C 50

Romance Series 50533

Dengan sekali lafaz sahaja kini Batrisya sah bergelar isteri kepada seorang jejaka yang tidak dikenalinya iaitu Harris Daniel Bin Tan Sri Jamalluddin.
Inai merah yang menghiasi jemarinya dipandang. Terasa telapak tangannya mula dibasahi oleh peluh-peluh gemuruhnya. Sungguh hatinya berdebar-debar menantikan kehadiran lelaki yang officialy bergelar suaminya.
Farah hanya memerhatikan sahaja gelagat teman baiknya itu.Langkah kakinya diatur dengan perlahan mendekati raja sehari itu.
Terus saja tangannya menggenggam jemari Batrisya untuk mengurangkan rasa gemuruh di hati sahabat baiknya itu. Mereka kini saling berpandangan antara satu sama lain dan Farah mula mengukirkan senyuman manis. Begitu juga dengan Batrisya. Namun senyuman itu tidak mampu menutup rasa gemuruhnya saat ini.
“kau cantik sangat sangat Risya. Aku bahagia sangat bila tengok bff aku ni dah jadi isteri orang. Percaya la,dia mampu jaga kau dan dia mampu bahagiakan kau.” Tutur Farah sambil tersenyum manis pada Batrisya.
Senyuman Farah terbalas.”Insyallah..kau jangan lupa doakan aku tau.”
“mesti la.tak pernah lupa ok. Kau kan kawan baik aku. Aku dah anggap kita ni macam kembar tau. So tak mungkin la aku akan lupakan kau.” Dan mereka kini saling berpelukkan.

Tok. Tok. Tok.

Ketukan di pintu menambahkan getar dalam hati Batrisya saat ini. Farah bangun lalu membuka pintu untuk mengizinkan sang suami bertemu dengan sang isteri.
Wajahnya kini hanya menunduk. Sungguh dia takut untuk bertentang mata dengan lelaki yang sudah pun sah menjadi suaminya. Oxygen,darah,jantung semuanya tak tentu arah. Semua sekali bekerja serentak.
“kakak..ni suami kakak datang untuk sarungkan cincin.”
“Hard..sini. masuk.” Arah Hajah Mariani.
‘eee...aku rasa nak jerit je sekarang ni. Tolonggg...!!!’
Dengan perlahan-lahan tangannya dihulurkan untuk si suami menyarungkan cincin. Kemudian di ikuti dengan gelang tangan dan akhir sekali rantai leher.

Saat Harris menyarungkan rantai di lehernya, hidung Batrisya dapat menghidu satu wangian yang mula menjadi favoritesnya seminggu yang lalu.
‘eh jap! Bau ni macam... bau...HARRIS!!’ Jerit Batrisya dalam hati.
Serta merta Batrisya mengangkat wajahnya,dan kini pandangan suami isteri itu bersatu.
“Ha,Harris.?” Perlahan saja tutur katanya namun masih dapat didengari oleh pendengaran Harris.
Harris tersenyum manis. “yes sweetheart. It’s me. Harris Daniel Bin Tan Sri Jamalluddin,a.k.a your Mr. Hard. Ucap Harris dalam nada yang cukup romantik. Sempat pula tu dia mengenyitkan sekali matanya sebelum dia bangun berdiri.
Pandangannya kini beralih pada Farah,dan Farah menganggukkan sekali kepalanya.
‘Jadi selama ni aku bertunang dengan Harris la? Macam mana aku boleh tak perasan. Bodohnya.. patut la Farah boleh kenal Mr.Hard. Punya la banyak dia bgi hint dekat aku tapi satu pun aku tak boleh nak tangkap. Bodohnya..’ Bebel Batrisya dalam hati.

..........

Batrisya meninggalkan Harris sendiri untuk melayan tetamu yang hadir. Badannya betul-betul terasa letih. Habis satu badan rasa sengal. Mana tak nya,dalam sehari bertimpa-timpa kejutan yang datang. Gemuruh yang tu tak habis lagi tambah pulak dengan kejutan lain. Tu belum termasuk dengan permintaan photografer lagi.
“aaarrghh.. letihnya. Adoi..naik kejang pipi aku ni duk senyum je hari ni.” Bebel Batrisya sambil kedua tangannya menguli pipi kiri dan kanannya.
“Pinggang pun habis sakit-sakit dah ni.. photografer punya pasal la ni,suruh peluk-peluk bagai. Ee..” Rengek Batrisya sambil membaringkan badannya di atas tilam king saiz itu. Dan akhirnya dia tertidur dek kerana keletihan yang melampau.
Tok. Tok. Tok.
“herrmm..”
Tok. Tok. Tok.
“mana pergi minah ni. Dah banyak kali aku ketuk pun tak kan tak dengar lagi.” Tangannya cuba memulas tombol pintu tersebut.

“siap berkunci pulak tu. Jap,dia lupa ke yang dia tu dah kawin? Ee.. tak boleh jadi ni.”
Harris kembali turun ke tingkat bawah untuk mencari kunci spare bilik tersebut. Dan secara kebetulan pula terserempak dengan Naim.
“Im,Abang nak mintak kunci spare bilik Kak Sya,boleh? Abang nak masuk mandi la. Badan ni dah berlengas semacam dah ni. Kak Sya tido kot sebab tu tak buka pintu.” Teka Harris.
“oh..kalau tak sedar apa tu maksudnya kakak tido la. Sebab dia tu memang spesis tido mati. Abang letak la bom sebelah dia pun memang dia tak sedar punya.” Ujar Naim. Gelak sakan Naim. Suka sangat dapat kenakan kakaknya itu. Belakang boleh la.. cuba kalau depan tengok berani ke tak.
Dengan tawa yang masih bersisa,tangannya menghulurkan kunci spare yang diminta Harris sebentar tadi.
Kunci spare tersebut kini sudah pun bertukar tangan. Pintu dikuak dengan perlahan. Betul sangkaannya tadi,Batrisya sedang tidur lena dengan badannya yang masih lengkap berbaju pengantin.
Harris tersenyum melihat wajah Batrisya yang sedang lena diulik mimpi itu. Sempat dia meneliti segenap raut wajah isterinya yang masih setia dengan makeup itu sebelum dia masuk ke toilet untuk membersihkan dirinya.
Cantik! Itu sahaja yang terdetik di hatinya saat itu. Betul orang tua-tua cakap. Orang perempuan ni kalau jarang makeup tebal atau tak pernah makeup tebal,once dia dimakeupkan oleh orang yang mahir terus naik seri wajah tu. kena elok kawan sendiri pun tak cam.

..........

Selesai sahaja mandi dan solat,dia kembali merapati Batrisya yang masih lena dibuai mimpi itu.
“sweetheart...sayang. hey,bangun la.” Kejut Harris dengan nada yang agak romantik dan lembut. Dia baring lalu mengiring dan menongkatkan kepalanya dengan tangan kirinya.
“eeemmm...” Sahut Batrisya sambil mengelipkan matanya untuk beberapa kali supaya pandangnnya lebih jelas.
“aaaarrrghhhh!!!!!” jerit Batrisya kuat. Bergema satu bilik dengan jeritan itu. Dan semestinya boleh didengari oleh orang yang berada di luar. Terkejut beruk dibuatnya. Mana taknya,tiba-tiba boleh pulak ada lelaki dalam bilik siap baring sebelah dia lagi.

“hay Sya! Sweetheart! Kenapa terjerit-jerit macam orang gila ni?” Soal Harris. Dia menggoncangkan badan Batrisya untuk beberapa kali supaya Batrisya sedar.
‘aduh..minah ni,potong la.aku punya habis romantik cover suara dia boleh menjerit macam orang gila. Ni confirm kejap lagi ada orang ketuk pintu. Aduhh.. Sya ni macam-macam la.’
Tergesa-gesa Batrisya bangun sambil membetulkan dressnya yang terselak menampakkan betisnya.
Papp!!
Batrisya menepuk dahinya sendiri bila dia teringatkan akan satu perkara.
Berkerut dahi Harris melihat gelagat pelik si isteri. ‘dah kenapa pulak dengan minah ni. Tadi menjerit,sekarang tepuk dahi sendiri pulak.Tak kan la baru kawin berapa jam dah jadi gila kot. Aduh.. nasib kau la Harris..’
‘Risya! Kau dah kawin la. Kau lupa ke? Dia sekarang dah jadi suami kau tau. Suami!! Yang kau terkejut macam nampak hantu tu dah kenapa’ ngomel batrisya sendiri dalam hati. Dia mengoyangkan badannya sambil tersenum malu.
“sweetheart ni kenapa?” soal Harris sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
‘dah tersengih pulak. Adoii.. pening kepala aku macam ni. jangan sampai aku pulak yang jadi tak betul dah la. Sebab esok nak naik pelamin lagi nih.’
“eerr.. tak ada apa-apa. Aku cuma..,lupa je yang aku dah kawin. Dah ada laki. Hihi. Sebab tu aku menjerit tadi bila nampak kau ada dekat sebelah aku.”
“emm..tak apa la,aku nak mandi dulu. Ok. Kalau kau mengantuk,kau tidur la dulu.” Ujar Batrisya sambil tersengih menayangkan giginya yang sebaris sambil berlalu pergi ke arah toilet.
Dia sebenarnya kekok. Kekok bila harris memanggilnya sweetheart,sayang tu semua. Ye la,tak pernah terfikir langsung dek akal fikirannya yang dia akan bernikah dengan Harris. Dari status kawan,sekarang tup-tup dah jadi suami. Dah la Harris selalu sangat sakitkan hati dia. Asal jumpa je mesti ada la benda yang tak kenanya. Macam mana la dia tak kekok.
Batrisya membiarkan sahaja Harris yang dalam keadaan terping-pinga itu.tuala dicapai lalu menghilangkan diri dalam toilet.
‘ha?? Dia lupa yang dia tu dah kawin. Kurang asam jawa punya minah. Ee.. kalau tak fikir ke bini nak je aku ketuk kepala dia tu. hurmm..nasib kau la Hard dapat bini yang tak berapa nak betul sangat ni.
Di luar pintu.

“Hard..! kenapa dengan Risya tu? Bukan main kuat lagi menjerit. Bergema satu rumah ni ha.” Soal Hajah Mariani cemas sambil mengetuk pintu bilik anak menantunya itu.
Harris berpaling memandang ke arah pintu utama bilik. ‘kan betul..tak pasal-pasal la aku jugak yang nak kena menjawab dengan ibu.’
Harris menjengahkan mukanya.
“ye Bu,tak ada apa pun. Tadi ada lipas terbang naik atas katil tu yang Sya menjerit kuat tu Bu.” Tipu Harris.
Ye la,tak kan nak bagi tahu yang si Batrisya tu menjerit sebab nampak dia dekat sebelah pulak kan.. Nanti apa pulak la orang tua tu cakap.
“aik??”
“emm.. tak apa kalau macam tu Hard. Dah tidur ye. Esok kita nak gerak awal pagi naik ke Cherating. Rehat cukup tu esok kamu nak bersanding lagi.” Pesan Hajah Mariani sambil mula melangkah meninggalkan bilik tersebut.
Hajah Mariani sebenarnya pelik,sebab hakikat sebenarnya anak perempuannya itu tak takut atau pun tak geli pada lipas. Diana Batrisya bukan seperti gadis bandar yang lain,yang takutkan pada serangga. Dan dia hanya takutkan pada binatang yang berbisa sahaja. Jadi kalau lipas tu memang tak ada apa effect pun pada dia.
“sejak bila ek si kakak tu takut lipas. Tak pernah-pernah takut lipas. Tiba kawin boleh jadi takut lipas pulak. Ee.. macam-macam la budak zaman sekarang ni.” bebel hajah mariani seorang diri.

******

Betul tekaannya pada 2 minggu yang lepas. Hard Hotel adalah hotel milik tunangnya yang hanya diketahui nama panggilannya sahaja,iaitu Hard. Tapi kini jejaka kacak itu sudah pun sah menjadi suaminya.
Gaun kembang yang menggabungkan dua tone warna biru yang berbeza menjadi pilihan hati Harris. Bahagian atasnya bewarna soft blue dan dibahagian bawah bewarna navy blue. Perincian batu pertama yang menghiasi keliling pinggang dan digabungkan dengan hiasan batu yang bertaburan di bahagian gaun kembang itu menambahkan lagi keanggunan si pemakai.
Kedua tangannya mengusap lembut gaun yang sudah pun tersarung dibadannya itu.
Cantik!!

Itu sahaja yang terdetik dalam hatinya saat ini. Dia kini betul-betul jatuh hati dengan gaun tersebut. Nak aje dibawa balik simpan dalam almari jadikan sebagai kenangan.
Batrisya terlampau ralik melihat dirinya sendiri di hadapan cermin besar yang berada dalam bilik Harris tersebut. Sampai tak perasan dengan kehadiran Harris di belakangnya saat itu.
Kalau Julietnya cantik,Romeonya harus la tampil kacak bergaya. Baru la sepadan. Harris tampil kacak dengan tuxedo navy bluenya berjalan dan mendekati si isteri.
“sweetheart suka?” soal Harris sepatah. Sejak semalam,selepas saja diijab khabulkan senyuman manis tak pernah lekang dari bibirnya. Asyik tersenyum je kerjanya.
“suka! Sangat suka.” Jawab Batrisya dengan tersenyum manis sambil memandang wajah suaminya di cermin.
Batrisya sedikit tersentap apabila tangan harris menarik lembut zip gaun itu naik ketas sampai penamatnya. Sungguh dia terkejut tapi dia cuba mengawal perasaan itu dengan sehabis baik.
Ikut hati nak saja dia lari,tapi nak lari buat apa? Suami kan,mesti la dia ada hak.
“eerr.. thanks.” Ucap batrisya sambil tertunduk malu.
“welcome sweetheart.” Sahut Harris kembali sambil merapikan tuxedo yang tersarung di tubuhnya.
Batrisya menjeling sekilas memandang sang puteranya itu.
‘semenjak jadi laki aku ni,kenapa aku tengok dia macam bertambah hensem ek. Tak macam yang sebelum ni. Hati aku ni pulak time-time macam ni la nak berdebar lajunya.’ Bisik Batrisya sendiri sambil meletakkan telapak tangannya di dada.
“ready??” Soal Harris sambil melipatkan tangan kananya untuk dipeluk Batrisya.
“ya.. Im ready.” Balas batrisya. perlahan-lahan tangan kirinya melingkari tangan kanan harris. Lalu melangkah berjalan seiringan menuju ke ballroom tersebut.

Akhirnya… :) Ni yang korang tunggu kan?? ^_^ Last chapter insyallah esok.. Thanks support cah. Enjoy geng :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience