Bahagian 16

Short Story Series 13181

Pagi ini Wafiq akan diletakkan di ICU untuk lebih pantauan. Aku meminta dari pihak hospital untuk meletakkan Wafiq di dalam bilik khas agar mudah untuk aku menjaganya walaupun cuma jasad terbujur kaku yang aku jaga.

Hati isteri mana yang tidak hancur melihat keadaan insan yang bergelar suami cuma mampu terbujur kaku diatas katil dengan bantuan mesin pernafasan dan juga tiub-tiub ubat. "Ya Allah kuatkan semangatku demi suamiku dan juga anak yang ada didalam kandunganku ini", aduku di dalam hati.

Aku duduk di sofa bersebelahan katil Wafiq akibat terlalu penat. Sakit semua badanku bila tidak cukup rehat. Namun, aku gagahkan jua demi insan-insan tersayang. Aku tersedar bila aku rasa ada tangan yang menyentuh kepalaku. Ibu, ayah dan juga mak ayah Wafiq datang melawat. Cuma waktu itu pelawat cuma dibenarkan masuk secara bergilir-gilir. Mak dan ayah Wafiq masih menunggu diluar.

"Sya anak ibu. Bangun sayang. Ibu abah dan mertua kamu datang", kata ibu mengejutkan. Aku mengesat mata dan cuba mencari kelibat siapa itu. Ibu. Ibu dan abah datang. "Ibu, bila sampai?", aku cuba menyembunyikan kesedihan namun ibu tahu aku berpura-pura.

"Mari kita duduk diluar. Biarkan Wafiq berehat", pujuk ibu. Aku, ibu dan abah keluar dari bilik Wafiq. Aku lihat mak dan ayah mertua juga turut ada. Aku menyalam mereka.

"Isya, menangislah nak. Luahkan semuanya. Ibu tau berat dugaan ini buat Isya. Kami semua sentiasa ada untuk kamu. Ibu, abah, mak dan ayah mertua semua ada untuk Isya", nasihat ibu. "Betul Sya. Kami tau kamu kuat untuk kesemua ujian ni. Jangan berputus asa, doa tu senjata kita. Minta dekat Allah ye sayang. Ni yang dalam perut kamu ni, masih perlukan ibu dia", tambah mak mertuaku.

Mencurah-curah air mataku membasahi pipi. Tidak mampu lagi aku selindung perasaanku tika dan saat ini. Andai sahaja aku mampu, biar saja aku yang mengantikan tempatnya, biar aku yang terbaring kaku di katil itu, biar aku yang menanggung segala kesakitan yang dihadapinya tetapi apakan daya, aku manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa. Apa yang mampu aku lakukan cuma berdoa dan terus berdoa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience