Bahagian 10

Short Story Series 13177

Esok merupakan ulang tahun perkahwinan aku dan Wafiq yang ketiga tahun. Aku hendak membuat kejutan untuk dia. Esok aku bercadang untuk masak nasi ayam buat Wafiq. Wafiq sememangnya peminat setia nasi ayam. Pergilah ke restoran mana sekalipun sudah pasti nasi ayam yang akan dipesannya.

Tengah hari tu aku keluar untuk membeli bahan-bahan masakan. Aku memandu Proton Saga berwarna merah yang pernah dihadiahkan Wafiq kepadaku. Nasib baiklah aku pandai memandu. Senang sikit nak bergerak ke mana-mana jika ada keperluan.

Selesai berbelanja, aku terpandang sebuah jam tangan berjenama di dalam almari kaca di sebuah kedai. Jam berjenama Casio G-Shock GX56BB-1 Solar Mud Resist All Black Blackout Series memang menawan hati sesiapa saja yang lalu lalang disitu. Aku masuk ke kedai jam tersebut untuk bertanyakan hal lebih lanjut berkenaan jam tersebut. Setelah berpuas hati dengan penerangan jurujual jam tersebut, aku bersetuju membelinya untuk Wafiq sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan esok.

Tiba saja aku dirumah, aku terlebih dahulu menyembunyikan hadiahku untuk Wafiq. Risau kalau dia terjumpa nanti. Setelah itu barulah aku menyusun barang-barang lain di dapur. Aku menyanyi riang di dapur tidak sabar menanti hari esok.

Selesai mengemas barang di dapur, tiba-tiba sahaja aku rasa tidak sedap badan. Kepala rasa berat. Aku cuba baring menahan sakit di sofa. Pandangan tiba-tiba menjadi kabur dan gelap. Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience