Bahagian 29

Short Story Series 13177

Genap seminggu Hisyam berada di Jepun atas urusan kerja. Banyak mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga bertemu dengan pelanggan-pelanggan dari Jepun. Sesekali dia menelefon Isya dan juga Dhiah. Hisyam masih tidak tahu bahawa Isya mengandung. Tengah hari ini Hisyam akan bertemu dengan seorang ahli koperat dari Malaysia yang telah lama duduk di Jepun.

Hisyam duduk disebuah hotel bertaraf 5 bintang menanti kedatangan ahli koperat tersebut. "Hello Encik Hisyam. Nice to meet you. I'm Dato Hadif and this is my girlfriend, Sally", sapa seorang lelaki berumur yang segak mengenakan kot dan disebelahnya wanita muda yang mengenakan "short dress" yang kelihatan agak seksi dan mampu menarik pandangan mana-mana lelaki.
Aku bersalaman dengan Dato Hadif dan mula membincangkan hal-hal yang berkaitan.

"Darling, dahlah. I dah penat. Bosanlah dengar you bincang pasal kerja. Jomlah. I nak makan ni, I lapar", tetiba Sally bersuara manja disebelah Dato Hadif. Hisyam memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua. "Perempuan materialistik", kata Hisyam didalam hati. Menyampah dengan perangai mengada-ngada pasangan itu.

"Ok macam ni. I bagi you cash, you pergi makan, shopping and enjoy dengan kawan you. I ada benda nak bincang lagi. Is it ok with u honey?, soal Dato itu lalu memberikan sejumlah wang. Senyum sampai ke telinga Sally bila melihat duit. Dia berdiri, mencium pipi Dato Hadif kemudian berlalu pergi.

"So, kita dekat mana tadi Encik Hisyam. Sorry, girlfriend I memang macam tu. Manja sikit. Tapi layanan dia atas katil, memang hot", gelak Dato tersebut. "She's from Malaysia, family dah buang dia. So, I ambil dia jadi girlfriend I. Cuma bila I balik Malaysia, dia tak baliklah. Kalau wife I tau, memang mati I", tambahnya lagi. Mengucap panjang aku didalam hati. Bila mana manusia menjadikan benda yang haram sebagai benda yang halal. Aku kemudiannya meneruskan perbincangan bersamanya.

Disatu sudut, ada yang memerhatikan gerak geri Hisyam...

Maria memandang Hisyam dari jauh dan tersenyum sinis. "Jangan berlagak lah Hisyam. You tu kuli je. Jangan-jangan you datang sini jumpa Dato tu sebab nak minta kerja. Tengok pakaian you pun I dah tau you miskin", getus hatinya. Tiba-tiba telefonnya berdering.

"Hello Maria. I ni Sally. You busy tak? Jom teman I shopping. Don't worry I akan belanja you. Macam tak biasa kan?", riang suara Sally ditelefon. "Wah, memandangkan I pun takde benda nak buat, I teman you. By the way, I ada dekat hotel yang you ada sekarang ni. Tadi I jumpa customer I", kata Maria

"Oh yeke? Senanglah I. Ok, you tunggu I dekat luar. Kejap lagi I ambil you", Sally mematikan panggilan telefon.

5 minit kemudian, Sally tiba. Dia memandu Mini Cooper berwarna merah hadiah dari Dato Hadif. Mewah kehidupannya tapi hidup bergelumang dengan dosa. Di dalam kereta Maria memulakan bicara "tadi I nampak you dengan Dato and some other guy. Who is that guy? Kenapa dia duduk sekali dengan Dato and you? I tengok dari cara dia berpakain mesti takde duit kan?", soal Maria berpura-pura tidak tahu. Sally memandangku pelik.
"Oh that guy. He's Hisyam and from Malaysia. Miskin you kata? Dia kaya lah you. Berharta. Muda-muda lagi dah kaya. Kacak pula tu. Dia datang sini bincang pasal projek. Nasiblah ada Dato tua tu, kalau tak I nak si Hisyam tu. Ahli politik berjaya dekat Malaysia. I tau semua ni pun dari Dato", panjang lebar penjelasan Sally.

Terkejut Maria mendengar penjelasan Sally. Dia tidak menyangka Hisyam berubah seperti itu. Dia mengakui Hisyam seorang yang kacak. Tinggi lampai, kulit sawo matang, dan mempunyai bentuk badan persis seorang model. Maria mula mengatur rencana jahatnya kemudian tersenyum sinis. "You'll be mine Hisyam. Kau akan jadi milik aku", bisiknya didalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience