Bahagian 20

Short Story Series 13177

Di sujud terakhirku, aku dengar mesin bantuan pernafasan Wafiq berbunyi. Penggera kecemasan juga berbunyi. Seketika itu, beberapa orang doktor dan jururawat bertugas datang untuk melihat keadaan Wafiq dan kemudian menarik langsir di sekeliling katilnya bagi memudahkan mereka melakukan bantuan kecemasan. "Ya Allah petanda apakah itu?", bisikku sendirian namun aku tetap meneruskan solatku.

"Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha mengetahui. Berikanlah aku kekuatan demi menempuhi setiap ujianmu. Kau ampunkanlah dosaku, dosa suamiku, dosa ibu dan bapa kami Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Aaminn Ya Rabbal Alaamiinn", doaku kepada Yang Maha Esa. "Maaf ye Puan, boleh puan tunggu diluar sebentar? Keadaan pesakit sangat tenat saat ini. Doktor nak beri bantuan kecemasan terlebih dahulu. Apa-apa nanti kami beritahu Puan. Maaf ye Puan", celah seorang jururawat yang bertugas.

Aku kemudian berlalu keluar membawa Surah Yassin bersamaku. Sesekali aku menjenguk dari pintu luar, tapi ada langsir yang menghalangku. Sedih, takut, risau, gusar. Semua perasaan bercampur baur ketika itu. Aku menelefon Is agar membawa Iman datang ke hospital segera. Aku menanti dengan sabar diluar bilik sambil membacakan Surah Yassin. 10 minit selepas itu, Is dan Iman tiba. "Macam mana keadaan Wafiq Sya?", soal Is cemas. Aku tidak menjawab soalan Is. Iman memegang erat tanganku. Dia amat faham situasiku ketika itu.

Beberapa minit selepas itu, doktor yang bertugas tadi keluar dari bilik Wafiq diiringi dengan jururawat. Jururawat yang tadinya itu menyapaku "Puan Isya. Harap Puan bertabah dengan berita ini ye. Suami Puan disahkan meninggal dunia 5 minit yang lepas. Maafkan pihak kami Puan, kami dah cuba sehabis mampu tetapi Allah lebih menyayanginya. Kami akan siapkan laporan kematian. Nanti dah selesai pihak Puan bolehlah bawa balik jenazah. Takziah".

Terduduk aku dilantai sebaik saja mendengar perkhabaran tersebut. Mimpi yang aku alami tadi itu memang sudah menjadi kenyataan. Pecah empangan air mataku saat itu, dan aku meraung semahu-mahunya. Is dan Iman memujukku untuk melihat jenazah Wafiq.

Tertolak sahaja pintu bilik Wafiq, meluru aku ke katil Wafiq. Selimut putih menutup keseluruhan badan Wafiq. "Abang, bangun. Jangan buat Isya macam ni. Abang tidur je kan? Abang tipu Sya, pandai abang bergurau", gelakku hambar. "Bangunlah, hadiah ulang tahun perkawmhwinan kita ni abang tak buka lagi", aku mencari hadiah yang aku beli untuk Wafiq di dalam almari kemudian membawanya kepada Wafiq. "Tengok ni, Sya dah bungkus cantik-cantik. Abang tak nak buka? Sya memandu seorang pergi beli hadiah ni, Sya masak makanan kegemaran abang. Nasi ayam. Ye, nasi ayam. Abang suka kan nasi ayam? Sya tunggu abang haritu, tunggu abang balik sampaikan Sya tertidur. Sya dah solek cantik-cantik untuk abang, semua untuk abang tapi abang tak balik. Abang datang sini. Ni anak kita dalam perut Sya ni abang tak nak tengok? Tak nak tengok dia membesar? Abang jangan macam ni, bangunlah", lencun tudungku akibat menangis.

"Sya, Wafiq dah takde Sya. Jangan macam ni, tersiksa dia", pujuk Is. "Betul Sya, lepaskan dia pergi. Redhakan semuanya. Kau menangis air mata darah sekalipun, Wafiq takkan kembali. Lepaskan dia, biar dia tenang disana", tambah Iman

"Iman, kau tau tak, tadi aku mimpi dia. Dia pesan suruh aku jaga anak kami elok-elok biarpun tanpa dia disisi. Dia pegang erat tangan aku, sayu pandangannya untuk aku Iman. Rupa-rupanya itulah petanda dia nak pergi jauh dari aku dan anak aku, dia nak pergi jauh dan takkan kembali lagi. Macam mana aku Iman? Anak aku?", luahku. Iman memelukku erat. Tidak berhenti-henti air mata mengalir. Selepas Farish kini Wafiq.

Selesai sahaja laporan kematian siap, jenazah Wafiq dibawa kerumah. Semua ahli keluarga kami menunggu dirumah. Aku balik bersama jenazah suamiku menaiki kereta jenazah. Sampai sahaja dirumah, jenazah Wafiq diletakkan di tengah-tengah rumah. Sebentar lagi, jenazah akan dimandikan dan dikafankan. Suasana hiba menyelubungi kami sekeluarga. Pergilah sayang. Tenanglah bersama penciptaMu. Berbahagialah di syurga yang kekal abadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience