Bahagian 12

Short Story Series 13177

"Is, aku ingat harini tak dapatlah nak masuk office. Hari ni aku nak celebrate ulang tahun perkahwinan aku yang ketiga dengan Isya. Aku cadang nak belikan something untuk dia. In Shaa Allah esok aku datang ye. Maaf Is terpaksa susahkan kau", luah Wafiq kepada Iskandar di dalam telefon. Iskandar merupakan kawan baiknya dari zaman sekolah lagi. "Alah, takde bendalah Fiq. Aku faham. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga kawan. Semoga bahagia di samping keluarga buat selamanya", balas Iskandar ringkas.

Wafiq menuju ke sebuah kompleks membeli belah terkenal di Kuala Lumpur. Niat dihati hendak menghadiahkan Isya satu set barang kemas. Puas mencari akhirnya Wafiq terpandang satu set barang kemas yang cukup menarik perhatiannya. Seutas rantai leher dimana ada loket berbentuk buku dan pen dan juga seutas gelang tangan. Wafiq bercadang untuk menambah perhiasan di gelang tangan tersebut. Wafiq meletakkan huruf W pada gelang tersebut. W untuk Wafiq dan bila Isya pakai gelang tu dia sentiasa ingat dekat Wafiq. Tersenyum sendiri Wafiq.

Selesai membuat bayaran set barang kemas tadi, Wafiq bergegas pulang tetapi dia dapat rasakan yang dia tidak sedap perasaan pada waktu itu seperti ada yang akan berlaku. Namun dibiarkan perasaannya itu begitu saja.

Wafiq dalam perjalanan ke rumah. Dia memecut laju kereta Honda Civic berwarna biru kesayangannya. Tiba-tiba telefon bimbit Wafiq berdering. Tertera nama Iskandar sebagai pemanggilnya. Belum sempat Wafiq hendak menjawab panggilan tersebut, telefonnya terjatuh ke bawah kaki dan dia cuba mendapatkannya.

Tanpa sedar, kereta Wafiq bertembung dengan sebuah lori treller lalu hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan. Bahagian hadapan kereta Wafiq hancur. Wafiq masih di dalam kereta dengan keadaan berlumuran darah. Dia sempat mencapai hadiah istimewa yang dibelikan untuk isteri kesayangannya itu.
"Sayang, tunggu abang. Abang dah beli hadiah untuk sayang", luah Wafiq menahan kesakitan. Ngeri keadaan Wafiq ketika itu. Wajahya tercucuk kaca. Tangan dan kaki patah.

Selang 5 minit kemudian, pihak kecemasan dan juga pihak polis sampai ditempat kejadian. Petugas kecemasan dan juga pihak polis sedaya upaya mengeluarkan Wafiq dari kereta. Keadaan Wafiq sangat kritikal dan dia dikejarkan ke hospital dengan segera.

Iskandar cubu mendail semula telefon Wafiq namun tidak mendapat jawapan. Tiba-tiba telefonnya berdering. Tertera nombor pejabat di atas skrin.

"Hello", sapa Iskandar. "Encik Iskandar? Saya nak bercakap berkenaan Encik Wafiq Azhar", kata pegawai bertugas itu. "Ye saya Iskandar. Ada apa yang boleh saya bantu? Kenapa dengan kawan saya ye? ", soal Iskandar menanti debar. Dari tadi dia tidak sedap hati bila Wafiq tidak menjawab panggilan telefonnya. " Saya Inspektor Idham dari IPD Kuala Lumpur. Saya nak beritahu pihak Encik bahawa Encik Wafiq Azhar terlibat dengan kemalangan sebentar tadi dan mangsa di dalam keadaan kritikal. Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Saya harap pihak Encik Iskandar dapat memberitahu ahli keluarga beliau. Takziah saya ucapkan", jelas pihak polis tersebut.

Iskandar kelu dan kaku. Wafiq. Tanpa sedar mengalir air mata dipipinya. Dia mendapatkan semula telefonnya dan mendail Isya. Semoga saja Isya kuat menjalani dugaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience