Bahagian 21

Short Story Series 13177

Jenazah Wafiq akan dikebumikan selepas zohor nanti. Sepanjang hari aku berendam dengan air mata. "Anak ibu sayang, lepas ni kita kuat sama-sama ye? Ayah dah takde, dia dah jauh tinggalkan kita", bicaraku sendirian sambil mengelus lembut perutku. Anakku bertindak menendang perutku, aku senyum hambar.

Selesai sahaja solat Zohor, jenazah Wafiq disemadikan bersebelahan dengan kubur arwah Farish. Talqin dibacakan dan suasana ketika itu sangat sayu dan memilukan. Awan kelihatan mendung seolah-olah mengerti akan rawan dihatiku ketika ini. Satu demi satu tetamu yang hadir mula beransur pulang. Aku masih berdiri kaku disitu, antara kubur Wafiq dan juga Farish. Aku menghadap ke arah kubur Wafiq, " abang, Isya tak berdaya untuk buat abang kembali, abang tetap pergi. Isya harap abang bahagia disana. Biarlah Isya disini, doakan Isya. Terima kasih untuk memori yang pernah kita cipta walaupun cuma seketika. Saat abang pergi, tiada lagi guris tawa, tiada lagi gurauan. Semua berjalan biasa-biasa sahaja. Sepi, sendiri, dan sedih. Namun, sejuta sesal yang Isya punya waktu ini tak akan membuat abang kembali pada Isya. Kalau dulu abang selalu tersenyum dan Isya pun mempertaruhkan nyawa Isya untuk abang, tapi kini Isya hidup dengan anak kita tanpa belaian seorang suami. Pergilah sayang, pergilah. Isya redha dan ikhlas dengan ketentuan Isya", dan kemudian aku menghadap pula ke kubur arwah Farish "anak ibu Farish, sihat sayang? Farish, sekarang Farish ada ayah teman Farish dekat sana. Ayah boleh jaga Farish. Jaga ayah elok-elok ye. Jangan suruh ayah nakal-nakal. Ibu dan adik Farish akan menyusul satu hari nanti. In Shaa Allah. Selamat tinggal sayang.", teresak-esak aku menangis disitu. Tinggallah aku dan anak dalam perutku di dunia ini tanpa belaian kasih mesra seorang suami.

"Sya, dahlah tu. Mari balik, kesian anak dalam perut tu. Esok kita datang lagi ye. Kuatkan langkah kau Sya dan yakinkanlah hatimu bahawa hati esok pasti akan lebih cerah. Aku tahu Sya, takde satu orang pun yang siap sedia dengan perpisahan, namun setiap adanya pertemuan pasti ada perpisahan. Ikhlaskan semuanya ye", pujuk Iman yang tidak tahu dari mana muncul.

Ya, aku harus kuat, aku harus tabah dengan semua ujian yang diberikan kepadaku. Aku harus tabahkan diriku disaat aku terluka kerana ujian itu adalah anugerah terindah dari Allah. "Abang, doakan Isya didunia ni ye, abang tetap ada dalam hati dan doa Isya", bisikku sendirian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience