C 10

Romance Series 50533

“Risya..”Sapa Datin Zarina sejurus sahaja dia melihat sekujur tubuh yang berdiri tegap di hadapan pintu rumahnya kini.

Wajahnya diangkat memandang Datin Zarina dengan pandangan sayu.

‘Ya Allah.. sampai bengkak macam tu sekali mata dia menangis.’

Jatuh kasihan Datin Zarina pada Batrisya. Sanggup Khai lukakan sekeping hati yang betul-betul sayangkannya untuk kali ketiga.

‘Yup,mungkin juga mereka berdua tak dijodohkan untuk bersama. Perancangan Allah tak siapa yang tahu.’ Nafasnya di hela sekali.

Datin Zarina mendepakan kedua tangannya tanda memberi isyarat kepada Batrisya supaya memeluknya.

Lama mereka dalam keadaan begitu. “Sabar ye Sayang.” Bisik Datin Zarina di telinga kiri Batrisya sambil tangannya menggosok perlahan belakang Batrisya.

Pelukan dilonggarkan. “Mommy tahu?” Soal Batrisya. Anak matanya kini menatap wajah ibu angkatnya itu. Datin Zarina hanya mengangguk.

‘memang sah-sah la mommy tahu. Mommy kan bff Ibu. Ni mesti la Ibu dah call Mommy dulu sebelum aku sampai dekat sini. Adoi..apa la aku ni pun pergi tanya soalan ‘B’ macam ni dekat Mommy.’
Batrisya kembali menyepikan diri.

“Kenapa ni Mommy?” Soal Farid sambil kakinya melangkah mendekati Datin Zarina dan Batrisya di muka pintu.

Pemilik suara garau yang menyapa itu semestinya sangat dikenali Batrisya. Sungguh dia malu dengan dirinya saat ini. Dia cukup tidak suka orang lain melihat dirinya dalam keadaan lemah begini.

Farid mula kehairanan bila melihat Batrisya hanya menundukkan wajahnya dan sepi seribu bahasa. Semestinya ini bukan diri Batrisya yang dia kenal.

Wajahnya dipalingkan ke arah anak terunanya Farid.

“ha,Farid tolong Mommy jap panggilkan Farah cakap Risya nak jumpa. Dia tak tahu tu yang Risya ada datang sini.” Arah Datin Zarina. Farid hanya mengangguk.

Selang beberapa minit kemudian..

Farah berlari anak menuruni tangga mendapatkan Batrisya yang masih setia berdiri di hadapan pintu utama rumah agam itu.

Lantas pergelangan tangan Batrisya digenggam lembut dan ditarik Farah menuju ke satu sudut taman rumahnya untuk memberi ruang privasi kepada teman baiknya itu.

Tanpa bantahan. Batrisya hanya membontoti sahaja setiap langkah kaki Farah.

Di satu sudut kanan halaman rumah agam itu,dihiasi dengan keindahan mini garden yang direka sendiri oleh Datin Zarina.

Air terjun buatan manusia yang mengalir sedikit sebanyak mampu menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang berpijak ke laman tersebut.

Satu set meja bulat berwarna putih yang terletak di tengah-tengah laman tersebut menaikkan lagi seri taman itu.

Punggungnya dihenyak pada salah satu kerusi yang berada disitu. Jari-jemarinya mula bermain-main dengan kunci kereta Audi milik Haji Damhuri.

Lama Farah memerhatikan Batrisya dalam keadaan begitu. Diam membisu tanpa kata. Hanya bunyi yang terhasil disekeliling sahaja menjadi teman antara mereka.

Keberadaan Farah di hadapannya langsung tak dihiraukan. Batrisya seolah-olah hanyut dalam dunianya sendiri.

‘kau ni Risya,suka la buat aku ni macam tunggul kat sini. Aku ni dah la tak sabar nak dengar cerita kau. Yang kau boleh pulak mengelamun ek.’

Kedua tangannya cuba menggenggam tangan Batrisya.

“Risya..cerita la dekat aku apa yang dah jadi. Siapa yang buat kau sampai kau jadi macam ni.” Pujuk Farah.

Hatinya mula dipagut rasa risau. Riak wajah Batrisya nampak tenang nampak cool,tapi dia tahu. Fikiran Batrisya saat ini sedang sarat dengan bermacam-macam perkara.

“hhuuhh..” satu keluhan kecil dilepaskan. Batrisya kini berdiri lalu membawa dirinya ke sudut dimana terletaknya air terjun tadi.

‘kan best,kalau aku ni jadi air. Halangan la sebesar mana pun aku tetap boleh lalu. Kena la cincang macam mana pun aku tetap akan bercantum. Hermm..’ Getrus hati kecilnya.

“Khai mintak tangguhkan tarikh kawin.” Tutur Batrisya sebaris. Sebaris itu pun mampu untuk menelentingkan jiwa Farah sekejap lagi.

“THE WHAT!!!” Suara Farah meninggi bila telinga dan otak berjaya proses apa yang diperkatakan oleh Batrisya sebentar tadi.

Farah mengetap giginya menahan amarah. Siapa je yang tak marah bila dapat lelaki yang tak serious macam Khai ni. Tangguhkan tarikh kahwin sesuka hati dia tanpa fikir perasaan orang lain.
“Khai tu gila ke apa Risya? Tarikh kawin korang tinggal sebulan lebih je lagi tau. Dah tak lama dah. Barang-barang kau pun semua dah siap,tunggu nak agihkan card je lagi. Perangai betul la si Khai ni. Kalau ada depan aku memang aku dah penampor muka dia. Silap-silap penyepak aku bagi celah kangkang dia tu.” Riak wajah yang tadi ayu kini berubah tegang.

‘kalau aku ada taekwondo memang orang pertama yang aku karate Khai la.’
Tubuh badannya di palingkan mengadap Farah sambil kedua tangannya disilangkan di dada.

“entah la Farah. Ikut kan hati aku memang aku nak lanyak je si Khai tu. Tapi tu la. Aku ni naik tak larat dah nak fikir pasal benda ni. Serabut tahu tak. Dah la kerja dekat office pun tengah berlambak. Khai pulak boleh buat perangai gila macam ni. Patut la lately ni dia nampak berubah sangat.”-Batrisya

“ee..sakitnya hati aku bila ingat muka jantan tak guna tu.”- Farah

Jeda

Langkahnya diatur mendekati Batrisya. lalu tubuh kecilnya mula mendakap tubuh kecil Batrisya dan mereka saling berbalas pelukkan.

“kau sabar ye. Aku akan always ada dekat sisi kau.” – Farah

“tak apa Farah. Aku ok. Don’t worry ok.” Balas Batrisya sambil meleraikan pelukan antara mereka. Segaris senyuman terukir di wajahnya.

“Aku harap kali ni kau buat la keputusan yang betul-betul ok. Dan aku harap sangat yang keputusan kau tu berpihak pada hati kau. Ni dah kali ke tiga Risya. Herm.” Nasihat Farah.

Ikut kan hati nak saja dia menghasut Batrisya supaya lupakan Khai,lupakan pasal perkahwinan ni. Sebab cara Khai langsung tak menunjukkan yang dia benar-benar sayangkan Batrisya dan ingin jadikan Batrisya isteri.

Tapi tu la. Hakikatnya Farah sendiri pun malas untuk masuk campur dalam hal peribadi antara Batrisya dengan Khai. Lagi-lagi perkara ni membabitkan hati dan perasaan orang sekeliling. Jadi biar la Batrisya buat keputusan dengan sendiri.
Namun harapannya cuma satu. Berharap agar Batrisya tidak menerima Khai lagi untuk dijadikan suami. Cukup la tiga kali dia mempermainkan perasaan Batrisya. Kalau betul hatinya berniat untuk menghalalkan Batrisya semestinya dia tidak akan perlakukan sebegini rupa terhadap Batrisya. Tapi ni tak.

Satu keluhan berat dilepaskan dan segaris senyuman hambar diberikan pada Farah.

Sayang ke kalau berkali tangguhkan tarikh kawin? Sakit. Hanya orang yang pernah lalui saja yang tahu. :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience