C 17

Romance Series 50533

“ala..nak balik dah ke? Abang rasakan macam baru semalam Risya balik Malaysia,ni dah nak fly London balik. Sedih la Abang macam ni.” wajahnya dicemberut. Sengaja!

Haihh.. bila tengok balik cara si Farid ni macam dia pulak yang jatuh hati dekat si Bat ni kan? Kawin je la Farid dengan Bat ni kan senang. ^_-

‘haih..lebih la pulak Abang Farid ni. siap buat muka bagai tahu aku nak balik London. Ehem,Abang Farid ni ada feel something ke dekat aku ni.’ Perasan Batrisya.

“ni berapa tahun lagi stay London nih?”- Farid

“ada lagi 2 tahun Abang.” Kakinya melangkah merapatkan badan kepada Farid yang sedang duduk bertentangan Harris.

Ha..rapat-rapat ni nak buat apa pulak Bat oi.! Ko jangan nak macam-macam.>_<

“Abang,cantik tak?” Tanya Batrisya sambil menundingkan jari telunjuk ke arah Mini Cooper 2 pintu miliknya.

Pandangan Farid kini melekat pada sebuah kereta yang ditunjukkan Batrisya.

“perrrgghhh..Mini Cooper beb. Sport pulak tu. Caya la Risya. Padan la dengan Risya yang kecil molek ni.” Farid mengenyitkan mata.

Untuk Batrisya,tidak hairan la kalau dia mampu mempunyai kereta sport di usia yang muda. Ini kerana keluarganya mengusahakan sebuah syarikat penjualan kereta-kereta mewah yang diterajui sendiri oleh Haji Damhuri.

Cars Auto Sdn Bhd. Satu nama yang tidak asing lagi bagi orang-orang yang ternama dan penggemar kereta- kereta mewah.

Company yang namanya semakin berkembang,semakin kukuh dan semakin menjadi perhatian oleh penggemar-penggemar kereta-kereta mewah.

“Babah bagi ek?” - Farid

Harris hanya membatukan diri sambil memasang rapi telinganya.

Amboi..bukan main ek kau Harris. Dah la ego,boleh pulak kau pasang telinga nak dengar perbualan pasangan couple tu ek? Eh,couple ke? Oppss. :D

“aah Babah bagi dekat Risya Abang,sebab Risya dapat...”Ayat penghujungnya dibiarkan tergantung sepi seketika.

Anak mata hazelnya mula melirit kepada Harris sekali gus bertaut buat seketika.

Saat ini jantungnya bagaikan nak tercabut dari sarang. Debaran di dadanya kini terasa lain,sangat lain. Pelik!

“Risya!!” sergah Farid.

‘ee..budak ni dah la ayat tu tergantung,lepas tu boleh pulak main-main mata dengan si Harris ni. Dah jatuh hati ke macam mana ni.’

Terjungkit bahu Batrisya dek sergahan Farid.

“ha,apa? Oh,emm..sebenarnya Babah bagi kereta ni sebab Risya dapat best student dekat University Risya study tu.” Ujar Batrisya sambil tersengih malu.

Kalau nak di ikutkan hati dia tak ingin bagi tahu dekat sesiapa tentang ni,tapi disebabkan Harris pernah berlagak dengan dia hari tu jadi dia kena tunjuk jugak la. Biar si Harris tu sedar sikit, yang level dia dengan Harri tu sama je. So tak payah la nak berlagak sangat.

..........

Ketukan di pintu kamarnya membuatkan Harris tersedar dari kenangan zaman remajanya.

Pintu dikuak. Puan Sri Rohani menjengah sedikit kepalanya mencari kelibat Harris.

“Hard..” Panggil Puan Sri Rohani lembut.

Tanpa menyahut,Harris yang terdengar namanya di sapa terus bangun dari perbaringan lalu duduk di birai katil. Kakinya dibiar terjuntai ke bawah.

“Hard..kenapa ni? Mom tengok Hard ni macam ada masalah je. Cerita la dekat Mom kenapa.” Pujuk Puan Sri Rohani. Tapak tangannya kini menggosok lembut peha Harris.

Sifat keibuan,lemah lembut Puan Sri Rohani membuatkan orang sekeliling selesa dengan keberadaan beliau. Walaupun mempunyai darjat yang tinggi namun itu bukan dijadikan alasan untuk beliau mengaktifkan sifat angkuh dalam diri beliau.

Satu keluhan berat dilepaskan sebelum menjawab pertanyaan Puan Sri Rohani sebentar tadi.

‘nak cerita ke? Tapi kalau aku tak cerita kan..once Mom tahu ni,mampus aku kena soal siasat. Herm..’

Biasa la..mak mak kan. Kalau tak soal siasat macam ditective conan tu bukan mak-mak la tu. >w<

Tubuh badannya dipusingkan mengadap kearah Puan Sri Rohani. Sebelah kakinya terlipat namun wajahnya masih lagi menunduk.

“Hard ni kenapa? Cuba cerita dekat Mom..jangan buat Mom susah hati please.” Soal Puan Sri Rohani yang mula risau dengan keadaan anak tunggalnya itu.

Sekejap termenung,sekejap mengeluh. Gaya tu dah macam orang yang ada masalah besar sangat dah. Mana la orang tua tak risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience