C 32

Romance Series 50538

3 HARI KEMUDIAN...

Kotak cincin yang disertakan dengan sekeping note kecil yang terletak rapi di atas meja dipandang Hajah Mariani dan Haji Damhuri.

Nota kecil itu diambil lalu dibaca mereka.

‘Ibu,Babah,kakak mintak maaf.’ Ringkas namun mempunyai makna yang penuh mendalam.

“Abang..”Panggil Hajah Mariani dengan nada yang sayu. Nampak gayanya tidak berpeluang la dia untuk berbesan dengan sahabat baiknya itu.

“Tak apa la..kita nak buat macam mana dah kakak tak nak. Tak kan kita nak paksa dia pulak kan. Kita hanya pilih yang terbaik untuk dia. Terima atau tak biar la tuan empunya badan yang menentukan. Apa yang penting sekarang..kebahagian kakak.” Tutur Haji Damhuri lembut sambil cuba memujuk rajuk kecil di hati isterinya itu.

Betul apa yang diperkatakan suaminya itu. Walaupun ada rasa sedih yang mula menyarang dalam hati kecilnya namun dia terpaksa akur dengan keputusan itu kerana kebahagian anak gadisnya itu adalah segala-galanya.

Hajah Mariani dan Haji Damhuri berjalan seiringan menuju ke meja makan untuk sarapan bersama.

“Mak Yah.. ada nampak Risya tak? Saya ada jugak jenguk dalam bilik dia tadi tapi tak ada.” Tanya Hajah Mariani kepada pembantu rumah yang baru saja diambilnya beberapa hari yang lalu.

Kalau sebelum ini,segala hal dalam rumah itu diuruskannya sendiri oleh Hajah Mariani. Tapi sekarang tugas itu dilakukan bersama Mak Yah.

Sebenarnya Hajah Mariani mampu sahaja untuk melakukan hal dalam rumah seorang diri,tapi disebabkan rasa sunyi yang tinggi menggunung akhirnya dia ambik seorang pekerja untuk dijadikan sebagai pembantu rumah. Sekali gus di jadikan teman untuk dia bersembang tak kala suami dan anak-anak sibuk dengan hal masing-masing di luar.

“Risya..Risya dah keluar tadi Puan Mar. Katanya ada hal penting di pejabat yang dia kena selesaikan awal. Air pun dia tak sempat nak jamah tadi.” Report Mak Yah.

“Hermm..budak tu sorang la.. Kalau bab kerja ni bukan main lagi. Iku sangat la perangai Babah dia ni ha. Bila dah stress mula la tak boleh nak selisih sikit habis semua nak dimarahnya.” Leter Hajah Mariani. Dalam mulut sibuk duk pot pet pot pet,tangannya masih lagi ligat menyediakan sarapan untuk suaminya.

‘Ee..ni la perempuan. Benda simple je tapi dia punya panjang lebar. Tak faham betul aku.’

“Ling..dah la tu..pagi lagi ni kan. Rezeki baru je masuk rumah tau. Dengar awal beleter panjang lebar macam ni tak jadi masuk dia. Nak beleter..tunggu petang nanti kakak balik. Ye. Dah meh duduk sini makan. Mak Yah pun mari sini makan sekali. Kita makan sama-sama. Makan ramai-ramai ni seronok sikit.” Walapun mereka baru sahaja mengenali Mak Yah dalam sehari dua tapi Mak Yah sudah pun dianggap seperti saudaranya sendiri.

Maaf.. pinangan tu ditolak. ︶︿︶ amboi.. banyak chapter release hari ni. Naik lemak ye semua. hahaha. Happy reading u olls. love you. ^.^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience