C 14

Romance Series 50533

Besar langkah kakinya membawa diri menghampiri Harris dan Farah. Datuk Jamil mengikut sahaja langkah isterinya.

“ya Allah..kenapa dengan Risya ni? Ha, Harris, Farah?” soal Datin zarina Panik.

Harris dan Farah dipandang silih berganti. Gila tak risau,anak dara orang ni. Takut nanti jadi pape familynya pula dipersalahkan.

“Harris aku dah call Doctor. So..sekejap lagi dia sampai.” Kata Farid sambil melangkah menghampiri Harris.

“Farid kenapa ni. kenapa sampai boleh jadi macam ni,ni?” Soal Datin Zarina sekali lagi.

“tak tahu kenapa Mommy. Farid rasa Risya ni dia terover stress. Dia pengsan tiba-tiba je tadi.” Terang Farid.

Seorang demi seorang wajah mereka di teliti Farid. Masing-masing jelas terpancar riak wajah risau pada wajah. Terutama Harris la. Lantas bahu sahabatnya itu ditepuk lembut.

‘hurrmm.. Harris,Harris. Ni first time aku tengok kau risau pada perempuan. Selama ni aku tengok berbalas senyuman je. Nak tegur? Memang tak la. Apatah lagi nak jatuh hati kan. Ni Risya baru je pengsan kau dah nampak serabut macam ni. Hurm.. orang kalau dah suka tu cakap je la suka. Ni tak ego tu tinggi menggunung.’

“sabar la Harris.” Tegur Farid lembut.

“Farid call Doctor Siti ke?” Soal Datuk Jamil. Jauh di sudut hatinya,dia jugak turut risau melihat keadaan Batrisya. Tapi biasa la lelaki bila dah bergelar Bapa semua benda pun nak sembunyikan.

“a’ah Daddy. Sekejap lagi Doctor Siti tu sampai la.”- Farid

“kalau macam tu,Harris baringkan Batrisya dalam bilik tu dulu yer. Senang sikit duduk bilik bawah ni.” Arah Datin Zarina sambil jari telunjukknya di tala kearah bilik tamu yang dimaksudkannya.

Sayu sahaja Harris memandang wajah pucat Batrisya. Dia meletakkan Batrisya di atas katil yang bersaiz king itu.

‘sabar ye sayang,sekejap lagi Doctor sampai. Aku harap tak ada apa yang serious la. Aku mintak maaf Sya. Aku betul-betul mintak maaf.’ Rayu Harris dalam hati.

Tu la,time-time macam ni baru sibuk nak berkasih sayang apa. Time orang sihat dulu kau sibuk je nak cari gaduh dengan dia. Mula la dah jadi macam laki meroyan.

Kakinya melangkah keluar meninggalkan Batrisya yang ditemani Farah. Rambutnya yang sememangnya kusut,dikusutkan lagi. Serabut,sungguh dia serabut saat ini. Dengan rasa bersalah pada Batrisya keadaan Batrisya lagi. Memang sangat menyerabutkan kepalanya tika ini.

Badannya disandarkan pada kereta Mercedes GT miliknya. Dengan perlahan nafasnya dihela untuk mengurangkan rasa bimbang dan bersalah dalam hati.

“so..kau suka dia??” soal Farid bersahaja. Dia kini betul-betul berdiri di hadapan Harris. Kedua tangannya tersimpan rapi dalam poket seluar.

Memang Farid sengaja tujukan soalan cepumas itu pada Harris saat ini. Ingin sekali dia melihat selevel mana sifat keegoan Harris tika ini. Sama ada masih lagi tinggi menggunung ataupun sudah jatuh rebah ke lantai.

Bukannya dia tidak perasaan. Antara mereka berlima tadi, Harris la yang paling terkesan dengan keadaan Batrisya saat ini.

Anak matanya sikit pun tidak berganjak dari memandang Harris,dan pandangannya berbalas.

‘dah tiba masanya untuk aku rendahkan ego aku pada kau Diana Batrisya. Yes,hanya pada kau.’ Bisik Harris dalam hati.

Lelaki kan..biasa la,ikut mana pun dia tetap nak simpan sikit ego dia dalam hati tu. Betul tak? Tapi girl sekarang pun ada je yang ego meninggi. Ecah la tu. Opps. >_<

Nafasnya dihela. “yes, ak..aku sukakan dia and aku cintakan dia.”

Farid tersenyum namun masih berdiam diri. Dia cuba memberi ruang pada Harris untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati.

“Bukan baru hari ni aku sukakan dia,tapi dah lama. Dari mula aku kenal dia lagi. Cuma ego aku ni je yang jadi penghalang. So.. aku selalu buat dia bengang dengan aku. Macam..tadi. “ Naik geram pulak dia dengan dirinya sendiri. Padahal bukan itu yang ingin di ungkapkan. Tapi entah la.

Tersenyum Farid mendengar pengakuan jujur dari Harris. Dia melangkah merapati Harris. Bahu Harris ditepuk lembut.

“tak apa la Ris,benda dah jadi kita nak buat macam mana. Tapi kan, akhirnya ada jugak perempuan yang berjaya jatuhkan ego kau ni kan. Tak sangka aku. Tapi tu la,nasib baik la kau ada peluang lagi,kalau tak putih la mata kau tengok si Risya tu jadi bini orang lain.” Tutur Farid sambil tersenyum senget.

Jemarinya menyebak rambut ke belakang. Betul la apa yang diperkatakan Farid. Mungkin memang dia dijodohkan untuk bersama Batrisya.

Diana Batrisya seorang wanita yang berkulit putih,bermata hazel,kecil molek jadi tak hairan la kalau dia jadi idaman setiap lelaki.

“tapi kan weh,aku tak sangka pulak yang kawan aku ni, Harris Danial ni seorang yang setia. Ye la,lama kot belajar dekat luar negara lepas tu balik sini jadi usahawan yang termuda pulak tu. Tapi masih lagi kekal dengan status ‘single’ macam tak caye je aku. Biasa orang macam kau ni playboy.” Sakat Farid. Terkekek dia tertawakan Harris yang dah mula cemberut wajahnya.

‘amboi-amboi ikut sedap mulut kau je kan cakap aku palyboy. Aku tahu la aku ni hensem,tapi hati aku jenis yang setia ok.’

“woi! Amboi..mulut kau boleh tahan ek. Ni kalah mak cik bawang nih. Berapa ribu kau ambik insurans untuk mulut kau tu. Eh,look. Memang la aku ni hensem orang cakap apa ni,jejaka malaya tapi tu bermaksud yang aku ni palyboy ok.” Balas Harris sambil menumbuk lembut bahu rakan baiknya itu.

happy reading girls ^o^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience