Bahagian 28

Short Story Series 13177

Selesai sahaja Hisyam bertemu pelanggan di sebuah hotel di Jepun, rakan sekerjanya mengajaknya keluar. Memandangkan Hisyam berasa bosan duduk hotel sahaja, ada baiknya dia keluar berjalan dengan rakannya.

Mereka duduk minum disebuah kafe sambil berbual. Tiba-tiba Hisyam melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Dia mengejarnya. "Maria, is that you?", aju Hisyam. Maria seakan-akan terkejut dengan kehadiran Hisyam. "Who is this guy?", soalnya memandang lelaki disebelah Maria. "Sebab lelaki ni kau larikan diri waktu dua hari lagi nak nikah? Sebab dia berharta? Sebab waktu tu aku cuma kerja biasa-biasa je kan Maria? Kau malukan aku Maria, kau malukan keluarga aku. Sekelumit rasa bersalah pun takde dalam diri kau. Kau tinggalkan aku terkapai-kapai. Kau tau tak, disebabkan kau mak aku meninggal. Disebabkan kau Maria aku hilang kasih, hilang sayang, hilang doa dari seorang mak. Manusia apa kau ni Maria? Mana perasaan kau?", berang Hisyam.

Maria memandang Hisyam tanpa perasaan serba salah "Stop it! You jangan nak salah I sorang je. You sepatutnya salahkan diri you. Get a life man. I left you for my future. Better future. I am a woman, not a girl, okay! I have bags to buy. I have makeups to put on. High heels to step on! Wheels to ride and house to stay. Sedangkan you ada apa? Nothing Hisyam nothing. Just a love. Find someone to share your love that doesn't need money and house", luah Maria bongkak

"You were right Maria. Aku tak sesuai untuk perempuan materialistik macam kau. Aku menderita Maria. I already suffered. 5 years loving you and you left me on the date we supposed to get married. You did not turn up. Left me with embarrassment but thanks to you because I have found my wife. Isya", Hisyam berlalu pergi dengan seribu kedukaan.

Maria, bekas kekasih Hisyam beberapa tahun dahulu yang merupakan cinta pertama Hisyam. Namun, ketika itu Hisyam tidak mempunyai harta dan pangkat. Maria memandangnya jijik. Hisyam cuma dijadikan alat untuk memuaskan kehendaknya membeli belah dan bersuka ria. Duit Hisyam habis kerana Maria. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati Maria. 5 tahun berharap, harapan dan impian untuk membina mahligai bahagia bersama Maria akhirnya musnah. Maria pergi meninggalkan Hisyam ketika hendak mengikat tali perkahwinan dan disebabkan itu arwah mak Hisyam kecewa dan mendapat serangan jantung lalu meninggal dunia. Kehidupan Hisyam ketika itu ibarat jatuh ditimpa tangga. Kecewa, hancur, luluh hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience