C 11

Romance Series 50533

“Risya,kau rasa si Khai tu ada perempuan lain ke?”- Farah

“Entah la Farah. Aku sendiri pun tak tahu. Cuma sekarang ni ada 2 benda je yang aku nak buat.”- Batrisya

Setiap baris kata-kata Batrisya membuatkan hati Farah tidak keruan menantikan sambungannya.

“kau nak buat apa?”- Farah.

“pertama,if aku terjumpa dia dengan mana-mana perempuan lain aku tak akan teragak-agak untuk batalkan dan secara tak langsung putuskan hubungan ni.” Jelas Batrisya dengan nada suara yang agak perlahan namun ada sedikit nada bersungguh. Air matanya mula bertakung.

Memutuskan hubungan dengan orang yang kita sayang bukan satu benda yang mudah. Tapi sampai bila harus bertahan dan sampai bila nak biarkan hati kita dipermainkan seolah-olah kita tak punya perasaan.

‘tak dinafikan. Yes Khai,aku memang masih sayangkan kau. Tapi hati aku dah banyak terluka dengan kau. Cukup la kau permainkan aku seolah-olah aku ni boneka je untuk kau. Aku dah mula tawar hati untuk sayang kau.'

“kau..kau serious Risya?” Tanya Farah agak terkejut dengan kenyataan Batrisya tadi.

Memang jawapan ini yang dia inginkan dari Batrisya. Tapi seandainya keputusan ni menambahkan lagi luka di hati Batrisya dia sanggup memaafkan setiap perbuatan Khai dan menerima Khai seperti sedia kala.

Segaris senyuman cuba diukirkan.

“yaa. Aku serious. Dan yang kedua,aku tak akan menangis atau pun rasa menyesal seandainya betul one day aku sendiri yang putuskan hubungan ni.” Ujar Batrisya dengan wajah menunduk.

‘apa je keputusan yang kau buat,aku akan tetap sokong kau dan aku akan always ada dekat sisi kau Risya. Aku tak sanggup tengok kau jadi boneka Khai. Time nak bersungguh-sungguh. Tapi bila time dia tak nak,dia biarkan kau tertanya-tanya,ternanti-nanti macam kau ni memang tak ada hati dan perasaan.’

Jeda

“hai girl’s.” Sapa Farid ketika melangkah mendekati dua sahabat baik itu. Tapi masing-masing hanya mendiamkan diri tanpa kata. Lagi-lagi Batrisya langsung tidak berpaling.

‘aik,senyap je semua..kenapa ni.’ langkahnya diatur satu persatu mendekati adiknya Farah.

“hye,kenapa ni? Ada masalah ke? Ketat je muka masing-masing Abang tengok ni.” Tembak Farid.

Dia sebenarnya tahu yang ada something terjadi pada Batrisya. Dari awal lagi dia tahu. Tapi dia tak nak terlalu memaksa Batrisya untuk berbicara.

Nada suara garau Farid membuatkan Batrisya memalingkan kepalanya ke belakang. Baru sahaja bibirnya berniat untuk tersenyum manis tapi tiba-tiba jadi terbantut apabila anak mata hazelnya dapat merakam kelibat seseorang yang sedang berdiri di belakang Farid.

“apa kejadahnya mamat poyo ni ada dekat sini pulak ni. E..elok-elok aku ni boleh cover marah aku,nampak dia terus aku rasa nak melenting.” Ngomel Batrisya sendiri tapi suaranya masih dikawal dan hanya dia sahaja yang dapat dengar apa yang dikatakan tadi.

Tangannya disilangkan di dada cuba menenagkan gelora di jiwa. Badannya pulak kembali kepada posisi yang asal.

Belakang Batrisya dipandang Farah. Perilaku Batrisya yang hanya membatukan dirinya membuatkan Farah faham yang temannya itu memang tak berniat untuk menjawab pertanyaan Abangnya itu.

“Khai. Dia buat gila lagi Abang. Dia tangguhkan tarikh kahwin dorang ni. Dah la tarikh tu tinggal sebulan je lagi. Melampau.!” Marah Farah. Wajahnya kembali tegang.

Hampir saja ternganga mulut Farid mendengar jawapan dari adiknya Farah.

‘masuk ni kali ketiga dah dia tangguhkan tarikh kawin ni. Apa masalah mamat tu sebenarnya. Masa bercinta dulu bukan main lagi. Sekarang ni bila dah tak nak kau buat dia mainan kau Khai.’

“amboi,mintak tangguh lagi? Apa masalah dia sebenarnya ni? ke memang jenis suka tangguh-tangguh. Dia buat orang macam tak ada perasaan.”- Farid

“tu la.”- Farah

Batrisya masih setia membelakangi mereka bertiga. Apa yang dibicarakan oleh dua beradik itu langsung tak di ambil port. Saat ini seluruh badannya terasa sakit,sangat sakit. Kepala sakit. Hati tak payah nak cakap la.

Harris orang keempat yang berada diantara mereka hanya mendiamkan dirinya dari tadi.

‘Oh..minah ni dah bertunang rupanya aku ingatkan single lagi. Nasib baik jugak jantan tu tangguhkan tarikh kawin dorang so sempat lagi la aku nak masuk jarum kan.’ Dialog Harris sendiri dalam hati.

‘kapal terbang pun orang boleh hijacked ini kan pulak tunang.’ Harris tersenyum sinis.

“tak apa la Risya,Risya sabar ok. Abang rasa ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dekat Risya ni. Jangan sedih ok. Abang Farid dengan Farah sentiasa ada untuk Risya.” Pujuk Farid sambil tersenyum manis walapun Batrisya tak nampak senyuman itu. Matanya kini tertumpu pada belakang Batrisya.

Hatinya sedikit terpujuk dengan pujukan Farid. Senyuman berbalas.

‘kenapa la Abang Farid ni tak jatuh hati dengan aku je. Kalau tak mesti dah lama aku jadi isteri Abang Farid kan. Dah la baik,handsome,romantic,tinggi pun lebih kurang aku je. Mesti sweet gila kan kalau duduk atas pelamin. Hihihi.. eleh,berangan la kau Risya. Kau je yang jatuh dekat dia, tapi dia tak jatuh hati dekat kau pun.’

Tanpa sedar senyuman sinis yang terukir di bibirnya menjadi perhatian Batrisya,Farah dan Farid.

Berlaga-laga gigi Batrisya menahan rasa sakit di hati. Bertambah sakit bila melihat senyuman sinis dari bibir Harris.

“oii! Kau dah kenapa? senyum sorang-sorang macam orang gila.” Sergah Farid

Lelaki sama lelaki tak apa la berkasar bahasa. Kalau berlembut nanti korang fikir diaorang Gay pulak kan. Tak pasal je.

“Tak ada la,baru tangguhkan tarikh kahwin bukannya tak jadi kawin so..releks la.” Jawab Harris bersahaja.

releks hotak awak! e.. rasa nak cili je mulut Harris ni tau. Hope la Bat (korang panggil Batrisya BAT kan?) tak terima kau. :-||

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience