Bahagian 51

Short Story Series 13177

“Sayang, baju I dah banyak yang buruk. Make up I pun banyak yang dah habis. You boleh tolong topup kan tak? Please ... “, rengek Maria.

“Ok baby. Ni I bagi kad kredit I, you pergilah shopping. Beli je apa you nak. Sorry baby I tak dapat nak teman you. I ada banyak kerja nak buat”, ujar lelaki separuh umur itu lalu memberikan sekeping kad dan beberap keping not kertas.

Maria tersenyum puas. Dia mendekati lelaki itu bukanlah kerana mencintainya tetapi cuba membolot harta lelaki tersebut. Perempuan materialistik seperti Maria akan melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Bukan seorang dua sahaja yang menjadi mangsa Maria sebelum ini tetapi berpuluh-puluh lelaki menjadi mangsanya. Selepas dia berjaya membolot harta mereka, Maria akan tinggalkan mereka dan melarikan diri ke luar negara agar tidak ada seorang pun dari lelaki-lelaki tersebut menjumpai Maria.

Dalam sedang bahagia berkasih sayang, tiba-tiba seseorang melangggar Maria.

“Aduh, sakitnya bahu I. Hei, you tak nampak jalan ke? Kalau jalan pakai mata bukan pakai kaki. Sakit badan I. Sayang, you tengoklah orang ni. Sakit bahu I”, amuk Maria kemudian mengadu kepada lelaki tua itu.

“Maafkan saya Puan”, ujar Hisyam kemudian memandang wajah Maria. “Maria, ni you kan? You buat apa dekat sini? You tau tak I cari you merata. I rindukan you. By the way siapa lelaki sebelah you ni?”, soal Hisyam kemudian menjeling ke arah lelaki tersebut.

“Ehh, you rupanya. Ohh you tanya dia ni siapa? Ini kekasih I, Dato Ziyad. Kita cadang nak nikah bulan depan”, selamba Maria memberikan penjelasan.

Hisyam terkejut, “ kekasih you? Jadi I macam mana? You dah janji dengan I Maria. Bila I tinggalkan Isya you akan kembali dengan I kan?

“Macam ni lah Hisyam. I explain benda sebenarnya dekat you. I memang ada niat nak kahwin dengan you tapi bila I dapat tau you hampir bunuh Isya dan anak-anak you I tarik balik keputusan I. I taknak hidup dengan you Hisyam. One day bila I dah kahwin dengan you tak mustahil you akan buat I dan anak-anak I macam tu kan? Enough lah Hisyam. I anggap you kawan je. Oklah, I got to go. Kekasih I ni busy banyak kerja”, jelas Maria sebelum beransur pergi.

“Tadi tu siapa baby?”, soal Dato Ziyad seperti orang bodoh

“Oh tu Hisyam. Kawan lama I dan juga orang paling bodoh I pernah jumpa”, Maria tergelak.

Sementara itu, Hisyam berkelakuan seperti orang tidak waras dan mengamuk di dalam kereta. “ Tak Maria. Aku percaya kau takkan buat aku macam ni. Aku tau kau sayang aku”, ucap Hisyam bersendirian.

Hisyam menghentak stering keretanya. Dia memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Tiba-tiba kereta yang dipandunya hilang kawalan kemudian merempuh sebuah lori trellar di sebelah jalan yang bertentangan. Kereta Hisyam berpusing laju sebelum merempuh sebuah lagi lori dibelakang yang mengakibatkan keretanya hancur dan kemudian terbalik. Hisyam tersepit di tempat duduk pemandu. Dia cuba keliar dari keretanya namun tidak berjaya. Kakinya tersepit kemudian perutnya tercucuk penghadang jalan. Dirinya dipenuhi dengaan darah ketika itu.

“Selamatkan aku. Tolong. Selamatkan aku. Aku sakit. Tolong”, rayu Hisyam yang menahan sakit.

Orang ramai cuba membantu Hisyam yang cedera teruk. Tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara, “saya terhidu bau minyak yang kuat. Saya rasa tangki minyak dia dah bocor. Dan bila-bila masa sahaja kereta ni boleh meletup”. Orang lain mula menjauhkan diri sementara yang lain cuba menghubungi pihak polis dan pihak berwajib yang lain.

“Cik, ada kemalangan dekat sini. Ada seorang mangsa tersepit. Tangki minyak dia bocor. Kami tak berani nak buat apa-apa”, bicara seorang wanita yang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.

Perempuan itu mendekati Hisyam, “Encik sabar ye. Kejap lagi mereka akan datang dan bantu Encik. Banyakkan berdoa Encik. Ingat Allah”, pesan wanita tersebut.

Hisyam memandang wanita tersebut dan bersuara, “ tolong Saya Puan. Saya tak tahan. Sakit. Tolong keluarkan saya dari sini”.
Tiba-tiba Hisyam ternampak saty cahaya putih di tepinya. Dia terlihat kelibat seorang kanak-kanak lelaki.

“Abah, abah kena kuat. Abah tunggu orang bantu abah ye. Saya tak boleh bantu abah. Abah kan benci saya. Abah taknak tengok saya pun lahir dekat dunia ni kan? Takpe abah. Saya tak marah. Abah tetap abah saya. Abah kena kuat semangat. Kejap lagi mereka sampai. Saya pergi dulu abah, kawan-kawan dah panggil saya”, ucap kanak-kanak lelaki tersebut kemudian menghilang.

Hisyam bingung. Dia tertanya-tanya siapakah kanak-kanak lelaki tersebut. Bau minyak semakin kuat terhidu dan tanpa sedar kereta Hisyam meletup lalu terbakar. Orang ramai menjerit ketakutan.

“Allahhhhhh. Allahhhh. Sakit Ya Allahhh. Sakit. Ampuni aku Ya Allah. Aku berdosa. Aku berdosa terhadap isteri dan anakku. Beri aku peluang Ya Allah. Sakitnyaaaa... “, raung Hisyam.

“kita tak boleh tolong dia. Kita kena tunggu pihak polis dan ambulans datang. Ya Allah kuatkan dia Ya Allah”, ucap salah seorang saksi kejadian.

Tiba-tiba ......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience