C 24

Romance Series 50533

‘Ee...tersengeh-sengeh. Aku pelangkung jugak sat lagi baru tahu. Dah la tengah sakit hati ni. Yang dia boleh tergedik-gedik dengan minah dua eko tu. Ee..’ Marah Batrisya dalam hati.

Aik,marah? Emm..jeles la tu kan. Hihi. >_<

Telapak tangannya diletakkan di dada. ‘kenapa dengan hati aku ni.. tiba-tiba je rasa nak jeles dekat mamat ni pulak ni..please hati..jangan nak macam-macam ok,dia bukan boyfriend kau pun. Maybe kau just rindukan Khai yang dulu je kot..’ Batrisya cuba memujuk hatinya.

Sumpah dia naik meluat dengan tingkah laku Harris.
Senyum-senyum,sebak-sebak rambut bagai. Eee.. sumpah meluat!

‘Dasar Playboy.!’ Tembak Batrisya dalam hati.

“Hurrm..budak 2 ekor yang kau cakap tadi tu kan,dia bukannya tengok kita tapi dia dok menggedik dengan mamat poyo depan aku ni.” Ujar Batrisya. Pandangannya dibuang jauh dari memandang Harris. Sungguh dia malas untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

“Susah la kalau orang perasan hensem ni. Menyampah.”- Batrisya.

‘Eh..perasan rupanya. Aku ingat kan tak perasan tadi. Jeles la tu. Tak apa Sya,don’t worry ok sebab sekarang ni hanya kau saja yang bertahta dalam hati aku.’ Jujur Harris. Senyuman senget yang sedia terukir diwajahnya semakin melebar.

Sapa la yang tak Happy kan bila Crush kita cemburu dengan kita. ^_^

“Eh,mana ada aku perasan hensem. Dah memang aku ni hensem kenapa aku nak kena perasan hensem pulak?”- Harris.

“Emm..kau jeles ek Sya aku main senyum-senyum dengan dorang tu? Hurm..” Sakat Harris. Nada suaranya sengaja dileretkan.

Harris mula membuat style machonya. Tersenyum sambil jemari menyebak rambutnya ke belakang. Pandanganya masih melekat kemas pada Batrisya.

‘Ish,budak dua orang ni,tak habis-habis nak bergaduh. Dari mula kenal sampai sekrang tak ada kerja lain la kalau jumpa. Macam anjing dengan kucing. Nanti berjodoh baru tahu.’ Leter Farid dalam hati.

“Eh hello.. tolong sikit ek.Aku nak jeles? Please la.. Lam..bat..lagi. Daripada aku jeles dengan kau baik aku jeles dengan Abang Farid ni ha. Sebab Abang Farid ni lagi hensem dari kau la!” Bangkang Batrisya tak nak kalah. Satu jelingan maut dihadiahkan pada Harris.

“Eleh..tak nak mengaku la tu. Kalau jeles..cakap je la,aku tak marah pun.” Ujar Harris dengan senyuman manis di bibir.

Farid yang mula rasa teganggu dengan situasi itu bersuara.

“Ish,korang ni kan bergaduh je kerjanya kan. Eh,orang tua-tua cakap kalau selalu bergaduh nanti one day tak mustahil tau kalau korang ni berjodoh.”Ujar Farid.

Batrisya mengetap bibirnya. ‘Abang Farid ni pun,tak ada nama orang lain ke yang dia nak jodohkan dengan nama aku ni. Alih-alih nama mamat poyo ni jugak yang dia sebut. Ee..simpang malaikat 44 la.’

“Apa? Berjodoh dengan mamat poyo ni? Memang tak la. Simpang malaikat 44 ok. Dari Risya kawin dengan mamat playboy ni baik Risya cari mekanik-mekanik yang dekat tepi jalan tu.”

“Tak kaya tak apa tau janji SETIA dan orang tu SAYANG dekat Risya sorang je. Risya dah serik Abang dengan lelaki kaya ni. Lagi-lagi yang ada kena mengena dengan Datuk,Tan Sri bagai tu. Dah la Risya nak balik la.”- Batrisya

Laju saja langkahnya di atur menuju ke kereta. Farah,Farid dan Harris ditinggalkan begitu sahaja.

Dia lari meninggalkan mereka begitu kerana nak menang je sebenarnya. Perempuankan mana boleh kalah kalau bab berlawan mulut ni.

“Hey Sya! Kau jangan nak mengada drive sorang-sorang ek.” Jerit Harris sambil bangun berlari mendapatkan Batrisya.

Tubuh badannya dipalingkan ke arah Harris.
“Asal pulak! Kan kereta aku. Suka hati aku la! Kau nak sibuk kenapa!?” Marah Batrisya sambil berpeluk tubuh.

“Jangan nak mengada! Farah. Kau temankan si Sya ok. Abang Harris dengan Abang Farid follow korang dari belakang.” Arah Harris.

Dia bukan apa. Dia Cuma takut dan risau kalau Batrisya drive kereta mengikut emosinya saat ini. Tadi,sewaktu dia follow Batrisya untuk sampai ke sini pun boleh tahan laju Batrisya drive.

Ketidak puasan hatinya terhadap Harris membuatkan dia melangkah mendekati Harris. Kepalanya terpaksa disonggakkan ke atas. Ye la,sorang tinggi dan sorang lagi pendek so begitu la keadaannya.

Chapter 24 done^_^ Enjoy.. ^.^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience