C 8

Romance Series 50533

Melihat wajah sugul Batrisya,membuatkan hati Hajah Mariani semakin resah. Dia tahu apa yang ada dalam kepala anaknya tika ini. Dia berharap sangat perjumpaan kali ni bukan la untuk menangguhkan tarikh perkhawinan anak mereka.

Hajah Mariani menghampiri Batrisya. Lantas belakang Batrisya di usap lembut oleh Hajah Mariani.

“Kakak jangan la fikirkan sangat ye. Insyallah semuanya baik-baik je. Tak apa kita tunggu malam nanti,tengok apa yang Ibu Khai tu nak bincangkan. Ye. Ibu rasa Mama Khai tu nak percepatkan kenduri tu.” Pujuk Hajah Mariani.

Sebenarnya sengaja dia berkata sedemikian rupa. Bukan sahaja untuk menenangkan hatinya malah untuk menenangkan hati anak gadisnya juga. Entah kenapa rasa hatinya kuat menyatakan yang kehadiran keluarga Khai malam nanti adalah untuk tangguhkan lagi tarikh perkhawinan mereka berdua.

“sekarang Ibu nak Kakak masuk bilik mandi dan solat,mintak Allah tenangkan jiwa Kakak,mintak Allah kuatkan dan cekalkan hati Kakak Ibu ni ye Sayang.” Ujar Hajah Mariani dengan nada yang penuh lembut. Batrisya yang hanya membatukan dirinya dari tadi hanya mengangguk.

Berat langkah kakinya diatur satu persatu menaikki tangga menuju ke biliknya di tingkat satu. Melangkah masuk sahaja dalam bilik tersebut Batrisya menghempaskan badannya di atas katil yang bersaiz king itu. Otaknya kini ligat memikirkan tentang tujuan kedatangan Ibu Bapa Khai kerumahnya malam ini.

“hhuuuhh..” Batrisya melepaskan satu keluhan berat. Jiwanya kini diselubungi dengan satu rasa yang kita semua tidak suka. Rasa tak sedap hati. Tapi entah la.

“aarrrgghhh..! serabut la nak fikir pasal benda ni. Baik aku sembahyang lagi bagus. Buat sakit otak aku je Khai fikir pasal ko.” Batrisya menjerit kecil.

Selepas menunaikan solat isyak,Batrisya hanya mengenangkan baju t-shirt hitam berlengan panjang,trek suit dan tudung bawal yang hanya dilepaskan menutup bahagian dada dan disimpulkan sedikit di bahagian bawah tudung.

Pintu bilik dikuak Batrisya. Baru sahaja hendak melangkah menuruni tangga langkahnya menjadi kaku. Mati serta merta.

“Mar,kami tak tahu macam mana nak mulakan tapi kami amat kesal dengan keputusan Khai. Kami tak sangka yang dia akan buat lagi untuk kali ketiga.

Hajah Mariani dengan Haji Damhuri hanya mendiamkan diri. Mereka berdua dah mati kata bila Datin Aminah berkata sedemikian rupa sebab mereka dapat mengagak apa yang akan disampaikan Datin Aminah seterusnya.

“Khai mintak untuk tangguhkan lagi perkhawinan dia dengan Risya Mar.” Tutur Datin Aminah. Dia hanya menundukkan sahaja wajahnya.

Dia malu,sungguh dia malu dengan keputusan bodoh anak lelakinya itu. Dato’ Khahar yang berada di sisi Datin Aminah mula memainkan peranannya. Bahu isterinya dipaut lembut.

Hajah Mariani dan Haji Damhuri saling berpandangan antara satu sama lain.

“emm..tapi kenapa ye Khai nak tangguhkan lagi tarikh kahwin dorang ni? Bukan apa.. tarikh kahwin dorang pun tinggal sebulan lebih je lagi. Barang-barang Risya semua dah siap. Tinggal kad je lagi belum diedarkan.” Ujar Hajah Mariani.

Dalam hatinya menahan sebak. Kasihan pada anak gadisnya itu. Kenapa la Khai sanggup lukakan hati anak gadisnya itu untuk kali yang ketiga.

Batrisya yang sedari tadi menadah telinganya dengan setiap perbualan antara Ibunya dan juga bakal mertuanya itu mula menitiskan air mata. Basah pipi mulusnya dek kerana air matanya terlalu deras.

‘Khai..apa masalah kau sebenarnya. Ni,kali ketiga dah kau buat aku macam ni. Dulu aku boleh terima lagi sebab kau bagi tahu 6 bulan sebelum tarikh kita. Ni sekarang ni semua aku dah siapkan Khai. Kenapa kau buat aku macam ni.’ Rengek Batrisya sendiri. Badannya yang tadi berdiri menyandar kini menggelongsor kebawah sehingga terduduk.

Pandangan Hajah Mariani dan Haji Damhuri bercantum seketika lalu dibawa kepada Datin Aminah dan Dato’ Khahar. Timbul rasa kasihan pulak dalam hati mereka. Tapi lagi kesian pada Anak gadis mereka kerana dipermainkan seolah-olah seperti tidak punya perasaan.

“kami betul-betul mintak maaf Mar. Saya ni pun malu sangat dengan keputusan bodoh Khai ni. tak tahu la apa yang menyebabkan Khai tu buat keputusan macam ni. Saya betul-betul mintak maaf Mar.” Jelas terpancar riak wajah sedih Datin Aminah.

Sedih dengan keputusan Khai,dan jugak sedih kerana terlalu malu dengan keluarga Batrisya.

“tak apa la,nak buat macam mana lagi kalau dah itu keputusan Khai. Kami pihak perempuan hanya menurut sahaja tapi kami tak pasti sama ada Risya masih mahu teruskan atau pun tak hubungan ni. Ye la,Risya tu pun ada perasaan jugak. Bukan apa,kali ni dah kali ketiga dia buat keputusan yang macam ni.” Tutur Hajah Mariani kesal. Kesal dengan sikap Khai.

Datin Aminah menyeka air mata dengan kedua telapak tangannya.

“mana Risya Mar? Saya nak jumpa dengan Risya boleh?” Tanya Datin Aminah dengan sisa esakkan.

Hajah Mariani memandang suaminya di sisi Haji Damhuri. Dia nak menjawab soalan itu,tapi kali ini biar la Haji Damhuri menggunakan kuasanya sebagai bapa kepada Batrisya.

“eemm.. macam ni la,bukan la saya tak bagi Datin jumpa dengan Anak saya tapi buat masa sekarang biar la dulu. Sebab..ye la,dengan apa yang Khai buat ni dah cukup buat Risya tu bersedih. Insyallah Nanti bila Risya dah ok,saya akan call Dato’.” Tutur Haji Damhuri dengan berhati-hati.

Haji Damhuri tidak mahu Datin Aminah dan Dato’ Khahar terasa hati sebab tak bagi mereka bersua muka dengan Batrisya. Kerana dia yakin yang anaknya itu Batrisya sudah mendengar segala perbualan mereka di bawah.

Gais.. Nah. Miss Aish belanja C 8. Macam mana setakad ni? (~_^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience