Bahagian 14

Short Story Series 13177

"Isya sayang, bangun. Abang dah nak pergi ni", sayu terdengar luahan Wafiq. Aku tersedar. Aku bermimpi rupanya tetapi apa maksud mimpi tadi. Suamiku hendak kemana?

Aku lihat jam di dinding. Pukul 5.20 petang. Tertanya-tanya kenapa sampai waktu itu suamiku masih belum muncul. Aku mencapai telefon bimbit disisiku. Berpuluh panggilan dari Iskandar. Patutlah aku tidak mendengar sebarang panggilan kerana telefonku di dalam keadaan senyap. Pelik bila Iskandar menelefonku. Tiba-tiba panggilan dari Iskandar semula.

"Assalamualaikum Is, ada apa telefon aku? Maaf Is, aku terlelap lepas tu telefon aku dalam mood silent", sapaku di telefon. "Isya, datang ke HKL sekarang Isya", suara Is kedengaran. "Hospital? Kenapa Is, kau sakit ke? Aku tengah tunggu Wafiq ni. Nak buat kejutan tapi pelik sampai sekarang tak sampai rumah lagi. Dia ada call kau ke?", aku cuba mendapatkan jawapan dari Is. "Sya, Wafiq is here. Dia kritikal Sya sebab accident. Aku call kau dari tadi Sya. Cepat Sya. Datang sekarang", pinta Is

Terlepas telefon dari tanganku. Menggigil-gigil aku mendengar perkhabaran itu. Dugaan apa lagi yang menimpa diriku kali ini. Mencurah- curah air mata membasahi pipiku. Aku mendapatkan kunci kereta kemudiannya mengunci rumah dan bergegas ke hospital. Meraung aku di dalam kereta. " Ya Allah, jangan ambil dia dari aku Ya Allah", senduku.

Aku tiba di bahagian kecemasan. Aku mencari kelibat Is dan aku melihat dia duduk termenung sendiri di satu sudut. Aku mendapatkannya lalu menyapanya. "Assalamualaikum Is", dan aku lihat matanya memerah. Aku tahu dia menangis sebab Wafiq. " Waalaikumsalam Sya. Wafiq masih didalam menerima rawatan dan doktor pun masih tak cakap apa-apa dekat aku. Kau dah call mak ayah korang?", soalnya. "Belum Is. Aku tak kuat. Nanti aku call. Kenapa aku Is? Kenapa aku yang diuji seperti ini? Apa dosa aku Is. Aku tak kuat Is, cukuplah aku kehilangan Farish. Aku tak sanggup nak kehilangan lagi. Aku ni memang bawa sial kan Is? Aku taknak hilang dia Is. Aku dah siap cantik-cantik, dah masak makanan kesukaan dia. Hadiah pun aku dah beli Is", aku menangis lalu terjelepok di lantai. Lemah aku rasa lututku saat ini. Hilang semangatku.

"Sya, tak baik kau cakap macam tu. Allah tak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah sayang kau Sya sebab tu Allah uji kau. Tabahkan diri kau. In Shaa Allah Wafiq tak apa-apa. Doakan yang terbaik. Aku tau Sya sebab dia tak masuk office pun tadi. Katanya nak belikan kau something. Oh ye sebelum aku lupa, ni ada barang peribadi dia. Pegawai polis jumpa sebelah dia", panjang lebar penjelasan Is yang kemudiannya menyerahkan barang Wafiq.

Aku lihat ada bungkusan hadiah dan juga sekeping kad ucapan. Perlahan-perlahan aku buka kad tersebut kemudian aku baca isi di dalamnya.

HAPPY ANNIVERSARY YANG KE-3 ISYA.

Abang sayang Isya. Abang cintakan Isya. Maafkan abang cuma ini yang mampu abang beri dekat sayang diatas segala pengorbanan sayang pada abang dan arwah Farish. Terima kasih sebab mengandungkan anak abang. Sayang, abang harap Isya setia, bertahan dengan abang sampai bila-bila. Abang harap Isya tidak akan pergi dari hidup kehidupan abang sebab abang terlalu mencintai Isya sebagai isteri abang. I Love You sayang. Pakailah hadiah abang ni bila Isya rindukan abang.

Ikhlas~
Suamimu

Mengalir air mataku membaca ucapan ikhlasnya. Aku buka hadiah tersebut. Seutas rantai leher beserta loket berbentuk buku dan pen dan juga seutas gelang tangan yang tergantung satu huruf W dihujungnya. Aku peluk erat hadiah Wafiq. "Abang, jangan tinggalkan Isya, Isya tak kuat", senduku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience