C 30

Romance Series 50538

SEBULAN KEMUDIAN.....

Bagi Batrisya bukan mudah untuk melupakan seseorang yang amat dicintai. Walaupun semua rasa ada. Marah,benci,rasa tertipu tapi alhamdullillah dengan kekuatan yang ada,familynya yang sentiasa ada disisi, Batrisya mampu untuk lupakan Khai dalam masa yang agak singkat.

..............................

Fresh orange yang terhidang dihadapannya di sedut perlahan untuk menghilangkan rasa dahaga tekaknya.

“Eemm..Farah. Aku nak bagi tahu something ni.” Ujar Batrisya sambil mengetap bibirnya. Dia risau dengan tindak balas Farah selepas ini.

Farah mengangkat wajahnya memandang Batrisya sambil menyuapkan cup cake ke dalam mulutnya.

“Kau nak cakap apa ni? Cakap je la.” Jawab Farah bersahaja dengan mulutnya penuh berisi cup cake tadi.

“Aku rasa kan... aku...aku dah ready untuk letak orang baru dalam hati aku. And...aku pun dah suruh Ibu aku carikan jodoh untuk aku.” – Batrisya

Pandangannya kini hanya tertumpu pada fresh orange yang ada dihadapannya. Sikit pun dia tidak peduli dengan riak terkejut Farah.

“The what? Kau gila ke apa. Aku bab yang buka hati tu aku tak kisah sangat la. Tapi bab yang kau suruh mak kau carikan jodoh untuk kau tu. Are you serious?”

Untuk pertama kalinya Farah berjaya kawal suara over dia tu weh!. Mungkin dia baru sedar yang dia tu adalah anak dara yang kena jaga tatasusilanya bila dikhalayak ramai. >_<

“Ya..I’m dead serious. Ok apa ‘bercinta selepas kawin’. Lagi best aku rasa sebab ye la, dah halal kan. Macam zaman mak-mak kita dulu..” Ujar Batrisya dengan sebelah tangannya keatas saat menyebut bercinta selepas kawin.

“Adoi..macam-macam la kau ni Risya.. Bercinta lepas kawin. Boleh pakai lagi ke ayat ni? Ye la,lelaki zaman sekarang ni bukan macam zaman bapak-bapak kita dulu. Lagi-lagi kalau bab setia. Lagi aku tak pecaya.”

‘Ee..macam-macam la kau ni Risya.’

“Well. Kalau kita tengok dari segi orang tua la. Mana ada orang tua nak carikan jodoh yang tak baik untuk anak dorang kan? Betul tak?” Batrisya cuba berdebat. Mana tahu kemenangan akan menyebelahinya. .

Farah memang seorang yang kurang percaya pada apa yang diguna pakai oleh orang tua dulu-dulu. Mungkin juga disebabkan dengan peredaran masa yang moden dan teknologi sekarang yang semakin canggih.

Kedua tangannya disilangkan dan dirapatkan pada meja.

“Kau betul ke ni Risya? Look,boleh bahagia ke satu hubungan tu tanpa kita kenal hati budinya? Herm.” – Farah

“Risya,ni bukan cerita novel tau. Yang kau boleh create penghujung jalan ceritanya. Ni realiti. Dekat dunia nyata. Kau tak boleh nak undur balik seandainya plan kau ni tak bahagiakan kau tau.” Bebel Farah.

Tersenyum Batrisya dengan leteran sahabat baiknya itu. Memang tak dinafikan,ada betulnya apa yang diperkatakan Farah tu. Tapi dalam masa yang sama dia juga percaya dengan perancangan Allah. Kalau sebulan yang lepas dia tak mampu untuk hidup bahagia dengan pilihannya sendiri,mana tahu Insyallah dengan pilihan Ibunya dia mampu hidup bahagia hingga ke jannah. Kan.

“Insyallah Farah..jodoh pertemuan,ajal maut tu kan semua di tangan Allah. Aku percaya Ibu aku akan cari yang terbaik untuk aku.” Lontar Batrisya sambil tersenyum manis.

..............................

“Kakak..mari duduk dekat Ibu dengan Babah jap. Ibu ada benda nak bincang dengan Kakak.” Sapa Hajah Mariani sebaik sahaja Batrisya melangkah anak tangga yang terakhir.

Terbantut pula niatnya untuk menuju ke dapur menghilangkan rasa dahaga di tekak. Tanpa alasan,Batrisya hanya memenuhi sahaja permintaan Ibunya itu. Sofa yang bertentangan dengan Ibu Babahnya menjadi pilihan punggungnya.

“Ada apa ni Bu?” Soal Batrisya senada setelah punggunya dihenyakkan pada sofa lembut itu.

Hajah Mariani sebenarnya serba salah untuk menyatakan hasrat teman baiknya itu. Ye la,dengan apa yang berlaku dalam sebulan dua ni dia tak pasti yang Batrisya akan menerima lamaran tersebut. Berkawan maybe ya,tapi untuk bertunang dia tak metakkan harapan itu sama sekali.

“Tak..Ni Ibu nak bagi tahu,siang tadi kawan Ibu ada datang meminang Kakak untuk anak teruna dia. Ni cincin dia bagi. Kalau Kakak terima pinangan ni,lagi 2 minggu Kakak akan bertunang.” Terang Hajah Mariani dengan penuh berhati-hati.

Hampir saja ternganga mulut Batrisya saat ini. Bukan itu sahaja pakej sekali dengan mata yang membulat.

‘Biar betik orang tua aku ni. Memang la aku mintak dorang carikan jodoh tapi..bukan la secepat ni. Nampak sangat ni macam tak sabar nak menantu. Adoii.’

‘Baru je 2,3 hari lepas aku cakap pasal ni. Tup-tup dah ada calon. Siap nak tunang lagi! Boleh tahan jugak Ibu aku ni buat kerja.’

Hatinya kini berdebar laju.! Sangat laju! Tiba-tiba dia merasakan misi untuk Ibunya carikan jodoh tu satu misi dan satu keputusan yang salah. Paling paling salah yang dia pernah buat.

‘Adoii mati aku macam ni. Nak terima ke? Tapi aku baru je putus tunang dengan Khai bulan lepas. And now what? Aku nak nak jadi tunangan orang balik? Semua ni plan ke atau benda ni semua satu kebetulan? Arrrghhh pening ah. Stress!’ Bebel Batrisya dalam hati. Pandangannya kini hanya tertumpu pada kotak yang berwarna biru baldu di depannya. Isinya? Entah dia tak buka lagi.

whatt!! Bat di pinang orang. (=゚Д゚=) Laju gila la mak dia buat kerja... habis Harris macam mana... ︶︿︶

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience