Bahagian 43

Short Story Series 13177

"Abangggg. Jangan panggil Isya jalang abang. Tolong hentikan panggilan abang tu buat Isya. Isya tak buat benda-benda tak baik macam yang abang tuduh tu", bergegar aku menahan tangis.

"Aku paling benci, paling pantang paling tak suka bila orang melawan cakap aku. Kau betul-betul menguji kesabaran aku Sya", Hisyam naik berang. Ditariknya aku ke tepi dinding dan menghantukkan kepalaku ke dinding. Darah mula keluar mencurah dari dahiku.

"Abang, berhenti. Tolong berhenti. Kepala Isya sakit abang. Jangan buat Isya macam ni. Kasihani Isya", rayuku. Namun Hisyam tetap saja menghantukkan kepalaku ke dinding berulang kali.

"Abahh, jangan buat ibu Dhiah. Jangan pukul ibu Dhiah. Ibu sakit, adik sakit. Abah nak pukul, abah pukul Dhiah", teriak Dhiah tiba-tiba. Hisyam memandang Dhiah tajam. Hisyam melepaskan cengkamannya dari kepalaku. "Kau dengan ibu kau sama je. Dua-dua menyusahkan hidup aku", bentak Hisyam lantas dia mendapatkan Maria.

"Jom sayang masuk bilik. Tak payah pedulikan dua beranak ni. I nak you layan I malam ni", Hisyam mencuit hidung Maria. Maria senyum sinis memandang ke arahku dan juga Dhiah.

Aku hanya mampu memandang mereka masuk ke dalam bilikku. Air mataku jatuh membasahi pipi. Dhiah mengusap air mataku, "ibu jangan nangis. Nanti tak cantik. Jom tidur dalam bilik Dhiah. Nanti Dhiah sapu ubat dekat dahi, kesian ibu Dhiah. Banyak darah keluar. Ibu sakit kan?", Dhiah memelukku erat. Air mata makin laju membasahi dipipi. Ainul Mardhiah, seorang anak kecil yang amat mengerti perasaanku ketika ini.

Keesokan paginya, aku melakukan rutin harianku seperti biasa. Sebaik sahaja menghantar Dhiah ke sekolah, aku terus ke butik. Dahiku masih terasa perit. "Kenapa dengan dahi kau tu Sya?", tegur Iman sebaik sahaja dia memandangku.

Aku memegang dahiku yang masih terasa perit, "hah? Oh dahi aku. Aku jatuh tandas semalam Man. Tandas dekat rumah licin", dalihku.

"Jatuh tandas teruk macam ni? Kau ni biar betul. Yeke kau jatuh? Ke ada benda yang kau sembunyi dari aku", duga Iman.

"Takde Man. Betul aku jatuh semalam. Jangan risau, aku dah letak ubat. Esok ni oklah dia, lagipun sikit je ni", aku memberi alasan.

"Nampak teruk je. Tapi takpelah kalau kau dah kata macam tu. Bukan apa, aku risaukan kau. Mana dengan kandungan kau lagi. Oh ye sebelum aku lupa, lunch nanti Encik Khairul dan Puan Maisa ajak makan sama-sama sebelum mereka berangkat keluar negara esok. Kita pergi sama-sama ye", tambah Iman lagi. Aku hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience