Bahagian 36

Short Story Series 13177

Sebaik sahaja memasak, aku mendengar bunyi kereta Hisyam diluar rumah. Aku bergegas ke pintu untuk menyambut kepulangan Hisyam. Namun, wajah Hisyam petang itu kelihatan muram dan tidak bermaya. "Assalamualaikum", Hisyam memberi salam.

Aku mengambil beg kerjanya dan menyalam tangannya. Dhiah yang tadinya bermain seorang diri di ruang tamu berlari mendapatkan Hisyam "abah baru balik? Jom temankan Dhiah main anak patung", ajak Dhiah menarik tangan Hisyam. "Nantilah ye sayang. Abah penat ni, nak rehat", balas Hisyam sambil melonggarkan tali lehernya. "Alah abah. Kejap je", rayu Dhiah. "Abah cakap abah penat, abah penatlah! Takde telinga ke?", tengking Hisyam tiba-tiba kemudian berlalu pergi. Dhiah kelihatan terkejut dengan tengkingan Hisyam kemudiannya mengalirkan air mata. Aku mendapatkan Dhiah kemudian memeluknya "Abah penat tu. Dhiah dah besar, kena faham. Abah bukan marah Dhiah", pujukku. Tangis Dhiah beransur hilang apabila aku memujukknya. Aku juga pelik dengan Hisyam kerana selama ini sepenat manapun dia, dia tidak akan meninggikan suara kepada Dhiah.

Aku masuk kebilikku kemudian duduk dibirai katil. Hisyam masih didalam bilik air. "Hah, Isya dah kenapa duduk situ?", sapa Hisyam tiba-tiba.
"Abang kenapa? Abang ada masalah ye?", aku cuba bertanya. Hisyam menggeleng. Dia terus mendiamkan diri lalu memakai pakaian. "Abang pasti?", soalku sekali lagi. "Aku kata takde, takdelah. Kalau sehari kau tak semakkan kepala otak aku tak boleh ke? Serabutlah. Dah, malam ni kau tak payah tunggu aku balik. Aku nak keluar", tengking Hisyam. Terkejut aku dengan tengkingan Hisyam. Apa yang menyebabkan dia berubah seperti ini? " Ya Allah Ya Tuhanku. Dugaan apa lagi buat hambamu ini?", luahku di dalam hati.

Sementara itu, Hisyam memandu laju keretanya keluar dari perkarangan rumah dan menghubungi Is. "Hello, Is kau busy tak? Jom temankan aku lepak", ajak Hisyam sebaik sahaja mendengar suara Is di talian. "Maaflah Syam. Malam ni tak bolehlah. Aku dah janji dengan anak dan isteri aku nak bawa keluar. Sorry ye Syam", balas Is lalu menamatkan panggilan telefon Hisyam. Hisyam mengeluh sendirian. Kemudian dia tiba-tiba teringat Maria. Dia lantas mencari nombor Maria dan mendailnya.

Maria yang dari tadi merenung ke telefonnya tersenyum apabila nama Hisyam tertera di skrin telefonnya. Maria menjawab panggilan telefon tersebut. "Hello. Yes Hisyam. Anything?", tanya Maria berpura-pura tidak tahu. "Err, you busy tak? Teman I makan dekat luar kejap boleh tak?", balas Hisyam. Maria senang hati menerima pelawaan Hisyam kerana bagi Maria ini masanya untuk dia bertindak menghancurkan rumah tangga Hisyam.

Setibanya di restoran, Hisyam memilih untuk duduk di luar restoran. "Sorry Maria, I terpaksa susahkan you malam ni. Tadi I ajak Is tapi Is busy dengan family dia. So, I ajak you", kata Hisyam memulakan perbualan. Maria memandang Hisyam "It's ok Hisyam. I kawan you. Anytime you need me, I'll be there", Maria menghirup minuman di dalam gelasnya. "You ada masalah ke? I tengok you ni tak ceria macam selalu je", tambah Maria. "Nothing Maria. I penat je dengan beban ditempat kerja", Hisyam senyum hambar. Maria mengangguk faham. Dia berpura-pura bersimpati dengan Hisyam. Mereka berbual sehingga lewat malam.

Dalam perjalanan pulang menghantar Maria, Maria sempat bertanya kepada Hisyam "you nak balik terus ke rumah ke ni?". "Taklah Maria. I nak keluar malam ni. Nak lepaskan tekanan and serabut otak I", jawab Hisyam acu tak acu.

Maria memegang tangan Hisyam " Hisyam, I tau you tak stress dengan kerja you je tapi you stress dengan family you juga kan? Come on Syam, I dah lama kenal you. Let's go. I bawa you pergi satu tempat yang boleh lepaskan semua tekanan you. Bagi I yang drive", Maria senyum sinis. Hisyam cuma mengangguk dan bersetuju dengan ajakan Maria. Apa yang penting baginya, dia boleh melupakan semua masalah yang bersarang dalam otaknya. Maria memandu kereta Hisyam ke sebuah kelab yang terkemuka di sekitar Kuala Lumpur.

Sampai sahaja di kelab tersebut, Maria menarik tangan Hisyam masuk kedalam kelab tersebut. "Maria, I nak balik. I taknak masuk dalam ni", bidas Hisyam. "Come on Syam. Forget all of your problems. I percaya you akan lupakan semua masalah you dekat sini. ", terang Maria. Akhirnya, Hisyam bersetuju. Dia cuma mengikut Maria dari belakang.

Hisyam mula leka dan termakan dengan ajaran tidak baik Maria. Dia mula meminum alkohol, merokok dan melayan wanita-wanita yang ada didalam kelab tersebut. Maria tesenyum jahat melihat kelakuan Hisyam. Maria mengeluarkan telefonnya dan kemudian mengambil gambar-gambar Hisyam. "Hisyam, Hisyam. Manusia bodoh aku pernah jumpa. Kejap je kau termakan hasutan aku kan? Lepas ni kau akan hilang satu-satu kebahagiaan kau Hisyam", tawa Maria.

"Hisyam, jom balik. You dah mabuk ni. I hantar you balik ok?", ajak Maria. "No Maria. Lepaskan I. I nak enjoy lagi. I tak puas lagi. Let me go!", bentak Hisyam. Maria mendapatkan Hisyam yang terhuyung-hayang mabuk. Dia memeluk pingggang Hisyam kemudian membawanya keluar dari kelab tersebut kemudian masuk ke dalam kereta.

"Isya sayang, kenapa buat abang macam ni? Kenapa? Siapa lelaki tu?", Hisyam meracau ketika dalam perjalan pulang. Maria tersenyum puas. "You balik rumah I jelah Syam. Takkan you nak balik dengan keadaan you macam ni kan?", bicara Maria yang sedang memandu kereta Hisyam.

Setibanya di rumah Hisyam, Maria memarkir kereta Hisyam kemudian membawa Hisyam masuk ke biliknya. Dia membuka kasut dan baju Hisyam kemudian membaringkan Hisyam di atas katilnya. Maria meraba seluar Hisyam untuk mendapatkan telefon Hisyam. Dia mencari nombor Isya kemudian menyimpan nombor Isya didalam telefon bimbitnya. Maria baring disebelah Hisyam kemudian menangkap beberapa keping gambarnya memeluk Hisyam. Dia akhirnya tertidur akibat kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience