C 31

Romance Series 50538

Batrisya hanya tertunduk. Degupan jantungnya saat ini berdegup laju. Seolah-olah sedang menyertai perlumbaan marathon.

Jantung ni pun nak pergi mana laju-laju macam ni oi! penat aku nak kejar rentak kau.

Tiba-tiba perasaan takut mula menyelubungi segenap hatinya.

“kawan Ibu siapa? Kakak kenal ke?” Soal Batrisya ingin tahu. Ada getar di hujung suaranya.

“Kakak pernah jumpa dengan dia. Ala.. Auntie Rohani. Kawan Ibu yang Puan Sri tu. Kakak ingat tak? Dia selalu jugak datang rumah kita..tapi dia selalu datang time orang bekerja la.” Terang Hajah Mariani. Batrisya pula memerahkan otaknya untuk mengingati tuan empunya badan Auntie Rohani itu.

‘Puan Sri. Kalau dah mak Puan Sri,Ayah pulak Tan Sri anak pulak hurm.. Tak ada orang lain ke nak masuk meminang aku. Toke burger ke. Toke workshop ke ni tak balik-balik anak orang kaya. Entah-entah perangai mamat ni lebih kurang sama je dengan si Khai tu.’

‘Kalau anak Datuk pun boleh buat perangai ini kan pulak anak Tan Sri yang jauh lebih tinggi dari Khai.’ Tembak Batrisya lagi.

Bila dah terkena sekali memang macam-macam la fikir kan. Behave la katakan. Tak nak pisang berbuah dua kali.

“Bu,Babah. Tak ada ke orang yang biasa-biasa je yang masuk meminang Kakak? Kakak bukan apa.. just takut. And tak nak la pisang berbuah dua kali. Kalau perangai anak Tan Sri ni sama macam si Khai tu macam mana?”

Pengalaman sebulan yang lepas membuatkan Batrisya takut untuk menyayangi lelaki yang mempunyai kehidupan mewah ni. Atau pun maksud paling senang lelaki kaya.

Sebab tu dia kalau boleh nak Ibu carikan seorang lelaki yang keluarganya tiada pangkat. Tapi tak sangka pulak dia pinangan kali ni dari anak Tan Sri.

Haji Damhuri tersenyum mendengar jawapan anak daranya itu. Sudah dari awal lagi dia mengagak jawapan yang sebegitu akan terpancul keluar dari mulut anak gadisnya itu.

Kakinya kini disilangkan. Janggutnya yang memutih dek usia itu dimainkan dengan jemarinya.

“Jadi Kakak takut untuk terima pinangan ni sebab dia anak Tan Sri? Sekarang ni Babah nak tanya kakak. Kakak rasa lelaki yang tak ada pangkat dalam family dia,macam family kita ni tak ada ke yang berperangai macam Khai tu? Herm? Kakak boleh confirm ke yang dorang tu semua ‘setia’?” Soal Haji Damhuri tapi dalam nada yang sangat lembut.

Tiada niat lain di hatinya melainkan mengingatkan Batrisya yang sikap kita ni bukan ditentukan oleh pangkat mahu pun harta. Tapi ianya lahir dari dalam diri kita sendiri.

Batrisya hanya terdiam tertunduk. Dia sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh berfikir sedemikian rupa. Dah nama pun lelaki mesti la ada jugak yang curang. Tak kisah la kaya ke meskin ke anak Tan Sri ke tak ke kalau dah kata mak curang akan curang jugak.

Aaarrghh. Pening macam ni!

Anak mata mereka bersatu. Haji Damhuri mengangkat sedikit wajahnya tanda dia menginginkan jawapan dari Batrisya.

Nampak seperti tiada jawapan yang ingin diberikan Batrisya,Haji Damhuri meneruskan bicaranya.

“Babah bukan la nak paksa Kakak untuk terima pinangan ni. Babah Cuma nak kakak ubah pandangan kakak tu terhadap lelaki. Kakak kena ingat,perangai kita semua berbeza,tak semestinya dia orang kaya dia tak boleh setia. Dan tak semestinya jika lelaki itu hidup sederhana dia tak boleh curang.”

“Dalam hubungan ni kakak..macam macam boleh jadi. So untuk sekarang kakak fikir la baik-baik ye.” Ujar Haji Damhuri dengan penuh tenang.

Hajah Mariani faham apa yang dirasakan Batrisya saat ini. Dia pun tidak la memaksa anak gadisnya itu untuk menerima pinangan dari sahabat baiknya itu kerana baginya kebahagian Batrisya lagi penting. Walaupun dalam hati menaruh harapan yang sangat tinggi untuk Batrisya menerimanya.

Mak mak ni memang excited kan kalau nak berbesan dengan BFF.

“Kakak fikir la yang terbaik untuk diri kakak ye sayang. Ni Ibu tinggalkan cincin ni dekat sini. Kalau kakak terima kakak sarungkan la di jari manis kakak. Tapi kalau kakak tak nak terima kakak tolak kakak letak la balik kotak cincin atas meja ni ye sayang.” Monolog Hajah Mariani dengan senyuman yang cuba dimaniskan.

Kakinya melangkah satu persatu anak tangga menuju ke bilikknya. Hilang sudah rasa dahaga di tekaknya saat menerima berita tentang pinangan tersebut.

Punggungnya dilabuhkan perlahan atas tilam empuk yang bersaiz king itu. Dengan debar di dada dia membuka kota baldu biru itu untuk melihat isi dalamnya. Kotaknya sahaja sudah cukup menarik minat sesiapa sahaja yang memandang ini kan pula isi dalamnya. Lagi la menambahkan rasa teruja di dada.

Cincin yang bertahtakan berlian berbentuk hati dipandang dengan mata yang bersinar.

“Subhanallah..cantiknya.”Ungkapnya.

Jemarinya memisah cincin tersebut dari tempat asalnya. Dia menilik cincin itu dari segenap sudut. Sungguh kemas hasilnya. Batu permata yang berbentuk hati ditengah. Dikelilingi dengan batu permata yang kecil-kecil mampu menaikkan seri cinicn itu.

“Nak terima ke tak nak terima. Nak terima tak nak terima. Hurmm...” satu keluhan panjang dilepaskan.

“Malas la aku nak fikir. Tambah serabut kepala aku je.” Lantas cincin tadi dimasukkan kembali ke tempat asalnya lalu badannya di selimuti dengan comforter. Selang beberapa minit kemudian dia sudah pun dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience