C 6

Romance Series 50538

“adoi,sakit la risya.. emm..” rengek farid sambil mencebikkan mulutnya. Telapak tangannya cuba menggosok lembut lengannya yang masih terasa peritnya.

Tidak lama selepas itu,pandangannya jatuh kepada Harris yang duduk di bahagian sebelah kirinya.

“oh,Risya ni abang kenalkan kawan Abang. Harris Danial Bin Tan Sri Jamalluddin. Best student of KOC UNIVERSITY dekat Turkey. And tak lama lagi dia akan dapat pangkat Doc tau. So sekarang balik Malaysia sebab cuti.” Farid memperkenalkan mereka berdua dengan penerangan yang panjang lebar.

Tiba-tiba wujud rasa bangga dalam diri Batrisya untuk Harris.

‘emm..not bad la mamat ni. Dah la hensem,bijak pulak tu. Beruntung la siapa yang dapat tawan hati dia ni.’ Ngomel Batrisya dalam hati.

“eemm.. Hai Harris,saya Diana Batrisya. So awak boleh panggil saya Risya je ok. Tahniah jugak untuk best student tu.” Ramah Batrisya dengan senyuman manis menghiasi wajahnya. Sempat di menunjukkan jari ‘peace’ pada Harris.

Harris hanya membatukan dirinya. Terasa malas untuk dia membalas sapaan itu.

‘ee..minah ni, sibuk pulak kenal-kenalkan diri bagai. Dia ingat aku heran. Dah la comot,emm..tak kuasa aku.’ Rungut harris dalam hati.

Dalam tak suka pun,anak matanya tetap memandang wajah polos Batrisya.

‘tapi.. senyuman dia tu memang tak dinafikan mampu buat aku cair.’

“herm.” Itu sahaja yang dibalas Harris pada Batrisya. Sempat dia membalas pandangan anak mata chocolate cair milik Batrisya dengan pandangan mata yang agak sinis.

Melihat pandangan sinis harris,membuatkan hati batrisya geram.

‘eh dia ni,penat je aku pot pet pot pet kenalkan diri aku,dia boleh reply ‘herm’ je? Membazir air liur aku je.’

‘sayang,otak cerdik,muka pun bapak la hensemnya,tapi perangai tu sombong mengalahkan anak raja. Aku rasa anak raja pun tak sombong macam dia. Bajet best,ingat ko sorang je ke yang best student herm. Aku pun best student jugak la weh.. tapi tak la bapak berlagak macam ko. Dasar poyo!!’ Marah Batrisya dalam hati. Nafasnya cuba dihembus perlahan.

Melalui pandangan ekor matanya,dia dapat menangkap wajah Batrisya yang sudah berubah warnanya.

‘hai,marah ke cik adik? Merah semacam je muka tu. Marah la kalau nak marah pun.. sebab aku terjadi suka pulak tengok muka ko yang merah tu. Nampak comel je tau. Dah la putih,merah pulak satu muka,nampak macam gunung berapi.’ Tersenyum Harris,tapi hanya la didalam hati.

‘gunung berapi? Ko dah kenapa Author? Tak ada ke ayat yang romantic sikit? Gunung berapi tu tak romantic ok.’ – Harris

‘suka hati la.’ – Author

Lama batrisya membatukan dirinya di sebelah sahabat karibnya itu. Malu,marah semua ada dalam hatinya saat ini.

Ye la,siapa je la yang tak malu kan. Bila kita sibuk bercakap dengan orang,tapi orang tu tak layan.

Kalau masa tu memang kita dengan dia je yang ada dekat situ tak apa la,ni ada lagi orang lain yang dengar perbualan kita dengan dia. Memang sumpah la malu weh.

‘kalau kena dekat Author pun Author marah tau.’

Apabila dia merasakan perasaan malu,marah itu beransur pergi,tiba-tiba dia mula teringatkan satu perkara.

Tangan kirinya kini ligat meraba-raba poket belakang seluar jeansnya. Dari poket sebelah kiri ke poket sebelah kanan. dari tangan kiri bertukar pula ke tangan sebelah kanan.

“eh,siyes la. Tak ada. Mana pulak aku letak handphone aku ni.”Ngomel Batrisya.

Batrisya mula membengkokan badannya ke kiri dan kanan sambil matanya meliar mencari Iphonenya yang tak tahu keberadaannya.

Farah mula menjadi rimas dengan kegelisahan batrisya yang serupa cacing kepanasan itu. Terus sahaja dia menyiku teman baiknya itu sambil mengangkat sedikit kepalanya tanda bertanya ‘kenapa’.

“tak..ni aku cari Iphone aku ni ha,,kau ada nampak tak aku letak dekat mana-mana handphone aku tu?tak ada ni.” tutur Batrisya gelisah sambil kepalanya jugak meliar ke kiri kanan mencari Iphonenya.

“nak kata aku bawak pegi toilet tadi,tak pun. Aduhh.. mana ni.”

Mata Farah turut sama melilau mencari kelibat Iphone milik sahabatnya itu.

‘ee..mana la pulak perginya handphone aku ni. Mati la aku kalau handphone tu hilang,dah la banyak benda penting dekat dalam tu.’

Sambil matanya melilau mencari kelibat Iphonenya,sempat anak matanya melirik pada Harris yang tengah buat muka selamba blur dia tu.

‘ish,tak kan aku nak tanya dia kot?herm..memang tak la. Tanya Abang Farid je la.’

“eemm..Abang Farid,Abang Farid ada nampak tak Iphone Risya? Risya lupa la Risya letak dekat mana tadi. Abang Farid tolong carikan boleh? Mana tahu kot-kot terjatuh dekat Abang Farid ke. Suaranya sengaja di lunakkan. Biar nampak gedik di mata Harris.

‘aaa..lebih la ni, sekali pun nak menggedik dengan farid,tak payah la nak menggedik depan mata aku. Memang saja nak bagi aku jeles ke apa ni?’

‘tapi yes,memang aku tengah jeles pun sekarang ni.’

Hhuuhhh..nafasnya dilepaskan sehela.

‘tak apa harris. Releks..ok releks.’ Harris cuba menyembunyikan perasaan jelesnya dengan mengukirkan satu senyuman senget pada wajahnya.

“eh,Risya. Iphone risya jatuh la. Jap Abang Farid ambikkan.” Farid membongkokan badannya lantas diambil Iphone itu lalu diserahkan pada Batrisya.

‘eh,a’ah la,baru aku teringat. Tadi before aku pergi toilet,aku yang duduk dekat tempat mamat poyo ni duduk. Jadi maksudnya dia la yang sengaja jatuhkan handphone aku ni. Nak kata jatuh sendiri memang mustahil la, sebab handphone aku ni tak ada kaki.’ Bebel Batriya sambil anak matanya laju sahaja memandang ke arah Harris.

Faham dengan maksud anak mata batrisya itu,satu senyuman senget mula terukir di bibir harris saat ini.

Dalam diam,Diana Batrisya telah berjaya menawan hatinya.

‘herm,kau nak sangat kan menggedik dengan si Farid tu. And now padan muka. Lain kali aku aku nampak kau menggedik lagi dengan Farid ni depan aku,aku akan buat benda lain pulak. Tengok la.’ Ngomel Harris sendiri.

Batrisya mengecilkan matanya saat memandang harris.

‘ee..aku rasa macam nak hempuk je mamat poyo ni. ni baru hari pertama kenal dah macam-macam jadi. Cuba la kalau berhari-hari kenal? Adoii..mampus aku. Nasib baik ko tu kawan a.k.a. bff Abang Farid je tau. Kalau tak..memang tak kuasa la aku kenal dengan mamat poyo macam ko ni.’

‘menyampah! Aaarrgghhh..geramnya.!' jerit Batrisya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience