Bahagian 19

Short Story Series 13177

"Sayang, bangun", kejut Wafiq. Aku lihat dia duduk memandangku dengan pandangan yang sayu. Dia tersenyum tapi senyuman yang amat berbeza dari senyumannya sebelum ini. "Abang? Abang dah sedar? Abang tunggu kejap ye Sya nak panggil doktor", terkejut aku melihat Wafiq. Aku tertanya-tanya mana semua tiub-tiub yang disambungkan di anggota badannya, mana kesan patah mematah, kesan luka? Bersih sahaja dirinya ketika itu. Dia menggeleng disaat aku hendak bangun memanggil doktor yang bertugas.

"Sya, dengar sini, abang nak cakap", dia memegang erat tanganku. Ada sesuatu yang hendak dia sampaikan. "Sayang, abang sayang Sya. Abang sayang anak kita yang ada dalam perut Isya ni, tak lupa juga arwah anak kita, Farish. Abang nak pesan, Isya kena ingat setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya. Abang pernah janji dengan Isya untuk bersama selalu kan? Tapi kini kenyataannya abang harus pergi dan jauh dari Isya. Percayalah sayangku, tidak ada satu orang pun yang mahukan perpisahan, namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Abang minta Isya jangan pernah lupakan kenangan manis yang selama ini kita ciptakan, walaupun sekarang ini kita harus berpisah dan tidak akan ada lagi hal-hal luar biasa yang akan kita ciptakan", ucapnya ikhlas.

Tangannya bergerak ke perutku. "Anak ayah sihat? Ayah nak kamu jaga ibu kamu baik-baik ye sayang? Jangan biar ibu menangis. Sayangi dia. Kamu jangan nakal-nakal bila dah lahir nanti. Mesti kamu tertanya-tanya nanti mana ayah bila kamu lahir kan? Ayah ada bersama kamu dan ibu kamu tapi kamu tak nampak ayah. Ayah dah pergi jauh dari ibu dan juga kamu. Ibu kamu dan kamu tetap ada didalam hati dan juga doa ayah untuk selamanya. Ayah nak pergi jaga abang Farish kamu. Jadi anak yang membanggakan ibu dan ayah ye sayang?", ucap Wafiq kemudian menatap mataku. "Abang pergi dulu sayang. Jaga diri", tambahnya lagi.

"Abang kenapa cakap macam tu? Abang tak sayang Isya, anak kita? Abang pun nak tinggalkan Isya macam arwah Farishh? Abang tunggulah kejap, Sya panggil doktor ye?", pujukku

Wafiq bangun dan perlahan-lahan melepaskan genggaman tangannya. Dia senyum kemudian berlalu pergi. Sayu sahaja senyuman yang diberikannya.

"Abangggggggg", jeritku. Aku tersedar kemudian mencari kelibat suamiku. Mana dia? Terkejut aku bila mana aku lihat dia masih terbaring kaku di atas katilnya. Rupa-rupanya aku bermimpi. Pantas aku lihat jam di telefonku, pukul 5 petang. Aku segera ke tandas kemudian mengambil wudhu dan menunaikan kewajipan. Di sujud terakhir ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience