Bahagian 34

Short Story Series 13181

"Sya, sebenarnya kan aku nak minta tolong kau untuk harini boleh tak? Kau busy ke?", suara Iman didalam telefon. "Taklah busy sangat. Kau nak aku tolong apa tu?, soalku.
"Boleh tak kau ganti tempat aku jumpa pelanggan tetap kita Encik Khairul dengan isteri dia Puan Maisa. Please. Aku kena jumpa pelanggan lain. Encik Khairul ni cerewet sikit. So, kau kan majikan aku yang paling baik, lawa, comel dan ayu. Tolong ye?", rayu Iman
Aku membelek jadualku dan memang Iman beruntung sebab hari ini aku tidak sibuk. "Ok, aku tolong tapi kau belanja aku makan. Boleh? ", kataku. "Anything for you Isya. Thanks. Nanti aku sms tempat dekat mana nak jumpa dia. Oklah, aku ada kerja ni. Bye Sya", Iman terus mematikan telefonnya.

Petang itu, aku berjumpa dengan Encik Khairul dan Puan Maisa di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. "Puan Isya Irdina?", sapa seseorang. "Ye saya. Encik Khairul dan Puan Maisa kan?", tanyaku kepada pasangan tersebut. Mereka mengangguk kemudian duduk dihadapanku. "Maaf Puan Isya. Saya dan suami terlewat. Saya tak sangka wanita muda macam Puan ni mampu membuka butik yang hebat setanding butik-butik lain", Puan Maisa memulakan bicara. Aku senyum "terima kasih Puan. Ini semua rezeki Allah buat saya dan juga keluarga saya dan yang paling penting bukan saya seorang sahaja yang bertungkus lumus memastikan butik saya berjaya seperti ini. Ramai yang membantu saya", jelasku.
"Tapi wanita semuda Puan memang hebat kerana boleh menguruskan butik seperti ini. Tahniah. Saya sebenarnya akan keluar negara beberapa hari lagi dan saya berkenan untuk membawa rekaan Puan kesana untuk pertunjukan fesyen. Saya ingin mengetengahkan lagi hasil-hasil dari tangan orang-orang melayu", sampuk Encik Khairul. Syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu. Puan Maisa yang tadinya ikit berbicang meminta izin untuk ke tandas. "Kejap ye Puan Isya, abang. Saya nak ke tandas", aku dan Encik Khairul mengangguk kemudia kami meneruskan perbincangan yang tergendala tadi.

Tidak sampai 10 minit, puan Maisa kembali bersama kami. Encik Khairul ternyata memang seorang yang cerewet berbanding isterinya tetapi mereka berdua amat mudah dibawa berbincang. Encik Khairul mungkin mahukan yang terbaik untuk dia dan juga semua orang.

Hampir 2 jam kami berbincang, akhirnya kami mencapai kata sepakat. Aku bersedia menyediakan rekaan-rekaan unik khas untuk Encik Khairul dan Puan Maisa. Mereka berdua merupan salah satu usahawan yang berjaya di Malaysia. Mudah sahaja berurusan dengan mereka.

Selesai semuanya, aku mendail Iman. "Hello Iman. Tahniah. Kita dapat projek besar dari Encik Khairul dan Puan Maisa", suaraku riang. "Yeke? Alhamdulillah. Rezeki kita. Terima kasih Sya. Nanti aku belanja makan ye? Kau cakap je nak makan apa, tapi sekarang aku ada hal. Ada urusan kena selesaikan. Nanti jumpa. Bye Sya", Iman terus meletakkan telefonnya. Aku memegang perutku sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience