C 42

Romance Series 50533

Terangguk-angguk kepala Farah mengiyakan tanda dia faham dengan kenyataan Batrisya itu sebentar tadi.

“Ayat kau tadi tu macam kau tahu je siapa bakal suami aku tu.”

“Aku tahu.” Sambung Farah dengan wajah polosnya.

Glup. !

Rasa macam air liurnya tersekat di skala dua pulak. Biar betul minah ni. Siyes la? Macam mana dia boleh tahu? Aku sorang je ke yang tak kenal dengan Mr Hard ni? Aaa.. sudah!

“Macam mana kau boleh kenal dia weh?” Soal Batrisya inginkan kepastian. Sama ada betul-betul dia kenal atau dia memang saja nak prank.

“Kau nak tahu ke?” Tanya Farah. Dadanya dirapatkan ke hadapan meja. Sekali lagi air liur Batrisya tersekat di sekala dua! Oh no..!!!

“Err...” Itu sahaja yang mampu terlahir dari mulutnya. Belakangnya disandarkan kembali pada badan kerusi.

Melihat keadaan Batrisya yang semakin gelisah akhirnya dia buat keputusan untuk bagi beberapa hint dekat sahabat karibnya itu.

“Ok la,aku bagi tahu detail tentang dia sikit. Sikit je la ok. Sebab kau sendiri tak nak kenal dengan dia lagi kan.” Tutur Farah dengan senyuman yang segaris.

“Dia anak Tan Sri seperti yang kau tahu la kan. Hensem dan tersangat hensem. Baik. Nak dikatakan terkenal tu maybe tak sangat kot. Tapi dia adalah dapat beberapa anugerah Usahawan Termuda yang berjaya dalam bidang business ni. Yang paling tak sangka.. Kau tahu tak sebenarnya ramai lagi yang tak kenal dengan dia. Maksud aku orang yang tak jalankan business dengan dia memang tak tahu tau yang dia ni adalah seorang CEO. Senang cerita dia ni jenis low profile la. Kau tahu tak bakal laki kau tu ada dua jenis business atas nama dia sendiri tau. Sebab tu muda-muda lagi dia dah boleh hidup dalam kemewahan. Bukan kemewahan dari bapak dia tau tapi hasil dari penat lelah dia sendiri.” Terang Farah dengan semangat.

Batrisya ralik dengar setiap bebelan dari Farah tentang bakal suaminya itu. Tiba-tiba rasa kagum pulak. Mau tak kagum,muda-muda lagi dah berjaya oi!

“Lagi?”

“Lagi apanya tak surprise la kalau akau bagi tahu kau semua benda. Kau kan yang tak kenal siapa bakal laki kau tu. So,cukup la sampai sini sahaja aku bagi tahu kau tentang dia..” Balas Farah dengan sengihan yang menampakkan giginya yang sedikit berlapis itu.

Sakit hati pulak rasa dengan senyum menganjing minah ni. Tiba-tiba..

TINGGGG!!

Timbul satu idea nakal dalam benak fikiranya untuk menyakat teman baiknya itu. Kalau boleh lukis ni.. lukis dah gambar mentol menyala atas kepala Batrisya ni.

Kedua tangannya yang menongkat dagu tadi dijatuhkan ke atas meja. “Ala..pasal rupa,duit tu semua aku tak ambik port sangat la. Aku pun ada Duit aku sendiri kan. Cuma satu benda ni je yang buat aku risau.” Batrisya mula berpura-pura dengan mimik wajah risau yang dibuat-buatnya.

Riak wajah Farah yang teruja itu membuatkan tawa Batrisya hampir tersembur. Namun cuba dikawal Batrisya dengan sehabis baik.

“Apa dia weh?” Soal Farah dengan penuh semangat.

Wajahnya dikedepankan sedikit supaya wajahnya sedikit hampir dengan wajah Farah.

“Aku nak tanya kau ni.. kau kan kenal kan sapa bakal laki aku tu. Emm.. dia ada.. Ada hidung tak weh? Kalau tak ada malu la aku nak naik pelamin dengan dia nanti.” Tutur Batrisya sambil badannya dibawa kembali menyandar pada badan kerusi. Kembung mulut Batrisya menahan tawa yang hampir terburai.

Aih..kecik besar,kecik besar je aku tengok minah ni. Kurang asam jawa punya membe. Ni kalau aku tak fikir membe ni dah lama dah aku hempuk dengan high heels aku ni. Marah Farah dalam hati. Farah memerhatikan Batrisya sambil mengecilkan saiz matanya.

“Dah la aku nak balik.” Rajuk Farah. Terus saja mengangkat kakinya meninggalkan Batrisya dengan tawa yang sudah pun terburai.

“Woi! Farah!”

Opss! Serta merta mulutnya diterkup dengan telapak tangannya. Dia terlupa yang dia masih lagi berada di dalam Black Cafe tersebut. Nasib baik saja pelanggan di dalam Cafe itu tidak la terlalu ramai seperi tadi. Kalau tak.. Malu beb! Malu!!

..........

Khai berjalan ke sana ke mari sambil memikirkan akan satu perkara. Dia cuba untuk tenangkan dirinya tapi tak berdaya. Dia kena buat sesuatu untuk buktikan apa yang diperkatakan oleh Ibunya itu adalah salah.

“Tu salah satu sebab kenapa Ibu dengan Ayah tak sukakan Amelia tu. Kalau Khai nak tahu dia tu bukan je materialistik tapi dia jugak play girl! Tidur dengan jantan sana sini. Berapa ramai dah lelaki yang dia tipu sebab nak kan kemewahan dan tak terkecuali kamu Khai. Ibu tengok dengan mata kepala Ibu sendiri Khai.”

Khai menahan amarah yang membuak-buak dalam hati.

“Apa Ibu ni! Sekali pun tak sukakan dengan Lia tu,Ibu jangan la nak reka-reka cerita pasal dia pulak. Khai tahu dia bukan macam tu!” Tengking Khai dengan suara yang meninggi.

Hati kecil Ibu mana yang tak tersentap apabila anaknya sanggup meninggikan suaranya hanya kerana untuk membela seorang gadis yang sememangnya tak layak dijadikan isteri. Sungguh dia tidak menyangka,anak yang ditatangnya selama ini bagai minyak yang penuh telah mengguriskan hatinya dengan luka yang sangat dalam.

“Ok. Tak apa. Kalau kamu nak sangat dengan perempuan tu jadi isteri kamu,terpulang. Tapi kamu kena ingat Khai sampai bila-bila pun Ibu dengan Ayah tak akan terima dia sebagai menantu kami. Faham!” Pesan Datin Aminah dalam separuh menjerit. Lantas dia menarik tangan Datuk Khahar untuk membontotinya dan membiarkan Khai bersendirian di ruang tamu tersebut.

Khai meraup wajahnya dengan kasar. Tanpa membuang masa dia mengeluarkan Iphonenya dari poket seluarnya lalu membuat panggilan pada seseorang.

“Hello. Jack. Esok pagi-pagi aku nak kau datang office aku ok. Aku ada kerja sikit nak bagi dekat kau.” Ujar Khai setelah panggilannya itu disambut oleh orang sebelah sana.

Jack merupakan pengintip peribadi yang telah dibayar oleh Khai. Jadi apa saja yang Khai inginkan dia akan mengarahkan Jack untuk dapatkannya.

..........

Pagi itu Jack tiba di pejabat Khai seperti yang Khai inginkan. Tanpa berlengah dia terus melangkah menuju ke pejabat Khai.

Pintu pejabat yang tertera nama Khai diketuk.

Tok. Tok. Tok

“Masuk!” Arah Khai dengan tegas.

“Bos.” Sapa Jack setelah melangkah masuk ke dalam pejabat Khai. Dia kini berdiri tegap di hadapan Khai.

Khai meletakkan sekeping gambar di hadapan Jack. “Jack,aku nak kau intip perempuan tu. Ikut je kemana dia pergi. Lepas tu jangan lupa snap gambar dan paling penting kau jangan lupa informkan dekat aku semua maklumat yang kau dapat. Aku tak nak ada satu benda pun yang tertinggal. Faham.” Arah Khai.

Jack hanya menganggukan kepalanya tanda faham dengan semua arahan yang diberikan. Sebagai spy memang itu adalah tugas wajibnya. Tapi untuk Khai dia memang akan selalu ingatkan tentang itu berulang kali supaya tak akan ada satu maklumat pun yang akan tercicir.

..........

Assalamualaikum..weh korang esok jangan lupa tau short vocay kita. Jangan tak jadi pulak. Aku dah booking bilik untuk korang ni. By the way aku lupa nak bagi tahu korang,yang aku sekarang dah ada dekat hotel yang kita nak stay ni. Aku terpaksa datang awal dari korang sebab kebetulan aku ada kerja sikit yang nak kena satlekan dekat hotel ni. _ Harris.

Kakinya melangkah masuk ke dalam lift VVIP sambil matanya masih ralik dengan Iphone ditangan.

Ok,tak apa la kalau macam tu. Kau book Hotel mana weh? Nanti kau jangan lupa pulak hantar location tu. Esok senang,aku pakai follow maps tu je. _ Farid.

Herm. Apa kes mamat ni,siap tanya nama hotel bagai. Aku suruh datang tu datang je la. Buat-buat macam tak pernah datang lepak sini pulak. Kalau aku bagi tahu nama Hotel ni nanti tiba si Sya tu pulak cancel tak nak join tak pasal je. Kau jangan bagi kantoikan aku Farid. Dialog Harris dalam hati.

Lama Harris membiarkan chat itu sepi tanpa berbalas. Dia sendiri pun was – was nak bagi tahu ke tak nama hotel ni. Ye la terang-terang nama Hotel tu adalah nama Harris. Hard Hotel. Cumanya Batrisya sahaja yang tidak tahu akan nama panggilan pertama Harris itu.

Dalam hati berbelah bagi nak bagi tahu ke tidak nama Hotel tersebut akhirnya dia membuat keputusan untuk bagi tahu sahaja nama Hotel tersebut kepada mereka. Dalam kepalanya mungkin Farid ada merancanakan sesuatu tanpa pengetahuan dia tapi dengan harapan yang tinggi Batrisya tidak akan menarik diri dari plan tersebut.

Oh,aku lupa nak bagi tahu. Aku dah book bilik untuk korang Hotel aku kerja ni ha.. Dekat Hard Hotel. Daha alang-alang aku ada kerja dekat sini kan so aku book sini la. Tak payah nak online bagai dah. Senang. Bilik VVIP tau. Bukan kaleng-kaleng ok. Lagi pun holiday kita 2 hari satu malam je kan.. Jadi ok la kan. _ Harris.

Ha.. ok. Aku mana-mana pun tak kisah ok je. Tapi syok jugak ek,dapat bilik VVIP tu. And tq weh sebab sponser kiteorang punya holiday.! _ Farid.

Sambil jemarinya menaip sambil mulutnya keluarkan ketawa halus. Sengaja dia ingin menyakat sahabatnya itu. Asyik serious je. Sekali sekala nak jugak kelakar-kelakar.

Amboi.. banyak hensem muka kau! Yang room ladys tu boleh aku sponser,tapi kau mintak maaf la Bro. Jadi kau kena bayar ok! Double !! aku caw dulu. Bye! _ Harris.

Wow.. Abang Harris belanja? Siyes la ni? Wow.. lagi syok nak holiday macam ni kalau ada orang belanja. Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar! Tq Abang Harris. See you! _ Farah

Selesai sahaja meetingnya bersama client,dengan pantas Iphone yang disilentkan dari tadi di perhatinya satu persatu whatsap yang diterimanya.

Sememangnya setiap kali meeting Batrisya akan silentkan Iphonenya kerana tidak mahu diganggu.

Dalam banyak-banyak whatsap yang diterimanya, dia memilih untuk membuka group chat dari ‘Crazy Buddies’ terlebih dahulu. Setiap chat group itu dibaca satu persatu tanpa ada satu pun yang tertinggal. Membulat mata Batrisya membaca chat-chat mereka bertiga.

Tanpa membuang masa jemarinya laju menari-nari di skrin Iphone menghantar whatsap secara personal kepada Farah.

Kalau betul hotel tu mamat tu punya macam mana?! Mati aku mati!! Yang si sengal ni pun satu. kenapa dalam banyak-banyak hotel di boleh pegi pilih hotel tu pulak! Setakad bilik VVIP tu aku dekat mana mana hotel pun ada. Adoii.. cari masalah betul la.! Leter Batrisya sambil jemarinya menari laju menghantar satu personal whatsap pada Farah.

Serta-merta perasaan yang berkobar-kobar nak pergi holiday mati. Mati bila dia terbaca nama hotel yang tertera pada reply chat Harris.

Farah! Kau ada bagi tahu aku kan yang bakal suami aku tu ada beberapa company atas nama Hard. So hotel yang kita nak pergi malam ni ada kene mengena dengan dia ke? _ Batrisya.

Entah la weh. Mana la aku tahu. Mungkin ye dan mungkin tak. Sebab kau cakap nama gelaran dia Hard kan. Mana tahu kot tuan Hotel tu memang nama dia Hard ke..kan? _ Farah

Dia kini mula keliru. Arrrgghhh!! Serabut la kepala aku macam ni. Lantak kau la. Malas aku nak fikir. Tu la kau,Ibu siap bagi kau gambar lagi nak suruh kau kenal bakal laki kau tu. Tapi kau gedik tak nak kenal. Sekarang ha.. mendapat la padan muka. Marah Batrisya pada diri sendiri.

Happy Reading guys. (。・ω・。) Esok kita dah puasa kan. So.. cah nak ambik peluang ni ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan Selamat bersahur. (⌒o⌒)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience