C 49

Romance Series 50533

“Dasar betina jalang!” hina Khai untuk kali yang terakhir sebelum dia melangkah keluar dari bilik hotel tersebut.
Betapa sakitnya hati Amelia saat itu hanya Allah sahaja yang tahu. ‘sejalang-jalang aku kau sendiri pun pernah tidur dengan aku la! Jantan sial! Memang patut pun aku pergunakan kau. Jantan yang sejenis perangai macam kau tak layak la jadi laki.’ Sembur Amelia dalam hati melepaskan amarahnya.
“Herm,puas hati aku. Dasar perempuan tak sedar diri. Selama ni aku punya la sayang dekat kau separuh nak mati,kau sanggup curang dengan aku. Sebab kau jugak la aku putuskan pertunangan aku dengan Risya dulu.”
“Tapi yang tu aku tak kisah sangat la sebab dia pun spesis perempuan macam kau jugak. Cuma yang membezakan kau dengan dia, kau kerja nak perabiskan duit aku. Tapi dia tak.”
“eee..kenapa la aku boleh jumpa dengan perempuan spesis betina jalang macam dua ekor minah ni. Stressnya aku!!! Sial la!” habis stereng kereta jadi tempat pelepasan amarahnya saat ini.

******

Sebaik sahaja Batrisya melabuhkan punggunya di bahagian seat driver,dia cuba untuk berdiam diri seketika. Mencari sisa-sisa kesabaran yang masih ada dalam dirinya kini. Bimbang seandainya akan membahayakan nyawa seandainya dia memandu dalam keadaan marah. Tambah-tambah dia ada membawa seorang penumpang lain di sebelahnya.
Apabila merasakan amarahnya mulai reda,dia bersiap sedia untuk memandu menuju ke destinasi mereka.
Kak Bella yang dari tadi duduk di sebelah Batrisya hanya mendiamkan diri sambil memerhati setiap gelagat Batrisya dengan pandangan ekor matanya sahaja. Baru sahaja tangan kanan Batrisya memegang stereng kereta, Kak Bella yang berada di sebelah mula bersuara.
“eerr... Risya?” panggil Kak Bella.
“ye kak bella? Kenapa?” Sahut Batrisya sambil wajahnya dipalingkan memandang Kak Bella.
“tangan tu tak sakit ke? Biru.” Soal Kak Bella. Pandangannya kini hanya tertumpu pada pergelangan tangan Batrisya yang mula nampak lebam dan sedikit kebiruan.
Kini pandangan batrisya juga turut jatuh memandang pergelangan tangannya sendiri.

‘perrghh..biru beb tangan aku. Biar betik! Ni semua kau punya pasal la Khai. Tak pasal-pasal tangan aku biru ni. Tapi nampak macam makin bengkak. Mati aku dah la esok lusa aku nak nikah,tak kan aku nak nikah sanding semua dengan tangan berbalut beb!!’
“tadi sebelum Kak tegur, Risya tak rasa sakit lagi. Ni Akak dah tegur baru terasa sakitnya.” Ujar Batrisya sambil membelek-belek tangannya sendiri.
“habis tu macam mana ni? boleh drive tak? Kita pergi klinik nak?” Bertimpa-timpa soalan yang Kak Bella ajukan. Dia mula risau dengan keadaan tangan Batrisya.
“boleh Kak Bella.Dia tak ada rasa sakit sangat. Tapi jap ye Kak Bella. Risya nak snap pic hantar dekat group Risya jap.” Ujar Batrisya sambil tersengih menampakkan giginya yang sebaris itu.
Tangannya yang membiru itu di snap untuk beberapa kali dari pelbagai sudut. Lalu gambar-gambar tersebut dihantar ke dalam group ‘crazy buddies’ nya.
Batrisya simpan Iphonenya di sisi lalu kakinya menekan padel minyak kereta dan terus menuju ke tempat yang di janjikan Kak Bella sebentar tadi.
..........
Seperti biasa,orang pertama yang akan reply whatsap dalam group tersebut adalah si Farah la. Dia tu macam orang tak ada kerja. Kalau hantar whatsap sama ada personal atau group cepat saja dia balas.
Risya! Kenapa dengan tangan kau tu? Kau kena apa ni sampai boleh tinggal kesan macam tu? _ Farah.
Belum lagi sempat Batrisya membalas petanyaan Farah,Farid turut menjelmakan dirinya dengan soalan yang sama dengan Farah. Mentang la adik-beradik soalan pun sama.
A’ah Risya. Kenapa dengan tangan tu? Biru semacam. Ni bukan kesan buat kerja ni kalau biru macam ni. Jujur! Kena apa ni?_ Farid.
“haihh..bukan main care la Abang Farid ni dengan aku.” Tutur Batrisya sambil tersenyum manis.
Ni kalau Risya cakap korang mesti terkejut beruk punya._Batrisya.
Apa dia weh? Bagi tahu la cepat.. jangan main-main macam ni boleh tak?_Farah.
Tadi Khai datang jumpa aku dekat office._Batrisya.

Sikit terbuntang mata Farah membaca whatsap yang direply Batrisya sebentar tadi. Tiba-tiba hati farah mula disinggahi perasaan marah.
‘apa kejadah laginya mamat tu cari Risya pulak. Eeee..memang saja nak buat hal lagi la ni. kali ni kalau kau lebih-lebih Khai,siap kau!’
Kenapa pulak dia cari kau?! Dia nak apa!????_Farah.
Biasa la weh,lelaki. Dah buat salah kan,datang la mintak maaf._ Batrisya.
Habis kau maafkan dia ke?_Farah.
Sebab aku tak maafkan dia la aku dapat sakit macam ni. Gila ke apa? Aku nak maafkan dia dengan mudah? Memang tak la. Dah la datang jumpa aku mintak maaf,bila aku tak maaf naik angin. Gila._Batrisya.
Nampak sangat tak ikhlas nak mintak maaf._Farid.
Kan.. memang terang-terang tak ikhlas Abang Farid._Batrisya.
Harris menyebak rambutnya ke belakang. Lega dia rasa hari ni kerana semua meetingnya dengan client berjalan dengan lancar.
‘Alhamdullillah..’ ucap Harris dalam hati. Tangannya mencapai iphone yang dari tadi lagi di silentkannya.
Dalam banyak-banyak whatsap,semestinya whatsap dari group ‘Crazy Buddies’ itu menjadi pilihannya.
Buka saja whatsap dari group tersebut,terus menyirap rasa marah Harris.”damm!! apa yang kau buat ni Khai!? Apa lagi yang kau tak puas hati lagi ni?!” Marah Harris sambil menumbuk sekali mejanya.
Rasa risau mula timbul dalam hati. Ye la siapa je yang tak sayangkan bakal isteri oi..
‘aku kena buat sesuatu ni. kalau tak nanti entah pape lagi la si Khai ni buat dekat bakal bini aku ni. Aku ni tunggu masa yang sesuai je khai. Nanti kau akan tahu jugak siapa aku yang sebenarnya. Waktu tu nanti kau jangan nak merayu la dengan aku.’ Ngomel Harris begang.
Laju sahaja jemarinya menari di permukaan skrin kemudian Iphone tersebut diletakkan di telinga sambil menunggu panggilan tersebut terjawab.
“Black! Kau dah terima dan seledik belum detail yang aku hantar dekat kau dua hari yang lepas?” soal Harris sebaik sahaja panggilan tersebut dijawab.
“dah Mr.Hard. kali ni Mr.Hard nak saya buat apa?” Giliran Black pula menyoal.

“aku nak kau and the geng perhatikan dia dari jauh setiap masa. Faham!? Bahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan perhatikan Sya,bakal isteri aku. Satu kumpulan lagi perhatikan Khai. Lelaki yang dalam gambar tu. Tapi untuk kau aku tugaskan untuk jaga Sya, faham?” Arah Harris tegas.
Dah tiba masanya untuk Harris lebih waspada dengan setiap gerak geri Khai. kerana semakin lama Khai semakin berani untuk mendekati dan menyakitkan Batrisya.
Terangguk-angguk kepala black menerima setiap arahan daripada bosnya itu.
“ok faham Bos.” Lantas panggilan tersebut serta merta dimatikan dan tugasan dilakukan.
“Era,masuk office saya sekarang.” Arah Harris.
“baik Mr.Hard.” Jawab Era sepatah.
Era atau nama sebenarnya Aira merupakan PA kepada Harris di Hard Building. Ha!korang jangan keliru pulak. Hakikatnya Harris memang ramai PA. Di setiap cawangan syarikatnya akan pasti ada seorang PA untuknya. Ini untuk memudahkan dia handle permasalahan di setiap anak syarikatnya.
..........
Pintu dikuak sebaik sahaja mendapat arahan dari Harris untuk masuk.
“ye Mr.Hard. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Era sebaik sahaja dia berdiri dihadapan Harris. Buku catatan dan pen sudah siap sedia untuk mencatat segala arahan yang bakal diberikan oleh Harris.
“esok saya ada appoiment dengan CEO Khar’s Sdn Bhd kan?” soal Harris dengan wajah yang sedikit tegang.
“ye,betul Mr.Hard. Esok dalam pukul 10 pagi Mr.Hard ada appoiment dengan Khairil Bahari Bin Datuk Khahar. CEO Khar’s Sdn Bhd.” Ujar Era dengan wajah tenang.
“ok. Untuk appoiment tu saya nak awak cancelkan sampai saya bagi tahu balik tarikh dekat awak bila saya nak berjumpa dengan that CEO. Faham?”
Tanpa banyak persoalan Era hanya menganggukan kepalanya tanda dia faham dan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh bosnya itu.
Terasa puas hatinya saat ini. Dia pasti yang khai akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sahaja appoiment tersebut dibatalkan dan ditangguhkan pada masa yang belum tetapkan lagi tarikhnya.
‘kau belum kenal siapa aku Khai. Salah orang sebenarnya kau cari pasal dengan Sya sebab dia akan membabitkan aku. Start dari kau hina Sya depan aku,aku dah mula pendam rasa marah pada kau Khai. Sekrang dah tiba masanya untuk kau kenal siapa aku sebenarnya. Dan lepas ni kau jangan mimpi nak dapatkan projek daripada syarikat aku.’

Ada bau macam nasi minyak tak?? Hihi :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience