C 3

Romance Series 50533

Harris mula mengerutkan keningnya.
‘Jap,apasal pulak dengan minah ni.Dari tadi lagi aku berdiri dekat sini,memang dia tak reti nak tukar tempat duduk ke macam mana ni. Dah la penat aku dok berdiri je ni.’

Nampak gaya macam Batrisya tak akan berganjak dari tempat duduknya itu,Harris membuat keputusan untuk bersuara sahaja.

“Excuse me? Boleh tak kau pindah duduk dekat kerusi sebelah tu? Aku nak duduk ni.” Tegur Harris bersahaja. Memang sengaja dia menekankan sedikit nada suaranya supaya Batrisya tersedar dari lamunan dan kembali ke alam nyata.

Batrisya mengerlipkan matanya beberapa kali. Blur.

“Emm..eh,sorry-sorry.” Ucap Batrisya. Dia bangun lalu kembali melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah di bahagian tepi dinding. Jadi kalau dia ingin keluar,dia kena melintasi belakang Harris.

‘STOP BERANGAN DIANA BATRISYA!! Tak habis-habis nak malukan diri sendiri. Tegas Batrisya mengigatkan dirinya supaya tidak lagi berangan. Dia melepaskan keluhan dengan perlahan.

Farah mula kehairanan dengan perangai teman rapatnya itu hari ni. Macam gelabah sangat pun ada. Tapi kadang nampak macam blur yang teramat sangat pulak.

Itu la Diana Batrisya. seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang menawan,bersemangat,berjaya dan juga seorang wanita yang susah untuk di baca perangainya.

‘Dah kenapa pulak la dengan kawan aku ni,tak pernah-pernah nak mengalamun hari ni boleh mengelamun pulak. Macam macam la dia ni.’ Bebel Farah dalam hati.

“Oii! Kau ni dah kenapa Risya. Ok tak? Dari tadi mengelamun je aku tengok kau ni. Macam semua benda tak kena.” Sergah Farah.

Terjungkit bahu Batrisya terkejut dek sergahan Farah tadi.

“Ha,apa? Err..tak ada apa-apa la. Aku ok je.” Jawab Batrisya gagap.

‘Eleh,ok konon. Padahal erkejut tengok orang hensem macam aku ni ada depan mata kan.’ Perasan Harris.

‘Haihh..macam-macam la Risya hari ni.’ Tergeleng-geleng kepala Farid melihat telatah Batrisya hari ni.

‘Abang tahu Risya terpegun dengan kehenseman Harris ni,tapi Abang jugak yakin,lepas je Risya tahu siapa gerangan sebenar mamat sebelah Risya ni confirm muka Risya akan berubah.’

“Risya,ni Abang kenalkan Harris Daniel Bin Tan Sri Jamaluddin.” Tutur Farid sambil memandang Batrisya dengan senyuman yang penuh makna di wajahnya.

Hampir sahaja ternganga mulut Batrisya bila gegendang telinganya menangkap nama penuh jejaka tampan yang sedang duduk di sebelahnya saat ini. Batrisya membulatkan matanya memandang Farah.

Wajahnya dipalingkan sekilas memandang lelaki yang berada di sebelahnya tika ini. Lantas Iphonenya di keluarkan dari handbag lalu menghantar beliau menghantar sekeping whatsap kepada Farah.

Ye la,nak mengumpat kan tak kan nak mengumpat terang-terang pulak. Tak pernah buat di orang macam tu. : )

‘Kan betul. Haih.. macam-macam la Risya ni. Gelabah tu tak boleh nak cover langsung.’ Bebel Farid dalam hati dengan senyuman di wajah.

‘Hurm,macam biasa la. Minah ni mesti gelabah bila jumpa aku.’ Bisik hati kecil Harris dengan sinis.

“Woii! Siyes la. Mamat poyo tu duduk sebelah aku sekarang ni! Oh no.. I is cannot brain. Gila la weh. Kalau aku tahu la ni mamat poyo yang sengal tu memang tak kuasa la aku nak duduk semeja macam sekarang ni. Sumpah ! Menyesal pulak aku pandang dia lama-lama tadi. Ni sekarang ni memang sah-sah la perasan hensem.” Puas membebel, button send di tekan.

Bip. Bip.

Bunyi ringtone di Iphone Farah menarik minat Harris untuk memerhatikan gelagat mereka berdua melalui pandangan hujung mata.
‘Eleh,mengumpat aku la tu. Ingat aku tak tahu.’ Bebel Harris.

Berada sahaja Iphonenya di tangannya,lantas jemarinya menari di skrin lalu membuka aplikasi whatsap. Selang beberapa saat kemudian,Farah mengangkat mukanya memandang Batrisya yang berada di hadapannya.

‘Baru tahu kau nak gelabah semua. Tadi bukan main lagi lupa pasal mamat ni.’ Bebel batrisya sambil menganggukan kepalanya.

Batrisya mencebikkan mulutnya. Anak mta mereka kini bertaut.

‘Diana Batrisya ke ni? Lain ek dia sekarang. Makin manis, dan makin cantik. Bertudung semua tak macam dulu-dulu. Kalau dulu dengan comot,tak matang,badan pun berisi je. Ni sekarang dah boleh dikatakan slim.’ Puji Harris dalam diam.

Tanpa sedar,dia telah mengukirkan satu senyuman yang sangat manis. Yang memang jarang dapat dilihat senyuman sebegitu di wajah Harris. Senyuman yang manis menggoda.

Anak mata Farid tertacap pada wajah Harris.

‘Yang si Harris ni kenapa pulak tersenyum sorang-sorang ni. Adoi..pening kepala aku macam ni nak layan dua orang perangai sewel sekali gus ni. Jangan-jangan nanti dengan aku-aku jadi sewel.’ Ngomel Farid sambil jemarinya menekan-nekan dahinya walaupun belum lagi terasa sakit.

“Oii!! Yang kau ni dh kenapa pulak senyum sorang-sorang macam orang gila ni?” Farid menyergah Harris. Namun kelantangan suaranya masih terkawal.

Terangkat bahu Harris terkejut dek sergahan Farid.

‘Ish Farid ni pun,ada ke patut sergah aku macam tu. Kot ye pun tegur la elok-elok. Saje la tu nak malukan aku depan minah ni. Jatuh la kehandsomeman aku.

Malu. Tapi dia cuba berlagak seperti biasa dengan sehabis baik. Harris kan tu.

“Ish,mana ada la. Ko jangan nak merepek ok. Aku ni waras lagi tau bukan gila nak senyum sorang-sorang.’ Harris cuba menindakkan benda yang nyata. Lantas tangannya mencapai air yang di pesan tadi lalu di sedut untuk menhilangkan rasa malunya.

Batrisya memusingkan bebola matanya. Sungguh dia meluat dengan sikap cover macho Harris itu.

‘Eleh,konon. Padahal nak cover macho dia tu. Tak habis-habis lagi dengan perangai poyo dia tu. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Ego,tak payah cakap la. SETINGGI GUNUNG!’ Rungut Batrisya dalam hati.

Straw yang berada ditangannya dimainkan dengan mengacau air minumannya secara membulat.

‘Ish,nak tegur ke tak ek mamat poyo ni. Menyampah-menyampah pun aku nak tegur jugak. Kang tak pasal je dia cop aku ni minah sombong. Tapi tu la,kalau aku tegur,nak ke dia jawab.’ Batrisya bermonolog sendiri.

Sepanjang perkenalan Harris dengan Batrisya,mereka tidak pernah bercakap. Ada la beberapa kali,tapi perkataan yang keluar dari mulutnya semuanya menyakitkan hati Batsrisya. Tetapi akhirnya Batrisya akur.

“Emm..kau Harris tak makan ke? Diet?” Tanya Batrisya acuh tak acuh. Pandangannya sekejap tertumpu pada Harris dan dialihkan pula pada Farid.

Bibir Farid mengukirkan satu senyuman manis saat anak matanya menangkap pandangan anak mata Batrisya. Terus pandangannya dialihkan kepada Harris. Pandangan yang penuh dengan harapan agar harris menjawab pertanyaan Batrisya sebentar tadi.

Pandangannya kembali memandang wajah Harris. Tapi Harris tetap dengan riak wajah yang selamba dan memang tak ada tanda-tanda yang dia ingin menjawab soalan Batrisya sebentar tadi.

Mula terbit rasa marah dalam hatinya. Batrisya tersenyum segaris. Tapi tiada mata yang dapat menangkap senyuman tersebut.

‘kau memang tak berubah kan Harris. Dah tua pun tak sedar diri lagi tu. Umur tu dah 32 dah. Tapi perangai masih sama dengan 6 tahun dulu. Ok tak apa,aku pun bukannya hingin sangat nak bercakap dengan kau. Dasar MAMAT POYO!!’ Marah Batrisya dalam hati. TAK PUAS SEBAB TAK DAPAT LUAHKAN DEPAN MUKA DIA. !

Pandangan tajamnya kini dilemparkan pada Farah. Farah yang turut melawan pandangan tajam itu mula timbul kerisauan dalam hatinya.

Batrisya seorang gadis yang tidak mampu mengawal amarahnya. Lagi-lagi time dia drive kereta. Dia akan menekan padel minyak keretanya itu mengikut rasa amarah dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience