C 33

Romance Series 50533

Cincin yang tersarung di jari manisnya dipandang dengan mata redup.

‘Insyallah Risya. Keputusan yang kau buat ni satu keputusan yang sangat betul. Dia adalah pemberian dari Allah untuk kau. Insyallah lelaki tu mampu untuk bahagiakan kau dan menyanyangi kau.’ Ngomel nya sendiri.

Tok.tok.tok.

Ketukan di pintu menyedarkan Batrisya yang terlalu leka dengan cincin yang tersarung di jari manisnya itu.

“Masuk.” Arah Batrisya sambil membetulkan kedudukannya.

“Ye Risya,ada apa-apa yang Risya nak Kak Bella tolong?”

“Eerr.. Kak Bella duduk la. Risya ada nak bincang something dengan Kak Bella.” Ujar Batrisya kepada Kak Bella. Badannya ditegapkan,tangannya pulak diletakkan secara bersilang di atas meja.

Arahan Batrisya dituruti tanpa bantahan. Kini Kak Bella selamat melabuhkan punggunya yang bertentangan dengan Batrisya dan hanya menanti apa yang akan terlahir dari mulut majikan mudanya itu.

“Kak Bella..Risya rasa nak ambik cuti la Kak Bella. Dalam seminggu macam tu. Nanti Kak Bella tolong arragekan balik semua appoiment Risya dengan client tu ok.” Arah Batrisya kepada Kak Bella.

Tanpa banyak soalan, laju sahaja mata pen menari-nari di ata permukaan kertas kosong mencatit setiap arahan yang diberikan oleh Batrisya.

Anggukkan diberikan tanda yang dia akur dengan arahan tersebut.

“Ok,kalau pasal kerja ni Risya jangan risau la. Kak Bella boleh handle untuk Risya ok.”

Pandangannya kini mula jatuh pada cincin yang menghiasi jari manis Batrisya. Pastinya Batrisya sudah dirisik setelah sebulan jari itu kosong tanpa penyerinya.

“Tahniah Risya..” Ucap Kak Belle penuh ikhlas dengan senyuman manis di wajah.

“Kenapa Kak Bella?” Soal Batrisya hairan. Tiba-tiba ucap tahniah ni kenapa.

“Tu cincin tu. Makin manis jari tu tau.” Puji Kak Bella. Tak dinafikan cincin itu tersangat cantik sampaikan dia sendiri boleh terpengun dengan rekaan cincin itu. Unik.!

Tersenyum hambar Batrisya saat Kak Bella menegur cincin yang menghiasi jari manisnya itu.

“Tq Kak Bella..”

Melihat wajah murung Batrisya dia tahu Bos muda kesayangannya itu mesti sedang dalam masalah.

Hubungan antara Kak Bella dengan Batrisya bukan sahaja sebagai Bos dengan pekerja. Tapi ada masa hubungan itu boleh bertukar menjadi Kakak dan jugak adik.

Disebabkan Batrisya anak sulung dan Kak Bella pula sudah lama berkhidmat dengan syarikat itu secara tak langsung membuatkan Batrisya selesa untuk bekerja dengan dan juga berkongsi apa jua masalahnya dengan Kak Bella.

“Kenapa ni Risya,herm.? Monyok je Akak tengok. Cuba cerita denan Kak Bella apa masalahnya ni. mana tahu Kak bella boleh tolong ke.” Pujuk Kak Bella. Susah hatinya jikalau Batrisya terus dalam keadaan murung begini.

Melihat gelagat Batrisya,dia seolah-olah boleh membaca yang sebenarnya saat ini Batrisya sedang berlawan dengan perasaannya sendiri.

Batrisya kini bangun berdiri dari kerusinya lalu memeluk tubuhnya dipalingkan membelakangi Kak Bella.

“Risya takut Kak Bella. Risya takut kalau keputusan Risya ni salah. Salah memilih dia menjadi suami Risya. Ye la,Risya kan tak kenal hati budi dia. Entah baik entah kan jahat dia tu.” Tutur Batrisya dengan jujur. Air matanya mula bertakung.

Satu keluhan dilepaskan oleh Kak Bella. Dia bangun lalu melangkah mendekati Batrisya. Tangan kanannya kini memeluk lembut bahu Batrisya.

“Risya tahu tak,kadang-kadang lelaki yang kita tak kenal ni boleh jadi suami yang paling terbaik untuk kita.” Ujar Kak Bella dengan membuang pandangannya jauh ke luar tingkap. Batrisya memandang.

“Kak Bella cakap ni sebab Kak Bella dah lalui apa yang Risya tengah lalui sekarang ni. Akak terima suami akak sekarang bukan atas dasar cinta tapi atas dasar pilihan Allah untuk akak.”

“Risya dah buat solat istikharah?” Tanya Kak Bella.

Wajahnya mula menunduk saat soalan itu diajukan pada dirinya.

“Dah Kak” Jawab Batrisya perlahan.

“Dapat petunjuk tak?”- Kak Bella

“Dapat.”- Batrisya

“Jadi sebab tu Risya sarungkan cincin tu dekat jari Risya kan?”- Kak Bella

“Emm..”- Batrisya

“Ha.. so..maksudnya sekrang ni..keputusan yang Risya buat ni tak salah la. Risya kena percaya tau yang sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah untuk umatnya. Kak Bella percaya yang Risya pasti akan bahagia dengan dia nanti.” Pujuk Kak Bella. Tubuh kecil gadis itu dipeluk lembut.

Dia faham apa yang dirasakan Batrisya saat ini. Bukan mudah untuk kita buat keputusan untuk menerima seorang lelaki yang kita tak kenal hati budinya. Bukan jadi kawan tapi terus dijadikan sebagai suami.

Walau apa pun dia bersyukur sangat sebab lelaki yang jadi suaminya saat ini mempu bahagia dan sayangkan dirinya lebih dari segala-galanya. Dia harap apa lelaki yang diterima Batrisya ini mampu jadi suami yang paling terbaik buat Batrisya.

Masuk sahaja tubuhnya dalam kereta,Batrisya mengeluarkan Iphonenya lalu apps camera dibukanya.
Klik.

Gambar jari manisnya yang tersarung cincin berlian itu dihantar dalam group ‘Crazy Buddies’ yang hanya terdiri daripada mereka berempat.

Bip..Bip..

Reply pertama dari whtasap group itu dan tak lain tak bukan semestinya dari minah kepoh tu la. Farah.

"Wow beb!! Kau terima pinangan that boy! Pape pun tahniah my only one bff. Aku akan sentiasa doakan kebahagian kau tau. Jom kita celebrate? Sempena kau jadi tunangan orang ni..hihi." ~ Farah

“Amboi..bukan main lagi kau ye siap nak celebrate bagai. Aku yang taku berdebar kau pulak yang excited apa hal. Ni baru kena risik belum nikah lagi. Kalau dah nak nikah nanti aku tak tahu la.. mahu bride party 3 hari 3 malam kot main dengan kepala gila minah sewel ni.” ngomel Batrisya seorang diri.

enjoy.. hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience