Bahagian 40

Short Story Series 13177

Tengah hari itu aku keluar bersama-sama Dhiah. Dhiah banyak mendiamkan diri sepanjang pemanduanku, wajahnya muram. "Dhiah, kenapa muram je ibu tengok ni?", aku mencuit pipinya. Dhiah yang dari tadi memandang ke luar menoleh ke arahku. Aku lihat ada air mata jernih mengalir di wajah polosnya. "Ibu, Dhiah nak jumpa ayah dengan abang boleh?", sayu suaranya. Aku menarik nafas panjang, "Dhiah rindu dengan ayah dan abang Farish ye? Ibu pun sama. Ok jom kita pergi", balasku. Dhiah senyum hambar.

Sampai sahaja kami di tanah perkuburan, Dhiah berlari ke pusara arwah Wafiq dan Farish, "ayah, Dhiah rindu ayah. Hari ni Dhiah sedih sebab abah pukul Dhiah, abah marah ibu. Ni telinga dan pipi Dhiah sakit. Abah tampar Dhiah, cubit telinga Dhiah. Abah dah tak sayang Dhiah. Tadi abah cakap kenapa Dhiah tak mati macam ayah, macam abang. Ayah, cakaplak dekat Allah suruh ambil Dhiah. Dhiah taknak tinggal sini lagi", adu Dhiah.

Pecah empangan air mataku ketika mendengar luahan Dhiah. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Aku duduk disebelahnya, "Dhiah janganlah cakap macam tu. Abah tak sengaja. Ibu sedih bila dengar Dhiah cakap macam tu", kataku. Dhiah memelukku erat dan aku membalas pelukannya dengan sejuta kesedihan di hati.

Hampir 30 minit kami disitu, kami beredar. Aku membawa Dhiah ke pusat membeli belah agar dia tidak bersedih lagi. Sedang sibuk memilih anak patung, aku disapa seseorang. "Puan Isya kan? Buat apa sini?", sapa Encik Khairul. "Eh Encik Khairul. Saya bawa anak saya keluar kejap. Encik Khairul buat apa dekat sini? Puan Maisa mana? ", soalku kembali. "Ni tengah cari hadiah untuk anak bongsu saya, esok dia sambut hari jadi. Ni yang tengah cari dia ni. Entah menghilang kemana. Hai si comel", jelas Encik Khairul kemudian dia menyapa Dhiah. "Hai uncle. Uncle ni kawan ibu ye? Saya Ainul Mardhiah. Panggil Dhiah je. Anak uncle birthday? Dhiah nak belikan hadiah untuk dia jugalah. Boleh tak ibu?", pinta Dhiah mengharapkan persetujuanku. Aku tersenyum kemudian mengangguk. Dhiah bersorak gembira.

"Hah, tu pun isteri kesayangan saya", kata Encik Khairul menunjukkan keberadaan isterinya. Puan Maisa tersenyum melihatku. "Isya apa khabar? Bawa anak jalan ye? Hai sayang", sapa Puan Maisa pula. "Hai auntie cantik. Dhiah nak beli hadiah untuk anak auntie. Nanti tolong sampaikan dekat dia tau", riang suara Dhiah. Aku hanya tersenyum. "Terima kasih sayang. Baik sungguh hati kamu", balas Puan Maisa.

Selesai membelikan Dhiah apa yang dimahukannya, aku meminta diri untuk pulang kerumah. Lenguh kaki ku berjalan seharian bersama Dhiah tapi aku tidak kisah asalkan Dhiah gembira.

Sebelum pulang, aku terserempak Maria. Tapi Maria kelihatan hendak bergegas pulang. Aku membatalkan niatku untuk menegurnya.

Semantara itu, Maria tersenyum gembira. Dia berjaya menangkap beberapa keping gambar Isya dan Encik Khairul tersenyum gembira tanpa Maria tahu Puan Maisa juga berada disitu. "Isya, Isya, Isya. Kau terimalah nasib kau bila kau sampai rumah nanti", Maria gelak besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience