Bahagian 52

Short Story Series 13443

Hampir 30 minit berlalu, akhirnya pihak polis, ambulans, dan bomba tiba. Pihak bomba mengambil masa yang agak lama untuk menyelamatkan Hisyam kerana dia tersepit dikerusi pemandu. setelah hampir 45 minit, Hisyam berjaya diselamatkan dengan keadaan tidak sedarkan diri dan badan yang dipenuhi darah.

"Encik, encik dengar saya tak?", soal salah seorang petugas kecemasan. Bantuan kecemasan terus menerus dilakukan. Namun, Hisyam masih kaku tidak sedarkan diri. Dia segera dikejarkan ke hospital.

"Tuan, saya terjumpa dompet mangsa dan juga sebuah telefon bimbit tuan", kata pegawai polis tersebut kepada Pegawai Atasannya.

"Baiklah. Dapatkan keterangan dari saksi-saksi yang melihat kemalangan ini, lepas tu kamu telefon ahli keluarga mangsa dan maklumkan tentang kejadian ini. kamu faham?", soal pegawai tersebut.

"Faham Tuan"

Tiba-tiba telefon bimbit Is berdering.

"Hello. Selamat petang. Saya Koperal Rahimi dari IPD Kuala Lumpur"

"Selamat Petang. Apa yang boleh saya bantu Tuan", soal Is mendapatkan kepastian

"Kenal Encik Hisyam Bin Razali?"
Is mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Hisyam? Apa yang berlaku?

"Kenal Tuan. Dia kawan saya"

"Tujuan saya telefon Encik ni sebab saya nak beritahu yang Encik Hisyam terlibat dalam kemalangan sebentar tadi. Sekarang dia dalam perjalanan ke hospital"

"Astaghfirullahalazimm Hisyam. Terima kasih Tuan. Nanti saya akan maklumkan dekat keluarga dia"

"Takziah saya ucapkan"

"Is segera menamatkan panggilan telefon tadi dan kemudian mendail Iman.

"Assalamualaikum, sayang. Sayang dekat mana?", soal Is

"Waalaikumsalam abang. Iman dekat office ni. Kenapa ni?

"Isya mana?"

"Isya tak masuk office lagi. Dia jaga Dhiah dekat wad. Dhiah kan masih tak sedarkan diri. Kenapa ni abang? Abang cemas semacam ni kenapa?" soal Iman risau

"Macam ni. Tadi abang dapat panggilan dari pihak polis. Hisyam kemalangan. Abang ingat Isya ada dengan Iman", terang Is

"Astaghfirullahhalazim. Takpe abang. Abang datang ambil Iman kita pergi hospital sama-sama. boleh?"

"Ok sayang. Sayang tunggu abang. 15 minit lagi abang sampai"
Is menamatkan panggilan telefonnya bersama Iman kemudian bergegas keluar dari pejabatnya.

"Hanim, batalkan semua meeting saya hari ni. Saya ada hal kecemasan. Ok?”

“ Baik Encik Is”, angguk Hanim, setiausaha Is.

“Ada apa-apa call saya nanti. Mungkin saya tak balik pejabat dah. Saya pergi dulu”,

Is menghidupkan enjin kereta BMW M3 SERIES kepunyaannya. Dia memecut laju ke pejabat isterinya,Iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience