Bahagian 6

Short Story Series 13177

Aku duduk di hujung ruang tamu. Jenazah Farish kejap lagi akan dikebumikan. Air mata terus menerus mengalir. Wafiq duduk bersebelahan jenazah sambil membaca Yassin. Banyak tetamu yang hadir.

"Kejap, saya nak cium jenazah anak saya untuk kali terakhir. Saya nak tatap muka dia puas-puas. Saya nak peluk dia. Tolonglah?", pintaku

Aku mendukung Farish. Mencium dahi, pipi dan hidung. "Anak ibu Farish. Pergilah sayang. Dari jauh ibu dan ayah mendoakanmu. Doa yang bukan sekadar kata-kata sehingga air mata ibu pun tidak sanggup menterjemahnya. Selamat tinggal anak ibu", luahku

"Sayang, kalau Farish tau ibu dia macam ni mesti Farish akan kata, ibu, jangan ada airmata lagi yang membasahi wajah cantikmu. Farish sangat ingin melihat ibu selalu tersenyum walaupun tanpa Farish disisi. Ikhlaskan pemergiannya sayang. Jangan seksa dia", pujuk Wafiq

Makin deras air mataku. Aku memeluk Wafiq, memohon kekuatannya sedikit. "Selamat tinggal anak syurgaku,

Hari berlalu hari, detik berlalu detik, genap 3 bulan pemergian Farish. Aku mula redha dengan pemergian Farish. Aku kembali tersenyum. Mungkin ada rezeki lain yang Allah aturkan untukku dan Wafiq. In Shaa Allah.

Aku bangun pagi-pagi menunaikan solat subuh dan berdoa "Ya Allah, aku berdosa kepadaMu Ya Allah. Aku jauh tersasar. Ya Allah, jika suatu saat aku hilang harapan dan tujuan lagi, berikanlah kepadaku bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan impikan. Aaaminn"

Selesai menunaikan solat subuh, aku menyiapkan sarapan untuk Wafiq. Hampir sebulan aku tidak menyediakan sarapan untuknya. Ya Allah, aku lalai Ya Allah sehinggakan suamiku aku abaikan. Ampuni aku Ya Allah. Aku mengejutkan Wafiq lalu mencium tangannya.

"Abang, maafkan Isya bang. Isya lalai, leka. Isya ikutkan perasaan sehinggakan tanggungjawab Isya sebagai isteri pun Isya abaikan. Abang pun Isya abaikan. Ampunkan dosa Isya bang", tangisku

Wafiq duduk menyambut tanganku "sayang, abang tak pernah marahkan Isya. Abang faham keadaan Isya. Isya yang mengandung, Isya yang melahirkan. Susah untuk terima, tapi abang bersyukur Isya dah kembali. Isya yang ceria. Lepas ni taknak sedih-sedih lagi. Abang ada untuk Isya. Rancangan Allah tu hebat sayang. Siapa tau kan? Dah, abang nak mandi lepas tu siap-siap nak kerja. Sayang tunggu abang kejap, nanti kita makan sama".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience