Bahagian 26

Short Story Series 13181

Sudah 2 tahun aku rapat dengan Hisyam. Dhiah kini berusia 8 tahun dan dia sangat manja dengan Hisyam. Sehari sahaja Hisyam tidak menelefonnya, sudah pasti dia akan merajuk. Kadang-kadang hatiku dijentik rasa bahagia melihat keakraban mereka berdua. Aku tidak menghalangnya kerana aku tahu Dhiah dahagakan kasih seorang ayah tetapi aku selalu berpesan kepada Hisyam agar tahu akan batasnya. Hisyam menerima baik nasihatku. Dia cuma mencium dahi Dhiah sahaja.

"Amboi Sya. Jauh termenung. Ingatkan dekat Hisyam ke?", gelaknya didalam pejabatku. Menggeleng aku melihat celoteh Iman. "Nak ingat dekat dia kenapa pulak? Bukan kekasih aku jauh sekali suami aku. Tak aku terfikir je, sepatutnya Dhiah bahagian dengan ayah dia. Gelak ketawa bersama ayah dia tapi siapalah kita hendak melawan kuasa Allah kan? Mungkin suatu hari nanti, di syurga", senyumku.

"Sya, aku tengok Hisyam tu macam sukakan kau Sya. Dia ambil hati Dhiah dalam masa yang sama dia ambil hati kau. Aku nampak keihklasan dihatinya. Kau taknak terima dia ke Sya? Dhiah tu perlukan seorang ayah Sya. Dah 9 tahun kau hidup berdua dengan anak kau, tia masanya kau bina hidup baru Sya. Bukan bermaksud aku nak kau lupakan arwah suami kau tapi cuba kau pandang keikhlasan Hisyam tu. Aku yakin dia boleh jaga kau dan Dhiah", bicaranya. Aku terdiam mendengar kata-kata Iman. Sejak kebelakangan ini, aku bahagia melihat Hisyam. Kadang-kadang rindu bila tidak dapat bersua dengan dia. Adakah aku jatuh cinta? Kalau aku terima Hisyam, mahukah dia menjaga dan menyayangi aku dengan Dhiah ikhlas dari hatinya?

Petang itu, aku membawa Dhiah melawat kuburan arwah Wafiq dan Farish. Membacakan Yassin dan mengirimkan doa. "Ayah, abang Dhiah datang ni. Nak hantar doa dekat ayah dan abang. Mesti abang seronok dekat sana kan boleh bermain-main dengan ayah di syurga Allah. Dhiah dapat main dengan ibu je tapi takpelah nanti satu hari kita semua main sama-sama dekat syurga. Dhiah nak cerita ni, Dhiah ada kawan baru. Uncle Hisyam. Baik. Dia sayang Dhiah dan ibu", bicara Dhiah tergelak-gelak. "abang, boleh ke Sya sayang Hisyam macam mana Sya sayang abang? Ikhlas ke dia nak jaga Sya dengan Dhiah? Sya kesiankan Dhiah abang. Dia nak sangat merasa kasih sayang seorang ayah. Abang jangan sedih ye. Abang tetap dihati Sya untuk selamanya. Sya lakukan ini demi Dhiah abang. Demi Dhiah. ", luahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience