Bahagian 5

Short Story Series 13181

Dua bulan berlalu dengan pantas. Dalam masa dua bulan tu juga aku dan Wafiq berulang alik dari rumah ke hospital untuk melawat dan mengetahui perkembangan Farish. Hari itu tidak seperti selalu. Cuaca mendung sepanjang hari. Ketika aku melawat Farish aku nampak dia senyum dekat aku dan Wafiq tetapi senyumnya kelihatan sayu. Adakah itu senyuman terakhir buat kami?

Doktor mengatakan keadaan Farish bertambah baik tetapi aku tidak sedap hati. Apa yang akan berlaku sebenarnya? Kenapa aku seperti ini? Ya Allah tabahkan aku.

Tidak sampai 30 minit, jururawat memanggil Doktor Zizi. Farish dalam keadaan kritikal. Doktor berlari mendapatkan Farish. Ya Allah, jangan ambil Farish dari aku Ya Allah. Jangan. Air mata laju mengalir di pipi. Doktor menyuruh aku agar banyak-banyak berdoa. Aku dan Wafiq menunggu di luar. Dalam masa yang sama, aku lihat Wafiq mundar mandir disitu. Aku tahu dia juga bersedih. Aku lihat anak matanya, tersembunyi sejuta kesedihan di sebalik anak mata itu.

45 minit menunggu, akhirnya doktor keluar lalu mendapatkan aku dan Wafiq. Dia memegang bahu Wafiq.

"Maafkan pihak kami. Kami cuba sedaya upaya menyelamatkan anak puan tetapi Allah lebih menyayanginya. Takdir Allah sememangnya kuat. Banyakkan bersabar Encik, Puan. Semua kehendak Allah. Saya nampak arwah seorang yang bersemangat kuat sejak dua bulan yang lalu. Cuma kali ini dia tidak berjaya, mungkin dia taknak ibu dan ayah dia terus bersedih melihat keadaannya. Pihak kami sedang menyiapkan laporan kematian. Jenazah arwah boleh dibawa balik selepas laporan siap. Takziah", ucapnya berlalu pergi.

"Anak ibu dah pergi? Kenapa tinggal ibu? Kenapa? Ibu tak sempat nak tengok Farish membesar. Tak sempat nak jaga Farish. Ya Allah anak ibu. Anak ibu tak tahan ye sebab hari-hari kena masuk ubat? Sakit ye sayang? Takpelah sayang. Ibu redha dengan ketentuan Tuhan. Pergilah nak, pergilah anak ibu, pergilah sayang bersama penciptaMu. Tunggu ibu dan ayah dekat syurga. Farish akan tetap disini. Dihati ibu untuk selamanya",

"Sayang mari balik. Laporan dah siap. Kita nak uruskan jenazah. Kesian dia kalau kita lambat-lambatkan. Kita balik ye. Abang pun sayang Farish tapi Allah lebih menyayanginya. Kita kena redha", pujuk Wafiq.

Aku hanya mampu mengangguk. Masih terbayang senyuman terakhir Farish. Betul lah firasatku. Farish hendak meninggalkan kami waktu itu. Dia bertahan hanya untuk memberitahu dia hendak pergi. Jauh dan tidak akan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience