C 15

Romance Series 50538

“Khairil Bahari Bin Datuk Khahar!” Jerit Datin Aminah. Suara nyaring memenuhi setiap ruang rumah agam itu.

Panggil secara baik buat endah tak endah je. Nak tak nak,terpaksa la dia gunakan kuasa vetonya untuk memberhentikan langkah anaknya itu.

‘ee..serabut la..ni tak ada pasal lain la ni. Mesti pasal Risya lagi ni.’ Runggut Khai.
“Ada apa lagi ni Bu?” Soal Khai sambil buat mimik muka. Wajahnya dipalingkan daripada memandang wajah Ibunya.

Kalau ikutkan hati,dia dah naik malas untuk bercakap mahu pun berbincang perihalnya dengan Batrisya.

Tajam pandangan Datin Aminah terhadap anaknya itu saat ini. Dalam keadaan macam ni pun Khai boleh buat muka bodoh dia tu. Macam orang tak ada masalah. Sedangkan masalah yang berlaku sekarang ni semua berpunca daripada dia.

“Khai ni dah kenapa ha!? Suka la kan dapat malukan Ibu dapat malukan Ayah dengan keputusan bodoh Khai tu.!” Bengis sekali wajah Datin Aminah ketika ini.

Ibu bapa mana la yang tak marah bila anak yang mereka sayang buat perangai. Lagi-lagi kalau buat perangai bodoh macam Khai ni.

Kali pertama tangguhkan tarikh perkahwinan dulu boleh diterima lagi. Kali kedua senyap lagi. Tapi ni dah kali yang ke tiga. Paling teruk majlis tu akan berlangsung lagi sebulan.

“keputusan bodoh apa nya Bu..dah Khai belum sedia lagi nak kawin. Nak buat macam mana.” Tutur Khai dengan wajah selamba badak.

‘amboi..senangnya jawapan kau Khai. Ee..nanti kau. Tunggu. Kau ingat aku tak tahu yang kau ada buat hal dekat belakang aku.’
Kini Datin Aminah berdiri betul-betul dihadapan anak tunggalnya itu.

“Amboi..senangnya jawapan Khai kan. Majlis tu bulan depan je lagi Khai. Memang tu keputusan bodoh la. Dan itu adalah keputusan BODOH Khai! Tak sangka la Ibu,hantar anak belajar tinggi-tinggi tapi boleh fikir nak buat keputusan bodoh macam ni. Dulu masa nak,masa suka,masa cinta tak nyempat-nyempat. Tapi sekarang bila dah tak nak,bila dah tak suka,bila dah tak cinta buat keputusan tu tak fikir hati orang lain dah. Khai ingat diaorang tu semua anak patung ke? Lagi-lagi si Risya tu.!” – Datin Aminah

“Kalau dah rasa tak nak,buat cara tak nak. Batalkan je terus tak payah nak main tangguh-tangguh. Biar mak bapak Risya tu cari lelaki yang sesuai untuk Risya. Sebab Risya tu memang layak untuk dapat seorang lelaki yang jauh lebih baik dari Khai.”

Baru saja kaki nak melangkah tinggalkan Khai yang membatu tiba-tiba Datin Aminah teringatkan sesuatu. Badannya dipalingkan kembali mengadap Khai.

“oh,and one more thing. If one day Risya buat keputusan putuskan pertunangan korang ni,Khai jangan sesekali nak rasa happy ok. Sebab Ibu tak akan terima perempuan yang gedik dan yang spesis tak cukup kain tu. FAHAM!” Warning Datin Aminah dan terus berlalu pergi.

Berlaga-laga gigi Khai menahan amarah. Dia tidak menyangka yang selama ini Datin Amninah tahu tentang hubungannya dengan Amelia.

Dan paling menyakitkan hati bila Datin Aminah menyatakan yang dia tidak akan menerima Amelia sebagai menantunya kalau itu memang diniatkan dalam hati Khai.

...........

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Menanti keputusan dengan penuh debar di dada.

Dan semestinya yang paling gelisah Hajah Mariani la. Ibu mana yang tak gelisah hati bila melihat keadaan anak yang pengsan dengan muka pucat lesi tak berdarah. Harris pula sedaya upaya cuba menyembunyikan rasa bimbang di hati.

“Puan ibu kepada Diana Batrisya.?” Soal doktor Siti kepada Hajah Mariani.

“ye doktor saya Ibu pada Risya. Kenapa dengan Risya doktor? Ada penyakit yang serious ke?” bertubi-tubi soalan ditujukan kepada doktor Siti.

Melihat keadaan Hajah Mariani yang semakin resah,Haji Damhuri segera mendapatkan isterinya itu,lantas tangannya memeluk lembut bahu isterinya.

“sabar Ling..insyallah tak ada pape yang serious tu..” Pujuk Haji Damhuri.

Tersenyum manis Doktor Siti melihat perilaku Hajah Mariani dan Haji Damhuri. Walaupun umur Haji Damhuri dah separuh abad namun masih nampak sifat romanticnya.

“hurm..jangan risau Puan. Alhamdullillah Risya ok. Dia pun sihat-sihat sahaja tak ada yang serious pun. Cuma untuk sekarang ni dia kena banyak berehat. Badannya agak lemah dan dia dalam keadaan yang agak stress. So kalau boleh,dalam 2 3 hari ni jangan bagi dia stress ok. Tu saya on kan air untuk masuk dalam badannya insyallah esok dia akan ok. “ Jelas Doktor Siti dengan penuh teliti sambil tersenyum manis.

Yang lain menganggukan kepala tanda faham dengan apa yang dijelaskan oleh Doktor Siti sebentar tadi.

‘Alhamdullillah.’ Syukur Harris dalam hati. Terasa lega sedikit hatinya saat ini.

emmm.. Cukup tak 2 bab?. hihi. cukup la kan. :-D Nanti Ecah update lagi ok. da.. da.. stay safe u olls. ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience