C 1

Romance Series 50538

Batrisya memerhatikan jam di pergelangan tangan kanannya.

“Alamak,dah pukul 1.30 la. Makan tak lagi ni,dah la jap lagi aku ada meeting dengan client. Macam mana la aku boleh tak perasan ni.” Ngomel Batrisya sendiri. Tangannya kini ligat menyusun fail-fail yang berada di atas meja supaya lebih kemas tersusun.

‘Emm..aku ajak Farah je la temankan aku lunch hari ni. Nak ajak Khai,tapi rasa malas pulak nak mengadap muka dia. Kalau jumpa tak gaduh tak apa,ni mesti gaduh punya la.’ Bebel hatinya sendiri.

Lantas tangannya mencapai Iphone yang berada di atas meja dan jemarinya laju menari-nari di skrin Iphonenya itu mendail no Farah.

“Assalamualaikum Farah,ko buat apa tu?” – Batrisya

Farah melihat skrin handphonenya bila handphonenya berdering.

“Waalaikummussalam,ye Risya?Aku baru je nak keluar makan ni ha. Kenapa weh?” Tanya Farah bersahaja.

“Ha,ok sangat dah tu. Aku makan sekali dengan ko boleh?Aku tengah lapar gila nih,tapi tak syok la kalau makan sorang-sorang ni.Please..Boleh ek aku join ko.?”

Batrisya memang sengaja meleretkan sedikit nada suaranya. Saja dia mahu bermanja dengan BFFnya itu.

‘Ehh..mengada pulak minah ni.Nak buat suara manja-manja pulak dengan aku ni.Budak-budak Ribena sungguh la.Risya..Risya.’ Farah tersenyum sendiri mengenangkan muka sepuluh sen teman baikknya itu.
“Jom la. Tapi aku lunch dengan Abang aku harini. Ko ok ke?” Soal Farah.

Ye la mana la tahu kan,kot Batrisya ada perkara peribadi ke nak cerita. Girls biasa la kan. Bila dah berjumpa ni,macam-macam benda la yang nak di sharenya.

“Ala,aku ok je la. Tak kisah pun.Lagi pun Abang kau je,bukan ada oran lain pun. Pape je la weh,janji perut aku ni kenyang.” Sempat dia melihat dirinya di dalam cermin panjang yang digantung di sebelah pintu. Ye la kan,mana la tahu kot-kot tudung senget ke.

Dia tersenyum manis melihat penampilannya di hadapan cermin.

‘Ok dah cantik. Ecawah..duduk dalam bakul angkat sendiri pulak’ Getus hatinya sambil tersenyum manis sendiri.

“Weh,kita ni nak makan dekat mana ni?” Tanya Batrisya sambil kakinya melangkah keluar daripada pejabatnya.

“Emm..apa kata hari ni kita makan dekat Restoran Kampung,nak tak? Aku dah otw ni dengan Abang aku.” Cadang Farah.

Terdengar sahaja Restoran Kampung yang disebut Farah sebentar tadi membuatkan perutnya semakin rancak bergendang. Menandakan perutnya itu perlu di isi secepat mungkin.

Mana tidaknya,terdengar sahaja nama Restoran,kepalanya terus melayang memikirkan menu-menu kampung yang dimasak oleh tukang masak Restoran tersebut dan semestinya sedap.

“Ok set,kita jumpa dekat sana ok.” Batrisya menamatkan panggilannya.Dia menekan padel minyak Mini Cooper S convertible miliknya lalu meninggalkan bangunan Cars Auto Sdn Bhd.

....................

Siap parkkan keretanya,Batrisya melangkah masuk ke dalam Restoran Kampung tersebut. Tapak tangannya diletakkan diperut yang dah berkriuk-kriuk dari tadi. Bertambah lapar bila matanya disajikan dengan lauk-lauk kampung dalam kedai tersebut.

‘Gila sedap lauk dia hari ni. Peerghh..tak apa,sabar k perut,kita cari Farah dulu.’

Batrisya memanjngkan lehernya mencari kelibat Farah dan Farid.

“Ish,tak sampai lagi dua beradik ni. Tadi beria sangat dah otw,last-last aku jugak yang sampai dulu.”- Batrisya

“Emm..duduk dekat meja depan ni je la.Senang sikit dorang nak nampak aku.” Terkumat kamit mulut Batrisya memarahkan dua beradik itu.

‘Ni kalau orang nampak confirm cakap aku ni gila,cakap sorang-sorang. ’Getus hatinya sendiri sambil matanya melilau memandang sekeliling.

Beberapa minit kemudian..

“Hai Risya,sorry aku dengan Abang Farid lambat.Jalan jem tadi wehh..” Omel Farah sambil menarik kerusi di bahagian tepi dinding untuk duduk.

‘Hemm..alasan basi.’

“Emm..tak apa la,aku pun baru jugak sampai ni.” Dia menarik air yang dipesannya sebentar tadi lalu menyedut untuk menghilangkan rasa dahaganya.

Selepas pelayan datang mengambil order,Farah mengajak Batrisya untuk mengambil makanan.

“Risya jom ambik nasi,perut aku lapar gila dah ni,tengok pulak lauk-lauk dekat depan tu tadi. Jom la.”Ajak Farah.

“Ok jom.Tu la pasal,aku kalau datang kedai ni,habis rosak diet aku.” Tutur Btrisya sambil tersenyum menayangkan giginya yang sebaris itu.

‘Ehh..ada hati lagi nak diet minah ni. Tak padan dengan badan sekeping.’

“Ehh.. tak payah nak diet sangat la.Badan kau tu memang dah sekeping pun.” Sengaja dia kedepankan sedikit badannya mengadap Batrisya sambil matanya menjeling tajam tanda meluat dengan perkataan ‘diet’ Barisya itu.

‘Eleh dengki la tu.’

Batrisya mencebikkan mulutnya mendengar ejekan dari Farah. Tapi memang betul pun apa yang diperkatakan Farah tu. Dulu dia diet sebab nak kuruskan sedikit badannya yang semakin chubby. Tapi tak ada la kurus sangat just nice.

Batrisya bangun dan meletakkan handbagnya di atas meja di tepi dinding. Batrisya sempat berpesan pada Farid untuk tengok-tengokkan handbagnya sebelum berlalu pergi membontoti Farah.

Share this novel

finx
2021-06-13 01:07:02 

bila nak update ...x sbr dh ni

Aishah.N
2021-03-24 19:26:58 

Hai hai hai.

Noriah Liasnih
2021-03-24 19:17:17 

sambung la ceta ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience