosip bagai sempat lagi nak jaga tepi kain orang bagai.

Weh,aku dapat cerita hot ni lepas meeting dengan client la. So masa tu aku bukan dalam masa kerja pun. -_- Merajuk la macam ni semua orang nak leter dekat aku. Herrmm.. ~ Farah.

Rajuk Farah yang dibuat-buat. Hakikatnya dia tak ambik hati pun dengan leteran tu tapi sengaja dia nak melihat apa reaksi mereka.

Abang yang pasal client tu jangan risau la semua ok. ~ Farah

Ala..merajuk je la kerjanya. Muka tu aku tengok dah ada kedut dah tu. Berani la merajuk lama-lama..nanti satu muka berkedut. Tak pasal-pasal muka tu jadi muka orang tua. Cepat la kau nak bagi tahu apa tadi? Aku jap lagi ada meeting ni. ~ Batrisya.

‘the what,dia cakap aku orang tua. Kurang asam keping punya membe.

Ok jap aku nak send satu gambar ni. Nah!~ Farah

Farah menghantar gambar Amelia yang di tangkap tadi dalam group.

Korang kenal kan minah yang ada dalam gambar ni?~ Farah

‘Emmhh..Amelia dengan lelaki lain ke? So ni la cerita yang hot and spicy sangat tu. Emm..dah basi dah Farah.. Aku selalu je nampak minah ni dengan lelaki lain.’

Oh..story Amelia dengan lelaki lain la ni? Ingat kan apa la tadi. Dah biasa la Farah..~ Harris

A’ah..dah biasa.. story ni dah basi pun.. hihi. Aku selalu je jumpa dia ni dengan lelaki lain. tapi good news nya.. lelaki yang kau snap ni aku belum pernah jumpa lagi. Maybe ni ‘mangsa’ terbaru dia kot. ~ Batrisya.

So..maksudnya korang dua orang memang dah tahu la yang minah ni playgirl? Korang tak story dekat aku pun.. :( ~ Farah

‘Sampai hati korang ek.’

Ala Farah.. si Amelia ni bukan nama asing la untuk Abang Harris ni. Dia ni memang terkenal dalam team Abang. Sebut je Amelia semua kenal. Pisau cukur and play girl.~ Harris.

Cuma Abang je buat tak tahu dengan dia.. sebab tak tertarik.. hikhik :p ~ Harris.

Batrisya yang baca whatsap reply dari Harris tu kecik besar kecik besar je mata dia. Rasa nak muntah pun ada la.! Tak tertarik konon..Meluat aku!

Emm..Aku malas nak story sebab malas la nak ambik tahu hal orang. Lagi pun kan aku dah penat la weh..lagi-lagi perkara yang membabitkan lelaki tutttttt.. tu. Ha.. aku malas nak mencarut. Dah la,dari aku dok ingatkan benda yang tak ada faedah ni. Baik aku buat preperation untuk kenduri tunang aku.~ Batrisya.

Terjawab tak siapa gerangan Encik Tunang Bat tu? (≧∇≦)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-03-14 21:52:44 

afa next episod x...?


NovelPlus Premium

The best ads free experience