C 46

Romance Series 50533

Semua mata-mata yang berada dalam Club House tersebut memberikan tepukan yang gemuruh kepada Harris. Senyuman manis sememangnya dari tadi tidak lekang dari bibirnya. Mata Batrisya pula tidak berkelip melihat gelagat Harris. Dari mula dia menyanyi sampai la habis menyanyi.

Sebenarnya hatinya sedikit terusik dengan nyanyian Harris tadi tapi sedaya upaya dia cuba menolak perasaan tersebut.

“So macam mana?” Soal Harris dengan wajah tersenyum. Dia kini duduk di kerusinya bersebelahan dengan Batrisya.

Segaris senyuman diberikan pada Harris. “Eemm..boleh la..tapi rasanya macam sedap suara aku lagi kot.” Tipu Batrisya. sengaja dia ingin menyakat lelaki yang berada di sebelahnya itu.

Memang tak dinafikan yang suara Harris sedap. Sama sebijik dengan penyanyi asalnya. Tapi saja la dia nak menyakat lelaki tu jadi sebab tu Batrisya memberi komen yang suaranya lagi sedap berbanding Harris.

“Boleh la kau cakap? Ramai kot yang tepuk tangan untuk aku tadi.”

“Eh hello..ramai tepuk tak semestinya sedap tau. Mana tahu diaorang ni tepuk sebab saje tak nak bagi kau malu.” Balas Batrisya tak nak kalah.

“Eleh..ye la tu. Padahal kau tu jeles kan sebab suara aku ni sedap. Jadi nanti ramai la girls yang suka dekat aku kan.”

“Herm..ikut suka hati kau la Harris.. Dah,jom la aku nak balik bilik. Penat nak tidur.” Kata Batrisya. Dia terus bangun dari kerusi lalu meninggalkan Harris bersendirian di situ.

Sebelum dia melebih puji diri sendiri baik aku blah. Mamat poyo macam dia tu bukan boleh kira sangat. Pantang orang puji sikit mula la nak melebih-lebih.

Menonong saja Batrisya berjalan meninggalkan Harris. Terpaksa la Harris mengejarnya pula dari belakang.

...............

Pintu yang tertera nama Khairil Bahari Bin Datuk Khahar itu diketuk berkali oleh Jack.

“Masuk!” Arah Khai tegas. Belum sempat Jack memulakan kata-katanya Khai terlebih dahulu menyemburnya.

“Mana info yang aku mintak dengan kau!? Kau nak tunggu aku mintak dulu baru nak bagi ke!?” Soal Khai sambil menongkatkan badannya dengan kedua tapak tangannya di atas meja.

“Buk,bukan macam tu Bos. Sebenarnya untuk beberapa hari saya intip Cik Amelia tu,dia memang tak ada berjumpa dengan lelaki lain. Saya rasa kan Bos,dia macam boleh agak yang Bos ada hantar spy untuk intip dia.” Terang Jack dengan sedikit gagap. Berdebar untuk memulakan bicara bila melihat wajah Khai berubah bengis.

“Aku nak kau terus intip dia. Faham! Kumpulkan aku info tentang minah tu sebanyak yang mungkin dan aku nak kau update dekat aku pasal minah tu setiap hari. Aku tak nak ada sehari pun yang tertinggal. FAHAM!!” Arah Khai tegas.

“Baik Boss.”

Jack berpusing lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sorry Lia,aku terpaksa buat benda ni semua pada kau. Aku bukan tak percayakan kau tapi aku nak kan kepastian. Banyak sangat cerita-cerita yang aku dengar tentang kau sampai aku sendiri pun dah mula meragui kejujuran kau.

...............

Selesai sahaja menunaikan solat subuh,Batrisya menyarungkan tudung bawal berwarna soft brown ke kepalanya. Hari ini merupakan last day dia menginap di Hard Hotel jadi dia berniat untuk turun ke pantai menikmati keindahan pagi sambil melihat matahari terbit.

Cukup la sekadar berseluar track dan berbaju t-shirt yang berlengan panjang. Pagi-pagi macam ni mana ada orang nak berdress bagai sebab tak ada orang nak tengok pun.

Tangannya disilangkan memeluk tubuhnya sendiri takala terasa dingin angin pagi yang mula menyentuh lembut kulitnya. Angin dingin pagi ni kadang-kadang membantu jugak untuk menyergakan mata.

Kepalanya dipalingkan ke kiri kanan memandang suasana sekeliling. Tiba-tiba anak matanya terhenti pada satu kelibat.

“Harris? Siyes r? Rajinnya dia joging pagi-pagi buta macam ni.” Ngomel Batrisya.

“Sya.” Sapa Harris sebaik sahaja dia menghampiri Batrisya.

“Ha,eh,Harris. Wow..rajinnya joging lepas-lepas subuh ni.” Anak matanya memerhatikan Harris atas dan bawah.

Alahai dia ni..joging pun hensem. Hati aku ni dah nak cair dah sebab selalu sangat tengok kehenseman dia ni. Aihh.. harap-harap la Mr.Hard aku nanti sama hensem macam Harris ni. Tak pun lebih hensem sikit dari harris. Hihi.

“Tak ada la,dah memang jadi rutin harian aku. Lepas je subuh memang aku akan keluar untuk joging.” Terang Harris sambil membuat senaman ringan di hadapan Batrisya.

“Oh..” Balas Batrisya bersahaja. Wajahnya kembali memandang keindahan pantai yang terbentang luas itu. Sinar mentari yang mula ingin terbit menambahkan lagi keindahan suasana tersebut.

“Kau ni Sya,kenapa suka sangat turun sorang-sorang macam ni? Bahaya tahu tak?”

“Nak bahaya apanya Ris kan dah siang ni. Lagi pun sekejap lagi aku dah nak balik,so sebelum aku balik aku nak la tengok suasana indah macam ni. Aku kan jarang dapat bercuti macam ni. Dah balik nanti aku dah start busy dengan kerja semua. Jadi dah tak ada masa untuk releks macam ni.” Tutur Batrisya tanpa sekali pun memandang wajah Harris.

“Kenduri kau macam mana?” Soal Harris sekadar ingin tahu.

Wajahnya dipalingkan sekali memandang Harris. “Tak,aku tak busy dengan tu. Sebab semua urusan perkahwinan aku,aku serahkan 100% pada family aku. Biar la diaorang handle semua tu. Aku just pilih warna yang aku nak je. Kau pun tahu kan kerja aku macam mana. So before aku cuti lama aku nak satlekan apa yang patut la. Tak kan nanti tak sampai seminggu kawin aku dah nak masuk kerja kan.”

“Sya.? Kau boleh ke sayang dia dan terima dia dalam hati kau?” Soal Harris. Nak jugak dia tahu bagaimana penerimaan Batrisya terhadap dirinya.

“Entah la,insyallah aku boleh terima dia. Tapi untuk sayang tu mungkin akan makan masa sikit kot. Ye la sebab aku tak kenal dia kan. Pape pun,cinta sayang semua tu kan boleh di pupuk betul tak? Jadi aku akan belajar la untuk cinta dan sayangkan dia.” Terang Batrisya dengan yakin. Satu senyuman yang sangat manis diberikan pada Harris.

Ya..bukan senang untuk kita pupuk rasa cinta tu. Tapi aku percaya, once kita dah mula sayangkan dia,insyallah kita akan jaga hubungan tu. Sama jugak macam hati aku sekarang. Walaupun hati aku dah mula terusik dengan kau Harris,tapi aku akan cuba untuk buang perasaan tu sebab aku tak layak untuk sayang kau melebihi tunang aku sebab dia bakal imam aku.

Jeda

Bunyi deringan Iphone yang berada di tangan Batrisya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

“Hello ye Bu?”

“Kakak,Ibu lupa kakak nak warna apa untuk tema nikah tu nanti? Sebab kalau boleh Ibu nak satlekan semuanya dalam minggu ni jugak.”

“Emm..kakak nak warna kuning cair,kuning..lembut macam tu. Asyik tengok orang buat warna putih je..bosan so kakak nak buat ada colour sikit untuk nikah kakak. Ok Bu? Untuk pelamin tu Ibu cakap la dekat dorang mix dengan colour lain jugak untuk naikkan seri pelamin tu nanti.”

“Ha.. ok la kalau macam tu. Tak apa nanti pandai la Ibu.”

“Ok Bu. Oh,lepas tu lagi satu Bu. Untuk baju tu,nak fitting ke nak apa ke.. Ibu suruh designer tu datang dekat rumah kita je ok. Sebab kakak malas la Bu nak buang masa duduk dekat butik tu lama-lama.”

“Ha..ye la. Ni kakak balik bila ni?”

“Petang ni kakak dah balik dah.. sekejap lagi kakak check out hotel.”

“Ok la sayang. Hati-hati tu.”

“Ye Bu.. bye..Assalamualaikum.” Lantas panggilan tersebut ditamatkan.

Enjoy geng!!, ^_^^_^

Share this novel

Norita Yahya
2021-05-19 11:52:54 

Napa lah x update lg ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience