C 43

Romance Series 50533

“Siti,saya nak awak inform pada semua senior dari setiap management termasuk Pak Cik Ali dengan Mak Cik Su tu untuk masuk dalam meeting saya lagi 15 minit. Wajib ok. Make sure semua ada masa meeting tu nanti. Saya tak nak ada sorang pun yang tertinggal.” Arah Harris tegas.

Harris melangkah masuk ke pejabatnya dengan penuh gaya. Siti pula bergegeas melaksanakan arahan yang diberikan dari Bosnya itu.

“Siti,kenapa pulak Mr.Hard tu tiba-tiba nak Mak Cik Su masuk sama dalam meeting ni. Mak Cik Su kan tukang kebun je Siti.” Soal Mak Cik Su yang baru sahaja melabuhkan punggungnya dikerusi yang bersebalahan dengan Siti.

“Entah lah Mak Cik Su. Siti pun tak tahu. Masuk-masuk je Office dia terus bagi arahan macam tu. Siti pun tak tanya bnyak la. Lagi pun seram la tengok muka Mr.Hard tadi tegas semacam je. Siti nak tegur lebih-lebih pun takut Mak Cik Su.” Ujar Siti sekadar menjawab persoalan dari Mak Cik Su itu.

Harris melangkah masuk ke bilik tersebut yang dimana semua senior telah pun berkumpul seperti mana yang dikehendakkinya. Semua plan yang ada dalam kepalanya kini sudah pun tersusun dengan rapi. Dia hanya Cuma perlu melaksanakan dan memastikan semua itu berjalan dengan lancar.

“Ok first yang saya nak inform dekat semua mulai esok kalau ada yang terserempak dengan saya di kawasan hotel dan tidak berpakaian formal seperti sekarang saya tak nak ada sorang pun yang menegur saya. Lagi-lagi memanggil saya. Mr Hard. Faham? Cukup dengan hanya menundukkan kepala sahaja. Atau pun senang cerita anggap saja saya ni seperti pelancong yang menetap di hotel ni untuk beberapa hari. Ok.” Arah Harris sambil bangun berdiri di belakang kerusi yang dikhaskan untuknya itu.

Mereka yang berada di dalam bilik meeting tersebut mula terpinga-pinga sambil berpandangan antara satu sama lain. Pelik kerana selama ini mereka tidak pernah mendapat arahan yang sebegini daripada Harris. Kecuali Siti,kerana dia tahu tentang agenda di sebalik semua ini.

Dalam ramai-ramai antara mereka,ada salah seorang antara mereka yang memberanikan diri dengan mengangkat tangannya untuk mengajukan satu soalan.

“Yes?” Sapa Harris dengan riak wajah kosong. Kedua tangannya kini dilipatkan dan dilangkan ke dada bidangnya.

“Eerr..maaf. Tapi kenapa tiba-tiba Mr. Hard nak kami buat macam tu dekat Mr Hard? Ye la,selama kami semua bertugas disini tak pernah sekali pun kami dapat arahan yang sebegini.”

Harris tersenyum sebelum melontarkan jawapannya untuk persoalan tersebut. “Saya ada sebab saya sendiri kenapa buat macam ni. Tapi hanya untuk dua hari satu malam sahaja. Lepas tu keadaan akan balik pada keadaan yang asal.” Jawab Harris.
Tanpa banyak soal,masing-masing hanya menganggukkan kepala tanda menerima arahan tersebut.

“So nanti please inform pada semua staff tentang ni,ok. Kalau ada lagi staff kamu yang tegur saya panggil Mr Hard,saya tak akan cari orang lain tau. Saya akan cari senior dia dan sy PECAT saja dia terus. Faham? Kalau tanya saya kenapa saya nak pecat, sebab kamu tak jalankan tanggungjawab kamu dengan baik. Dan kamu dikira ingkar dengan arahan saya.” Tegas Harris. Tapi nada suaranya masih lagi terkawal.

Selepas sahaja pesanan yang terakhir itu,dia terus melangkah keluar dari bilik meeting tersebut meninggalkan mereka semua.

..........

Selesai sahaja menunaikan solat magrib,Batrisya menyarungkan baju hitam berlengan pangjang dan dipadankan dengan dress simple yang bertali halus berwarna biru lembut. Taburan bebunga halus yang berwarna kuning menaikkan lagi seri dress tersebut. Selendang biru laut yang tersarung di kepala menyerlahkan lagi keayuan dan kemanisan Batrisya.

Wajahnya pula dioleskan dengan makeup yang cukup tipis. Ye la dah malam kan,makeup tebal-tebal buat apa bukan ada orang nampak pun.

Dia menatap wajahnya di cermin. Kepalanya dipusingkan kekiri dan kanan.

“Ok i’m done.” Ujar Batrisya perlahan setelah dia cukup berpuas hati dengan penampilan dirinya saat ini. Ala..biasa la perempuan kan. Bersiap mesti lambat sikit kan. Paling cepat pun 15 minit kot. Hihi

Batrisya mengatur langkahnya mendekati Farah yang sedang melayan keempukkan tilam katil bersaiz king itu.

“Oi,jom la turun bawah jalan-jalan. Kau cakap nak bercuti kan. Kalau dah tido macam ni bukan bercuti la namanya. Bangun la Farah.” Kejut Batrisya sambil menggoyangkan-goyangkan tubuh badan Farah.

“Emm..kau pergi la turun dulu. Aku nak rehat sikit je lagi ni. Ok? Lepas ni aku bangun mandi then aku jumpa kau dekat bawah. Lagi pun tilam ni..dia macam tak nak lepas aku weh. Besstnya..empuk je.” Renget Farah dengan mata yang masih terpejam. Kedua tangannya diayunkan keatas dan ke bawah. Tanda dia sedang menikmati keempukkan dan kenyamanan berbaring di atas tilam tersebut.

Berdecit mulut Batrisya tanda dia sedang protes dengan jawapan yang diberikan oleh teman baiknya itu.

“Ee..hari tu bukan main lagi kau nak spend time la apa la,sekarang? Habuk pun tarak. Po..da.” Bebel Batrisya.

“Ye la,tak apa la biar la aku ni jalan sorang-sorang. Ada kawan pun sibuk nak tido je.Herm.” Rajuk Batrisya yang sengaja dibuat-buat. Tujuannya ingin Farah sertainya sekali tapi bila tengok cara Farah yang sememangnya dah melekat pada tilam tersebut jadi dia terpaksa la akur.

Angin malam yang menyentuh lembut kulit Batrisya yang berlapis dengan baju itu membuatkan Batrisya sedikit kedinginan. Batrisya kini melabuhkan punggungnya pada satu bongkah batu yang sedarhana besar.

Suasana malam yang dhanya diterangi dengan cahaya bulan itu sangat mendamaikan jiwa serta fikirannya. Ditambah pula dengan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa dan bunyi deruan ombak yang menyembah bumi itu menjadikan suasana di situ sungguh damai sehingga dia mampu melupakan kerjanya buat sementara waktu.

Tanpa dia sedari,ada seorang lelaki yang berdiri di belakangnya sejak tadi lagi. Tapi lelaki tu pula yang was-was sama ada betul ke gadis itu Batrisya atau bukan.

Emmm..betul ke minah ni Sya. Kang kalau aku terus panggil nama tetiba salah orang,malu saje aku. Aku bagi salam je la dulu,sekurangnya kalau aku salah pun tak la malu sangat. Kan. Aku kalau siang cam je walaupun dari belakang ni malam.tak nampak. Ngomel Harris sendiri dalam hati.

“Ehem. Err.. Assalamualaikum?” Sapa Harris dengan nada perlahan.

Terjongket bahu Batrisya dek kerana terkejut dengan sapaan itu. Kepalanya masih kaku memandang terus ke hadapan.

Aaa.. sudah. Mamat mana la pulak yang tegur-tegur aku ni. Dah la aku sorang je dekat sini. Entah..entah..

Tanpa berfikir panjang dia terus bangun lalu memusingkan tubuh badannya untuk melihat siapa gerangan yang menyapanya sebentar tadi.

Dia melepaskan nafas panjang sambil telapak tangan kananya diletakkan di dada. Riak wajahnya yang tadi cuak kini berubah kembali tanang.

Huhh..selamat aku.. nasib baik..ingatkan orang jahat la tadi.

Melihat riak wajah Batrisya yang sedikit berubah itu,Harris seolah tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu sebentar tadi.

“Ha..baru tahu kau nak gelabah ek. Ni duduk sini sorang-sorang ni kenapa? Nasib baik aku orang baik ni yang tegur kau tau. Kalau orang jahat tadi macam mana? Ada ke tengah-tengah malam macam ni kau duduk dekat tempat gelap macam ni. Ee..nanti kalau jadi apa-apa kan susah.” Leter Harris. Kedua tangannya kini dimasukkan ke dalam poket track suitnya.

Wajahnya hanya menundukkan. Dia tahu salah dia. Jadi tak guna pun kalau dia ingin berlawan mulut dengan Harris tu sekarang ni. Sebab kemenangan tak akan berpihak kepadanya.

Entah kenapa tadi dia tak terfikir langsung tentang perkara ini. Ye la,dah lama tak bercuti jadi bila nampak tempat cantik macam ni habis lupa semuanya. Tapi alhamdullillah..sebab Allah tak mengizinkan benda yang tak baik terjadi pada diri dia. Kalau tak,tak tahu la macam mana.

“Yer.. Sorry. Aku tahu aku salah. Suasana malam ni dengan pemandangan malam ni buat sampai aku jadi lupa pasal keselamatan diri aku. Aku kan susah nak cuti-cuti ni..So tu la. Emm..” Ujar Batrisya sambil mengangkat wajahnya memandang tepat pada Harris.

Wow!! Gila hensem mamat ni malam ni. Dengan track suitnya,baju fit ikut body sado dia tu rambut messy. Arrghhh!! Boleh bikin aku jatuh hati ni. Tapi Risya kau tu tunangan orang tau. Ingat sikit.

Teringat saja tentang status dirinya dengan pantas Batrisya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Risau takut berlama-lama memandang wajah tampan Harris itu.

Dalam diam Harris mengukirkan senyuman manis. Geli hati dia melihat riak wajah Batrisya tika ini. Riak wajah tak puas hati bercampur serba salah. Kekadang rasa kesian Harris pada Batrisya ada jugak sebab Batrisya masih belum tahu gerangan yang bakal menjadi imamnya itu tak lama lagi.

“Eleh,malu-malu konon. Kalau nak pandang tu pandang je la.. Aku tak marah pun sebab aku tahu aku ni hensem kan..So mesti la ramai girl yang nak pandang aku. Betul tak? Termasuk kau.. kan,kan.” Usik Harris. Merona wajah Batrisya dibuatnya. Mujur sahaja pantulan cahaya di kawasan itu hanya samar-samar. Kalau tak.. Malu beb!!

Eee..tak habis-habis la dia ni.. duduk dalam bakul angkat sendiri! Ngomel Batrisya dalam hati.

“Herm,poyo je.” Tutur Batrisya perlahan.

Harris hanya tersenyum. “Dah la.jom kita gi makan. Layan ke kau ni sampai bila pun tak habis. Tapi jap,mana Farah?” Soal Harris.

“Herm,tak payah tanya la minah tu. Menyakitkan hati je. Dia beria ajak aku datang sini bercuti la katakan,alih-alih habuk pun tarak. Sibuk dengan nak tido.” Bebel Batrisya.

Tapi benda betul,kau yang beria ajak orang tiba kau yang buat perangai. Sapa la yang tak sakit hati kan.
“Kau ni tak kan turun sorang jugak? Abang Farid mana?” Soal Batrisya. Lehernya memanjang mencari kelibat Farid.

Ni kalau mamat ni cakap Abang Farid pun tak ada... kau dua beradik memang siap kena dengan aku esok. Dua-dua aku basuh esok.

“Farid? Em,tak payah tanya la. Biar je la dia. Tak apa malam ni kau dengan aku je ok. Dah jom makan. Aku dari tadi tahan lapar ni.” Dialog Harris sambil melangkah meninggalkan kawasan dimana mereka berdiri tadi.

Sengaja Batrisya berjalan lambat membontoti Harris. Membiarkan Harris maju kedepan terlebih dahulu. Dia kurang selesa duduk berdua-duaan dengan Harris. Ye la,mana la tahu kan kot-kot hotel yang dia check in sekarang ni milik tunang dia ke. Kang kalau terkantoi tak ke naya? Tak pasal-pasal dia cancel weeding tu nanti.

Sorang berjalan depan sorang lagi berjalan belakang. Harris yang mula terasa janggal dengan keadaan itu memalingkan tubuhnya ke belakang.

“Sya.. cepat la sikit jalan tu Sya.. Aku dah lapar ni.” Ujar Harris. Telapak tangannya diletakkan di atas perut menandakan yang dia benar-benar lapar dan ingin mengisi perutnya.

“Ish,kau jalan je la dulu..nanti kalau jalan dua-dua nanti buatnya tunang aku tu nampak macam mana? Tak pasal je dia batal weeding tu nanti.”

Harris melangkah mendekati Batrisya. “Ala..takut sangat. Tak apa kalau dia tak nak kawin dengan kau,aku ada. Aku nak kawin dengan kau. Ok.” Sakat Harris. Terkekek dia gelakkan Batrisya. Malah bertambah kuat bila dia melihat muka cemberut Batrisya.

Kecik besar kecik besar anak mata Batrisya memerhatikan gelagat Harris.

Ee..lebih la ni..bukan main sakan kau gelakkan aku ek. Tunggu yer. Aku ni dah memang lama dah geram dengan kau ni.

Kepalanya dipalingkan ke kanan dan ke kiri. Lantas dengan sepantas kilat tangannya mencubit halus isi lengan sado milik Harris. Ha...dapat pun cubit. Puasnya....hati aku. Ngomel Batrisya sambil melangkah laju meninggalkan Harris.

“Aauucchh..” Jerit Harris sambil menggosok lengannya yang terasa perit kesan dari cubitan Batrisya.

Batrisya mempamerkan senyuman kemenangan diwajah manisnya. “Amacam sedap kan penyepit halus ketam aku. Nak rasa lagi ke?” Sinis Batrisya.

“Sakit la Sya.. Emm.. Eh. Sya,kau nak makan apa kau mintak je ok. Nanti aku.” Belum sempat Harris menghabiskan kata-katanya Batrisya dah memintas terlebih dahulu.

“Op! Aku tahu kau nak belanja aku kan? Aaa.. terharunya.. tenkiuu Harris sebab kau sudi belanja aku makan malam ni. hihihi.”

“Eh,mana ada. Tu la kalau orang tua-tua nak bercakap..dengar..jangan menyampuk..bila salah teka macam ni kan dah malu. Aku nak cakap,kau nak makan apa cakap je la biar aku yang tolong orderkan. Ha... ada faham?” Sakat Harris lagi. Mulutnya sedikit kembung cuba menahan tawa dari terburai.

Niat dihati sebenarnya memang nak belanja Batrisya makan. Tak gentle la beb keluar dengan perempuan,ajak perempuan makan tiba perempuan yang bayar. Tapi bila dah tengok muka excited Batrisya tiba timbul satu idea nakal untuk menyakat bakal isterinya itu.

Ketiadaan dua beradik itu bukan la satu benda yang tidak sengaja tapi ia memang diplan. Dan idea last minit ini datangnya dari Farid. Sengaja dia membiarkan Batrisya untuk berdua-duaan dengan bakal suaminya itu.

Batrisya memuncungkan bibirnya sambil memeluk tubuhnya sendiri. Hatinya kini sedang merajuk dengan kelakuan Harris. Dia sendiri pun pelik dengan perasaannya saat ini. Tiba-tiba sahaja boleh jadi sensetif dengan gurauan Harris tadi. Padahal bergurau macam tu perkara biasa la sebab Farid pun selalu saja menyakatnya begitu.

Tergelak kecil Harris dibuatnya bila melihat wajah cemberut Batrisya yang sedang merajuk itu.

“Olorlor.. comelnya muka merajuk dia.. Hey Sya,aku gurau je la..kau order je la apa yang kau nak..nanti semua aku belanja ok.” Pujuk Harris. Matanya dikenyitkan sekali apabila anak mata mereka bersatu.

“Emm,tak payah la aku boleh bayar sendiri. Simpan je la duit kau tu. Nanti kan habis pulak.”

“Amboi...panjangnya merajuk dia. Dah la merajuk tu Sya..nanti cepat tua tau. Kesian dekat bakal laki kau sebab dapat dapat isteri tua.” Sakat Harris lagi.

Jelingan tajam diberikan Batrisya kepada Harris. Eee... geramnya aku dengan mamat ni.! sedap mulut dia je cakap aku ni tua. Yang dia tu tua dari aku tak sedar ke? Bebel Batrisya.

Alhamdullillah.. akhirnya berjaya publish^_^ asal nak publish ada je masalah. sory geng. Chapter ni lama dah siap tapi baru sempat nk publish ^_^ now cah dah boleh fokus pada my mr poyo ^ω^ tak sabar nak jodohkan Bat dengan Hard ni. ^.^ enjoy geng(~_^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience