Bahagian 39

Short Story Series 13181

Awal-awal pagi aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Aku mengejutkan Hisyam "abang, bangun. Jom solat subuh sama-sama. Isya nak kejutkan Dhiah kejap", aku menggerakkan badannya dengan lembut. Terkejut aku bila Hisyam menepis kasar tanganku. "Kau nak solat, kau pergilah solat dengan anak kau. Jangan ganggu aku nak tidur boleh tak?", tengkingnya. Tersentak aku dengan tengkingan Hisyam. Selama ini dia tidak pernah menengking aku bila aku mengajaknya solat bersama. "Abang kenapa cakap macam tu? Jomlah solat sama-sama. Nanti lepas solat abang tidurlah balik", pujukku sekali lagi. Hisyam bangun kemudian berdiri "kau pekak ke buat-buat pekak hah betina? Aku dah kata aku penat, kau tak reti bahasa ke? Kau nak solat, pergi solat dengan anak kau. Pagi-pagi dah memekak. Aku nak tidur pun tak senang", tempik Hisyam kemudian keluar dari bilik.

Termenung aku bila memikirkan layanan Hisyam kepadaku yang semakin lama semakin kasar. Tertanya-tanya aku kenapa dia berkelakuan seperti itu. "Ya Allah, kuatkanlah hambamu yang terlalu lemah ini", doaku di dalam hati. Aku keluar dari bilikku dan meluru ke bilik Dhiah.

Aku lihat Dhiah tidur lena diatas katilnya. Aku mendapatkannya, "Dhiah anak ibu, bangun sayang. Jom solat subuh sama-sama", aku mengucup dahi dan kedua pipinya. Dhiah menggosok-gosok matanya lalu tersenyum kepadaku. "Ok ibu. Ibu tunggu kejap, Dhiah nak gosok gigi lepas tu ambil wudhu", katanya sebelum berlalu ke tandas. Tersenyum aku memandang anak daraku yang seorang ni. Mudah sahaja dikejutkan. Dhiah banyak mengingatkan aku kepada arwah Wafiq. "Abang, terima kasih untuk anugerah terindah ini. Dhiah betul-betul mengingatkan Isya kepada abang. Isya rindukan abang dan anak kita, Farish", tanpa sedar air mata hangat mengalir di pipiku. Dhiah datang dan menyentuh bahuku kemudian mengusap pipiku, "ibu kenapa menangis? Ibu tak sihat ye?", soal Dhiah. "Takdelah sayang. Mata ibu masuk habuk je ni. Dah ambil wudhu kan? Pergi pakai telekung, kita solat subuh ye", kataku. Dhiah memakai telekungnya sementara aku menghamparkan sejadah. "Kejap bu, Dhiah nak panggil abah", Dhiah berlari keluar mendapatkan Hisyam.

"Abah bangun. Jomlah kita solat sekali. Ibu tunggu abah tu nak solat subuh jemaah", Dhiah mengejutkan Hisyam yang tidur di atas sofa di ruang tamu. Dhiah mencium dahi Hisyam. "Ni lagi sorang. Kau dengan ibu kau sama je. Menyemak tau tak.", Hisyam menengking Dhiah. Ditariknya telinga Dhiah lalu dibawanya kepadaku, "kau ambil anak kau ni. Anak dengan ibu sama je menyusahkan aku. Hidup aku semak lah sejak korang berdua hadir dalam hidup aku. Dulu aku dengan Maria takdelah macam ni. Korang kalau nak solat, solat jelah. Jangan ganggu tidur aku", marah Hisyam.

Tersentak aku dengan ayat-ayat yang dituturkan oleh Hisyam. Lagi terkejut bila mana Hisyam berani menaikkan tangan terhadap Dhiah. Selama ini Hisyam cukup menyayangi Dhiah sampaikan tidak berani menaikkan tangan terhadap Dhiah, tapi lain pula ceritanya ketika ini. Dhiah teresak-esak datang kepadaku. "Ibu, kenapa abah tarik telinga Dhiah? Dhiah tak buat salah pun, Dhiah ajak solat sama-sama je", adu Dhiah. Dia baring dipangkuanku, menghadap ke perutku, "adik, abah tak sayang kakak lagi ye? Abah tarik telinga kakak, sakit dik", tambahnya sambil mengusap lembut perutku. "Abah tak sengaja tu. Dia penat. Dah jangan nangis. Abah sayang Dhiah. Jom solat subuh dulu, nanti kita keluar nak? Pegi beli anak patung", pujukku. Dhiah tersenyum lebar.

Selesai solat aku menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. Aku menyediakan nasi lemak, sandwich dan teh susu. Aku mengajak Hisyam dan Dhiah sarapan bersama. Dhiah cuba bergurau dengan Hisyan namun Hisyam kelihatan dingin sahaja. "Abah ni kuat makanlah. Dah gemuk dah macam teddy bear Dhiah", gurau Dhiah. Aku turut tergelak dengan gurauan Dhiah. Hisyam menghampaskan sudu yang dipegangnya tadi, kemudian dia berdiri menarik Dhiah dari tempat duduknya, lalu dia menampar Dhiah. "Yang kau biadap sangat dengan aku ni kenapa? Suka hati aku lah gemuk ke kurus. Sedar diri sikit, makanan dalam rumah ni aku yang beli. Kau ada beli tak? Takde kan?", ujar Hisyam berang. "Abah, Dhiah minta, minta maaf. Dia nak bergurau je dengan abah. Jangan pukul Dhiah, sakit", esak tangis Dhiah.

"Abang kenapa jadi macam ni? Kenapa pukul anak kita? Dhiah nak bergurau je dengan abang", aku bersuara. Aku memujuk Dhiah. "Apa? Ulang sekali lagi? Anak kita? Bila masa dia jadi anak aku? Ni anak kau lah. Anak kau dengan suami kau yang ada dekat kubur tu. Apasal budak ni tak ikut ayah dia mampus je sekali. Hilang selera aku nak makan lah tengok muka korang anak beranak. Baik aku cari Maria.", Hisyam berwajah tegang sebelum berlalu pergi.

Kereta Hisyam perlahan-lahan hilang dari pandangan mataku. Jatuh air mataku bila mendengar ayat-ayat pedih yang dilontarkan Hisyam. Dhiah masih tersedu-sedu di dalam pelukanku. "Kenapa abang cakap macam tu dekat Isya dan Dhiah? Sampai hati abang cakap anak Isya macam tu. Kenapa abang berubah seperti ini? Mana perasaaan kasih, perasaan sayang dan perasaan cinta abang buat kami? Kenapa abang pilih Maria bukan Isya?", luahku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience