C 25

Romance Series 50533

“Tak nak! Aku nak drive sorang-sorang. Farah kau jangan naik kereta dengan aku ek. Kau naik je dengan Abang Farid tu.” Bangkang Batrisya. Anak mata mereka kini bertaut hebat.

Bukan niatnya nak membangkang. Memang niat dihati nak Farah naik kereta sekali dengannya walaupun tanpa arahan dari Harris. Cuma dia sengaja nak tambahkan api dalam hati Harris.

Amboi Bat.. dah pandai nak buat Harris marah ek. Ehem,ehem. ^_^

Harris mengecilkan matanya. Geram je dia rasa bila tengok Batrisya saat ini. Keras kepala.!

‘Kecik besar kecik besar je aku tengok minah ni. Dah la pendek. Berlagak pulak tu. Ada kena luku jugak kepala tu dengan aku nanti.’

Bergerak-gerak kecil tulang rahang Harris menahan geram.

‘Sabar Harris.. kau jangan macam-macam tau. Nanti habis game kau nak pikat hati minah ni.’

Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket jeans birunya. Pandangannya kini jatuh pada wajah polos Batrisya.

‘Cantik.’ Itu sahaja yang terdetik di hatinya.

“Tak payah nak degil sangat boleh tak?”- Harris
“Suka hati la!”- Batrisya.

‘Melawan.. tunggu yer.’ Senyuman manis mula terukir namun hanya la dalam hati.

1 langkah,2 langkah,3 langkah. Kakinya melangkah kehadapan mendekati Batrisya,manakala Langkah Batrisya pulak membawa dirinya ke belakang untuk menjarakkan dirinya dari rapat dan terkena badan Harris.

‘Aaa..sudah,mamat ni buat gila apa pulak ni. Kau jangan nak macam Harris! Oh no..!!! ’ Jerit Batrisya dalam hati.

“Kau nak Farah temankan kau ke atau pun kau nak aku paksa kau naik kereta dengan aku?Herm? pilih la.” Usik Harris.

Riak wajah Batrisya yang mula ketakutan itu membuatkan senyuman Harris semakin melebar.

‘Tahu takut. Tapi bila aku cakap tetap jugak nak melawan.’

‘Eee...Bencinya!’

“Ok Fine!! Farah naik dengan aku.” Bentak Batrisya. Jelingan tajam dihadiahkan untuk Harris.

Kalah?ala kesiannya Bat kita ni.. hihihi

“Good girl my Princess.. Aku bukan apa..aku Cuma tak nak kau drive macam orang gila..emosi kau sekarang ni tak berapa nak stabil. So nanti kalau jadi pape susah.ok? Jadi si Farah ni akan temankan kau..” Tutur Harris lembut bertemankan senyuman manis di wajah.

Suara garau milik Harris mampu menggongcangkan Iman di dada oi. Dengan bau perfume dia. Pergghh.. ! cair beb!

‘Eee..suka hati dia je arah-arah aku. Apa! Ingat aku ni bini dia ke apa.’

“Ee..serabut. Dah la Farah. Jom!”

Farah yang hanya menjadi penonton pada sinetron percuma tadi tersentak dengan nada suara Batrisya.

“Ha ye,ok.” Jawab Farah sambil membuka langkah besar membontoti Batrisya.

..............................

BUKKK!!

Satu tumbukkan kuat dilepaskan pada dinding bilikknya. Sementara waktu ini,itu sahaja cara untuk melegakan sedikit rasa amarah dalam hati tika ini.

“Tak guna punya perempuan!! Kau sengaja je kan nak cari pasal dengan aku. Disebabkan kau tak pasal-pasal aku bergaduh dengan Amelia. Siap baling cincin lagi depan muka aku. Kau memang sial la Risya!!!”

“Eee..bodoh punya betina!! Kau memang sengaja nak buat aku panas kan. Kau tunggu la, tunggu.” Marah Khai. Rasa amarah dalam hatinya tika ini sedang membuak-buak.

Kalau la ni cerita kartun dah lama aku lukis gambar api dekat anak mata dia. >_<

Kedua buku limanya digenggam kuat.
‘aku nak bagi tahu apa pulak dekat Ibu aku pasal nih! Adduhhh..memang sah-sah aku kena marah dengan orang tua tu! Sial la!! Kau memang saje Risya buat aku susah!!!’

Iphone yang berada di sisi di sambar dengan kasar. Photo dibuka. Automatik senyuman sinis mula terukir di wajah bengisnya tika ini.

“Kau jangan ingat yang kau boleh lepas dari aku Risya. Kau tunggu la ‘hadiah’ dari aku pulak ye.” Ujar Khai.

Gambar yang berada di skrin Iphonenya di renung lama dengan renungan yang sangat tajam.

“Harris. Herm,kawan konon. Padahal Boyfriend baru kau kan. Kau ingat aku tak tahu? Bila kebetulan kau jumpa aku,berlagak la putuskan tunang. Jadi senang sikit kau nak buat macam aku yang nampak bersalah dalam hal ni kan. Jangan mimpi la weh. Salah orang la Risya. Kau tunggu je la. Tengok apa yang aku akan buat.”

“Dengan aku bukan main lagi tunjuk alim. Tak boleh lebih-lebih. Tapi tadi aku tengok syok je kau peluk lengan jantan tu. Tak apa Risya. Kau tunggu. Tahu la apa yang aku nak buat.” Saat ini senyuman sinis kemenangan terukir di wajah Khai.

Yeayyyy.. Ahad! ^_^ Stay safe semua. Happy reading ^.^ how about Khai? ≥3≤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience