Bahagian 30

Short Story Series 13181

Lena Hisyam terganggu pagi itu bila dia mendengar pintu bilik hotelnya diketuk kuat bagai hendak pecah. Dia melirik jam ditelefonnya, pukul 3 pagi. Siapa yang mengganggu tidurnya pagi-pagi buta? Bila Hisyam berdiri di hadapan pintu, dia terdengar suara seorang wanita meminta tolong. Dia pantas membuka pintu dan melihat Maria. Maria bergegas masuk dan segera menutup pintu.

"Tolong I Hisyam. Ada orang nak bunuh I. Please tolong I", rayunya. Hisyam pelik macam mana dia mengetahui keberadaannya di hotel tersebut. "Kenapa dengan you Maria. Siapa nak bunuh you? Mana lelaki yang you peluk, cium hari itu?", bidasku. Dia memandangku "dia penipu Hisyam. Dia tipu I. Dia ada banyak hutang. Dah dia dapat tubuh I, dia tinggalkan I and I'm pregnant his baby. Dia janji nak kahwin dengan I dan I dah janji I akan berubah. Malam tu dia bawa I makan malam, katanya ada something nak bagitahu I. Then, bila I minum air yang dia dah order tiba-tiba I pening. Lepas tu I tak ingat apa-apa dah. I bangun pagi tu I tengok diri I tanpa sehelai benang. I call dia, sms apa semua tak jawab", teresak-esak Maria menangis.

"I taktau nak kata apa dekat you Maria. Ini semua salah you sebab salah pilih pasangan. Tengok dia buat apa dekat you?", marahku. "You tunggu sini. I nak pergi book bilik untuk you. You tak boleh sebilik dengan I", tambah Hisyam sebelum keluar dari situ.

Hilang sahaja bayang Hisyam, Maria mengesat air mata palsunya. "Kau dah mula masuk jerat aku Hisyam. Aku akan pastikan kau melutut depan aku. Well done Maria. Well done", sinis dia berkata.

15 minit kemudian, Hisyam datang. Dia melihat Maria duduk di sofa menangis. "Dahlah Maria. You menangis air mata sekalipun takkan merubah apa-apa. Benda dah jadi. Esok kita bincang. I dah tempah bilik you. Jom I bawa", ucap Hisyam. Maria hanya menurut kata Hisyam.

Bilik Maria cuma selang 3 bilik dari bilik Hisyam. Tidaklah jauh mana. Lakonan air mata Maria berjaya menarik perhatian Hisyam. Maria tersenyum bangga. Maria mendapatkan maklumat berkenaan Hisyam dari Sally manakala Sally mendapatkan maklumat berkenaan Hisyam dari Dato Hadif. Segala kerja dan idea jahat Maria menjadi lebih mudah dengan bantuan kawan baiknya Sally.

Keesokan paginya, Hisyam mengajak Maria sarapan pagi disebuah kafe berdekatan dengan hotel mereka dan Maria memulakan dramanya. "I nak balik Malaysia Hisyam, nak bina hidup baru dengan anak I yang bakal lahir ni. I nak minta tolong you boleh?", soal Maria. "Tolong apa Maria?", Hisyam cuba mendapatkan jawapannya. "I nak pinjam duit you. I nak bayar hutang jantan tak guna tu and I nak beli tiket balik Malaysia. I janji I sampai Malaysia, I cari kerja then I bayar duit you. Please tolong I Hisyam. Simpanan I dah habis", sebak Maria mengeluarkan kata-katanya.

Tumpah rasa kasihan dalam diri Hisyam terhadap Maria. Maria, wanita berwajah kacukan Belanda yang sememangnya cantik itu merupakan wanita yang amat dicintainya satu ketika dahulu dan gadis itu jugalah yang membuatkan hatinya kecewa. "Baik, I akan bagi you cash and you tak payah bayar duit I tapi dengan satu syarat". Hisyam senyum " " I taknak you gugurkan kandungan you. Jaga dia elok-elok. Ok?", ringkas jawapan dan pemintaan Hisyam. Tersenyum Maria mendengar jawapan Hisyam. Dia mengangguk tanda setuju dengan syarat yang diberikan Hisyam. Khilafnya Hisyam sebab terlalu mempercayai Maria tanpa mengetahui muslihat Maria yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience