C 26

Romance Series 50533

“Ehem.” Batrisya berdehem sekali mengaturkan nadanya sebelum memulakan bicara.

Walaupun Ibu dan Babahnya boleh dikategorikan sebagai Ibu Bapa yang open minded,tapi bila melibatkan sesebuah hubungan ni rasa gemuruh tu tetap ada kerana melibatkan banyak perasaan.

Batrisya menghenyak punggungnya di sebelah Farah.

“Emm..mula-mula sekali Kakak nak mintak maaf sangat-sangat dengan Ibu dengan Babah sebab..” tiba-tiba lidahnya terasa kelu. Takut untuk mengakhiri perbualannya itu.

Farah yang berada disebelah mula memainkan peranannya. Jemari Batrisya digenggam erat dengan harapan Batrisya merasai kekuatan yang diberi olehnya.

“Sebab Kakak buat keputusan ni tanpa tanya Ibu Babah dulu.”- Batrisya.

“Dan Kakak jugak nak mintak maaf sebab cara Kakak ni dah memalukan keluarga kita.” Bicara Batrisya dengan wajahnya yang hanya menunduk.

Kedudukanya dibetulkan supaya lebih selesa sebelum memulakan bicaranya kembali.

“Ibu,Babah. Kakak nak mintak maaf sekali lagi sebab Kakak dah putuskan pertunangan Kakak dengan Khai siang tadi lepas jumpa Khai dengan perempuan lain.”- Batrisya

“Perempuan tu pun mengaku yang dia memang girlfriend Khai Bu. Harris jadi saksi dengan apa yang dah jadi antara Kakak dengan Khai tadi.” Jelas Batrisya.

Wajahnya hanya menunduk saja dari tadi. Sungguh dia tak kuat untuk bertentang mata dengan kedua orang tuanya itu. Rasa bersalah mula menyelubungi segenap hatinya.

Sedih. Memang sedih tapi dia sedar,yang dia harus kuat. Dia tak ingin membazirkan lagi air matanya untuk lelaki tak guna seperti Khai tu.

...............................

Kringgg.. Kringg...

Beratus kali Iphone yang berada di hadapannya berdering. Namun beratus kali juga panggilan itu dibiarkan sepi tanpa terjawab. Satu rumah bingit dengan deringan panggilan tersebut.

“Herm,tahu pulak kau call aku. Lantak kau la,malas aku nak layan. Pandai sangat cari masalah kan. Pujuk la. Aku nak tengok sejauh mana kau sanggup pujuk aku Khai.” Skrin Iphone dipandang sekali sebelum merebahkan kembali tubuhnya ke sofa.

Amelia hanya bermalasan di sofa panjang sambil membaca majalah kegemarannya.

Bip.. Bip..

Anak matanya masih lagi melekat pada majalah VOGUE dan hanya tangannya sahaja yang menjalar mencapai Iphone di atas meja.

‘Puas call aku,whatsap pulak. Herm.’

“Please baby..jangan buat I macam ni. Please? I miss U so much dear. I betul-betul mintak maaf dengan U tentang apa yang jadi semalam. Please sayang angkat Call I. Kalau U tak angkat,macam mana I nak explain dekat U sayang.. Please..”~ Khai

Tersenyum senget Amelia membaca setiap baris yang dihantar Khai. Nampak sangat Khai tu dah memang angaukan gilakanya.

“Herm,baby la sangat. I miss U? Tak! Aku sikit pun tak rindukan kau. Kalau anak Tengku aku boleh tekel setakat anak Datuk macam kau ni Khai apa la sangat. Sekali aku petik jari sepuluh yang aku dapat tau.” Riak Amelia sendiri.

Herm,boleh la sebab orang tak tahu perangai kau. Cuba kalau dorang tahu,dorang pun tak hingin dekat kau tu. -_-

Kring.. Kring..

Kring.. Kring..

Sekali lagi Iphonenya berdering. Button hijau di swipe dan kini dia mula berdiri dari sofa malasnya sambil menyilangkan tangan di dada.

“U nak apa lagi call-call I ni? Pergi la call tunang U,U ada tunang kan. Buat apa U nak Call I lagi. I ni bukan siapa-siapa pun dengan U.” Nada suaranya sengaja dibuat-buat seperti sedang merajuk

“Baby please. You’re my everything to me. Lagi pun I dah putus tunang kan. Now I ada U je sayang. I love U so much! Baby?”- Khai

“Ok macam ni,apa kata malam ni I datang rumah U,ambik U then kita keluar ok sayang? U mintak je apa yang U nak nanti I belikan ok baby?” Pujuk Khai lagi. Sedaya upaya dia cuba untuk memujuk kekasih hatinya itu.

Pertemuannya dengan Amelia setahun yang lalu membuatkan dia mula berasa bosan dengan Batrisya. Baginya Batrisya tidak ubah seperti seorang gadis kuno.

Dari segi pakaian dia ok nampak perfect and cantik sangat. Ye la CEO kan semua nak kena jaga lagi lagi personalitinya. Tapi dari segi cara dia dalam hubungan tu membuatkan Khai mudah rasa bosan.
Nak bersentuh tapi ada batas. Boleh pegang tangan sahaja. Nak peluk pinggan memang dilarang sama sekali oleh Batrisya.

Benda macam ni pun kau boleh bosan Khai? Kalau ikut pegang tangan pun tak boleh tau. Sengal la dia ni. !

Berbeza pula dengan Amelia. Tak nanti diminta atau disuruh dia yang mulakan dulu segalanya.

Memang la,sebab minah gedik. >_<

‘Hurm,.kau nak belikan apa yang aku mintak ye. Ok,kalau kau beli aku akan terima maaf kau tu.’

“Emm..betul ni U nak belikan apa je yang I nak?”- Amelia

Peluang! Peluang!

“Ye..Betul sayang. I janji,I akan belikan apa je yang U mintak. Asalkan U tak tinggalkan I and tanda I tebus kesalahan I pada U baby.”- Khai.

“U pun tahukan how much I sayangkan U.” Sambungnya lagi.

Yes,saat dan ketika ini dia memang tersangat sayangkan Amelia. Tiada gadis lain yang bertahta di hatinya melainkan Amelia seorang. Kalau tidak,masakan dia sanggup tangguhkan tarikh kawin mereka berdua berulang kali.

Bebola matanya memusing. Sungguh dia meluat dengan segala ucapan sayang yang terlahir dari bibir Khai.

Memang selama ini dia tidak pernah sekali pun sayangkan Khai. Perasaan itu memang tidak pernah wujud dalam hatinya. Sikit pun tidak. Dia rapat dan baik dengan Khai hanya la semata-mata untuk duit dan bukan kerana atas dasar cinta seperti yang dibayangkan oleh Khai.

...............................

Sementara menunggu kepulangan sang suami dari Masjid,Hajah Mariani hanya duduk termenung di sofa panjang di ruang tamu rumahnya. Otaknya kini ligat memikirkan akan hal mengenai hubungan anak gadisnya Batrisya dengan Khai.

“Assalamualaikum..” Haji Damhuri memberi salam sejurus sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut rumah.

Gedik la Amelia ni. Benci aku. ~_~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience