C 45

Romance Series 50533

Melangkah masuk saja kakinya dalam club house tersebut terus terpegun Batrisya dibuatnya. Dengan keluasannya,susun atur perabotnya,warna,hiasan dalamannya,semua la. Semua boleh dikatakan sempurna.

“Sya..yes,aku tahu tempat ni cantik tapi boleh tak kau tutup mulut kau yang terlopong tu. Jangan nak over sangat. Kalau tak nanti.....” sengaja Harris membiarkan ayatnya itu tergantung.

Dia memandang Btarisya dengan senyuman senget. Dalam kepalanya sekarang ni ada idea nakal yang sedang berlegar-legar untuk menyakat bakal isterinya itu.

Si Harris ni kalau jumpa dengan Bat ni tak pernah kalau dia tak menyakat kan. Dulu bukan main lagi menyampah la apa la sekarang ambik kau! Kuasa cinta! Hahaha

“Ha,kalau tak nanti apa? Dah tempat ni cantik sangat macam mana la aku ni tak ternganga. Rumah aku pun tak secantik ni tau.”Tutur Batrisya. Habis segenap ruang dijilat oleh pandangan anak matanya.

Harris yang tinggi lampai menundukkan sedikit badannya lalu mendekatkan wajahnya ke telinga kiri Batrisya.

“Kalau tak nanti..aku cium kau.” Bisik Harris dengan nada suara yang cukup menggoda.

Terus saja tertakup rapat mulut Batrisya dibuatnya. Tapi bukan setakat mulut je tertakup rapat malah satu badannya menjadi kaku! Dah tak pasal-pasal jadi tiang elektrik tengah-tengah jalan.

Jantung? Tak payah nak cakap la. Dia punya laju tu memang kalah atlet dah ni.

Ya allah..apa kena dengan si Harris ni malam ni. Dia cakap nak cium aku? Gila ke apa! Eh...jangan nak buat hal jangan nak buat hal. Aku ni dah rasa macam nak terjun bangunan dah ni. Dah la tu,siap bisik dekat telinga aku lagi. Aaargghh apa semua ni... Jangan la macam-macam Harris oi!

Ni semua Farah dengan Abang Farid punya pasal la ni. tinggal aku dengan lelaki kepala sewel macam ni. Eee... korang dua beradik memang menempah maut dengan aku tau.! Kau tunggu esok.!
Harris yang jauh kedepan memalingkan tubuhnya ke belakang bila terasa yang dia seperti sedang berjalan sendirian.

Ya allah dia ni. Boleh pulak berdiri macam tiang lampu dekat situ. Adoi..macam-macam betul la perangai bini aku ni. Aku tak tahu la bila dah kawin nanti macam mana.Tapi time tu tak apa la sebab masa tu aku dah boleh sentuh kau Sya.. Omel Harris sendiri. Senyuman nakal mula terukir di wajah tampannya.

Kakinya melangkah mendekati Batrisya lalu terus menarik tangan kanan Batrisya supaya membontotinya sahaja.

“Ha,duduk sini. Kalau aku tak tarik kau tadi rasanya tahun depan pun kau berdiri je jadi tiang lampu dekat situ. Apa la.” Bebel Harris sambil dia juga turut melabuhkan punggunya di sebelah Batrisya.

Batrisya yang masih terkejut dengan tindakan Harris itu hanya membatukan dirinya sahaja. Sikit pun dia tidak bersuara.

Dah la tadi bisik-bisik dekat telinga aku ni berani pulak pegang tangan aku. Lepas tu buat muka macam orang tak bersalah. Apa,ingat aku ni bini dia ke apa suka-suka hati je nak pegang. Dah la aku ni tunangan orang. Kalau tunang aku nampak tadi macam mana. Emmm... menyesalnya aku datang sini.

Satu jelingan maut diberikan pada Harris saat anak mata mereka bersatu. Harris tersenyum.

“Tadi merajuk,ni dah marah pulak. Sanding nanti memang muka tu berkedut la jawabnya.” Sakat Harris lagi. Kalini gelakknya itu sedikit kuat. Sengaja dia ingin menambahkan lagi rasa amarah dalam hati Batrisya.

Pandangannya dialihkan kearah lain. Sungguh dia rasa malas untuk menatap wajah lelaki yang menyakitkan hatinya itu.

“Jap Sya. Aku nak pergi sana jap. Kau pulak! Jangan nak pergi memana ok. Aku tengah nak pujuk kau ni. I’m watching u!!” Harris membuat jari peace lalu ditalakan jauh dari anak mata Batrisya.

Langkahnya diatur mendekati band yang sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan di atas stage itu.

“Nak pujuk konon. Pujuk apa. Kau tinggal aku lagi adalah.!”

Eee...geramnya!!!!

Club house di Hard Hotel merupakan satu club yang paling unik dan menarik. Konsep ala-ala dalam cerita P.Ramlee cuma ia diubah sedikit ke Moden style.

“Syam,kau belanja aku satu lagu boleh?”Sapa Harris sebaik sahaja berdiri di hadapan vokalis Band tersebut.

“Hay! Hard..lama tak jumpa.” Tegur Syam sebaik sahaja memandang wajah Harris. Mereka saling bersalaman dan berlaga bahu antara satu sama lain.

“Please ek,untuk hari ni kau panggil aku Harris je. Aku takut nanti kantoi pulak dengan minah tu.” Tunjuk Harris dengan muncungnya.

Syam menyengetkan sedikit kepalanya untuk melihat siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Harris itu.

“La,kau datang dengan dia ke. Patut la.. Dia tak tahu lagi ke yang kau ni tunang dia?”

“Belum lagi.. Dia yang jual mahal tak nak tengok gambar aku sapa suruh. Nasib la.”

“Oh..patut la. Dah tu kenapa tu? Muncung je aku tengok. Apa yang tak kena weh?”

“Tu. Muka orang tengah merajuk..sebab tadi aku usik dia. Kau belanja aku lagu DIA by Anji tu boleh?”

“La..kau nak pujuk dia kan? Kau la nyanyi. Lagi Afdal orang kata.”

“Banyak la. Kau tu sebenarnya nak ngelat kan.. Hahaha.. Tak apa la biar aku je nyanyi.”

Harris kini sedang memperbetulkan kedudukan dirinya di atas kerusi bar supaya lebih selesa sebelum dia memulakan nyanyiannya.

Pandangan Harris terhadap Batrisya dibalas dengan jelingan maut dari Batrisya.

“Pandang-pandang. Padahal tengah mengumpat aku. Macam la aku ni tak tahu.”

Rambutnya yang agak messy itu disebak ke belakang. Kini semua mata yang ada dalam Club House tersebut hanya tertumpu pada Harris sahaja.

Batrisya yang baru sahaja ingin melangkah meninggalkan meja tersebut kaku apabila namanya di sapa Harris.

“Diana Batrisya, tunggu.”

Daripada semua mata tertumpu pada Harris kini beralih pula pada Batrisya.
Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu
Aku yang pernah terluka kembali
Mengenal cinta.
Hati ini kembali temukan senyum
Yang hilang
Semua itu karena dia.

Oh tuhan
Kucinta dia,kusayang dia,
Rindukan dia,inginkan dia.
Utuhkan lah rasa cinta di
Hatiku hanya padanya untuk dia.

Syu du-du-du-du-du-du-du

Jauh waktu berjalan
Kita lalui bersama
Betapa di setiap hari
Ku jatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia ku merasa sempurna
Semua itu karena dia.

Oh tuhan
Ku cinta dia
Ku sayang dia
Rindu dia
Inginkan dia
Utuhkan la rasa cinta di hati ku
Hanya padanya
Untuk dia.

Oh tuhan
Ku cinta dia
Ku sayang dia
Rindu dia
Inginkan dia
Utuhkan la rasa cinta di hati ku
Hanya padanya
Untuk dia.
Hanya padanya
Untuk dia.

semalam nak update tak sempat. so cah belanja hari.^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience